Wednesday, 29 February 2012

Niat Tercapai - Mendermai darah nya puuun :)

Assalamualaikum sahabat-sahabat handai sekalian :) heee


Nak update semalam punya semalam, tapi kerja bertimbun takda masa nak buat. Sob3. Ni pun ngantuk tapi gagah jugak. hee.

Specialnya tarikh hari ni ?! 29.02.2012. Hmmm, memang special sebab dia datang 4 tahun sekali ja. Siapa yang lahir waktu ni nasib lah kan. hehe. (Sebab tu gagah jugak nak update, x nak miss tarikh ni. hik3) Orang dok sambut birthday tiap tahun, dia sambut 4 tahun sekali ja. Huhu. xpelah, sambut guna kaledar Islam pun xpa. Cuba check korang punya masing-masing. Google ja. hee

Aishh, apa sebenarnya saya nak cerita ni. Hmmm sebenarnya, saya dah lama dah simpan satu niat ni. Lama dah saya nak buat. So saya harap, bila ada peluang, saya memang xmau lepaskan. Saya akan go on dan laksanakan impian saya itu. heee.

Jadi peluangnya tiba bila adalah kempen untuk melakukannya di Dewan Besar IPG saya ini. I'm excited ! Saya bila nampak ja poster dia sebelum ni, memang niat dalam hati kata nak pergi. Tapi biasalah lah kan, ada syarat-syarat dia kalau nak buat. Hmmm, kalau ikut keadaan sekarang, insyaAllah ok kot. huhu. Harap-haraplah, sebab saya memang teringin sangat nak buat. 

Apa bendanya itu kan ? hehe. Saya nak menderma darah ! Ya laa, derma darah. Derma untuk sesiapa yang memerlukan. Saya cuma merasakan, kita yang dikurniakan sihat tubuh badan, apalah salahnya kita mendermakan kepada yang memerlukan. Kawan-kawan saya, saya ajak mereka, tapi dioang x mau. (Cik Ijat pun x mau kalau diberikan peluang sebab dia takut darah ^^) Xpelah, masing-masing ada alasan tersendiri mengapa mereka x mau derma kan. Bukannya boleh dipaksa pun. hee

Jadi saya jalanilah proses demi proses untuk ke tempat baring untuk cucuk tangan ambil darah tu. heee. Dan, saya dapat tau yang saya adalah manusia yang berdarah B. Ohohohooo, sedih pulak x sama dengan Ijat sebab Ijat darah A+. Elleeeeh, A+ ye awak. hee. Patutlah pandai ! hehe *Ada kaitan x? HAHA*

 Menunggu giliran. Dup3~! Hehe. Dapat buku Derma Darah. 
Lepas ni x yah susah2 nah check kita darah apa lagi :)


Oooo yeaaa, feel good time tu :D
Dapat derma akhirnyaa. Lepas hajatku. hik3
Sakit sikit ja waktu dia cucuk jarum tu. Time lain, semua rasa biasa ja. hehe
Credit : Haanan sebab tolong ambilkan gambar. 


Hihii, ok. Walau lambat 2 hari, saya tetap nak update. Dan dapat tarikh best untuk update. Dan dapat tambahkan entry untuk Februari 2012. Hehehehe. 

Oklah, Assalamualaikum :)

P/S : Siapa2, dermalah kalau mampu. Mana tau, kalau derma awak tulah yang akan menyelamatkan nyawa seseorang :')


Hasil Seminggu =.=

Assalamualaikum W.B.T rakan-rakan sekalian :)


Seperti yang dijanjikan. Eheeem3. Saya nak tunjuk banyak mana yang telah saya selesaikan dalam masa seminggu ni, apa yang dah bergerak segala kerja-kerja yang telah saya senaraikan untuk dibuat. Perghh, banyak kemain. Tengoklah, yang bergerak dia banyak mana ja. Hmmmm~




  1. BINA INSAN GURU (BIG)
    • Buat port folio - refleksi
    • Ambil gambar dari yang berkenaan
    • Beli fail putih
    • Tarikh hantar : 27 Februari 2012 (Isnin)

  2. ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY (ELP)
    • Cari artikel berkenaan dengan Matematik untuk Kerja Kursus
    • Power point/handouts/hard copy tentang artikel
    • Buat mind map untuk artikel
    • Buat 'Expository Essay'
    • Tarikh hantar : 30 Mac 2012 (Jumaat)
    • Tugasan ISL - Minggu 7 dan Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 7 dan Minggu 8
    • Salin nota balik cantik-cantik

  3. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (PKK)
    • Tutorial - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tugasan ISL - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Dari awal tajuk hingga sekarang !
    • Cari maklumat tentang tajuk 'Personaliti' bagi persediaan SBE
    • Tarikh hantar : 06 April 2012 (Jumaat)

  4. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (FPK)
    • Tutorial - Minggu 8
    • Tugasan ISL - Minggu 2, Minggu 3, Minggu 5, Minggu 6, Minggu 7 & Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6, Minggu 7, Minggu 8
    • Power points bagi Tutorial - Minggu 13 & Minggu 18
    • Power points bagi Hasil Pembelajaran - Minggu 15

  5. PENGURUSAN KOKURIKULUM
    • Buat laporan bagi aktiviti sukan yang ingin dijalankan (Kerja Kursus)
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : 01 April 2012 (Ahad)

  6. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
    • Buat nota-nota / peta minda bagi tajuk-tajuk pembelajaran
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Kerja Kursus Soalan no.9
    • Tarikh hantar : Selepas SBE

  7. MENGENAL NOMBOR
    • Cari artikel berkenaan dengan Inovasi Matematik
    • Lukis peta konsep tentang artikel yang diperoleh
    • Merekacipta INOVASI P&P konsep nombor
    • Power point tentang kajian dan aktiviti yang dibuat
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : 30 Mac 2012 (Jumaat)

  8. KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK
    • Cari maklumat Tokoh-Tokoh Sejarawan Matematik Dunia
    • Hasilkan buku skrap untuk tokoh-tokoh tersebut
    • Tugasan masa SBE nanti - Tolong tengok balik kertas soalan
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : Lepas SBE

  9. SCHOOL BASED EXPERIENCE (SBE)
    • Tarikh SBE : 05 Mac 2012 --> 09 Mac 2012
    • Tempat SBE : SK Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
    • Subjek yang berkenaan : 
      • Kurikulum Pendidikan Matematik
      • Mengenal Nombor
      • Perkembangan Kanak-kanak
      • Falsafah & Pendidikan di Malaysia
    • Mencari maklumat-maklumat dan data-data sekolah.
    • Buat laporan untuk segala pemerhatian yang dilakukan di sekolah nanti.

  10. HAL-HAL LAIN
    • Email Power Point pada ahli kelas
    • Lipat baju engkau yang macam gunung tu -.-
    • Stop facebooking please Intan ! I beg you ! huk3
    • Bangun awal pagi-pagi (Boleh belajar2 kalau nak !)


Naaaa kan. Tak da juga berubah sngat kan. Tapi BIG saya dah siap. Alhamdulillah. Akhirnyaa. huhu. Penatnya buat dia. Sungguh, tension saya beberapa hari ni. Banyak sangat kerja nak kena buat. huu.

Jangan putus asa Intan. Awak boleh yaa~! Hait3 ! Nak jadi cikgu x boleh lemah macam ni. hehe. Kena semangat tau. Walau apa pun. Banyak masa boleh awak buat lagi ya nanti. hee.

Oh, yang dah jadi warna purple tu, sebab itu tugasan baru yang perlu dilakukan. huhu. Doakan kejayaan saya di alam degree ni kawan-kawan :')

Assalamualaikum~! Good Night <3 !

Thursday, 23 February 2012

Arghhh Frust lah !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

   Hahhhh kan, panjang salam saya kali ini. Heee. Kenapa dengan kau ni Intan. Tengok tajuk pun boleh tau laa, kecewa sangat rasa dengan diri sendiri ni.

   Hmmmm, tadi kan, waktu kelas Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, pensyarah ada lah bertanyakan dari seorang ke seorang satu soalan cepu emas ni. Serius, memang memerlukan pendalaman akal yang panjang dan berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang kita sedia ada untuk membicarakannya.



Sebagai bakal pendidik satu hari nanti, InsyaAllah, tentu sekali semua subjek kami kebanyakkannya berkaitan dengan ilmu tentang pendidik. Bagaimana untuk mendidik murid-murid pada satu hari nanti. Jadi pensyarah bertanya,

"Kalau kamu semua diberi peluang untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti, apakah yang ada inginkan dalam sistem pendidikan di negara kita nanti?"

Hahh kan, dah kata awak ni adalah bakal pendidik satu hari nanti, apa pandangan awak wahai Cik Intan?

   Giliran saya jauh lagi sebenarnya. Sebab giliran untuk menjawab dimulakan dengan barisan belakang, barisan budak lelaki (Biasalah budak lelaki duduk belakang kan ^^). Satu persatu memberikan jawapan dengan baik. Perghhh, kagum juga saya dengan kawan-kawan lelaki saya, pandai dalam berhujah dan matang dalam pemikiran. Apa yang mereka katakan tu, memang betul dan logik jika difikirkan dengan akal fikiran. 

   Kawan-kawan saya sejak dua menjak dah masuk degree ni kan, rasa macam semua dah jadi makin matang. Berfikir sebelum bercakap dan penuh ilmu di dada untuk dikongsi bersama. Sungguh saya cemburu akan kelebihan mereka yang seperti ini. Saya akui, saya boleh bercakap di hadapan orang ramai, tetapi masih lagi gemuruh, namun ilmu saya masih tidak cukup. Seperti banyak benda baru yang saya peroleh sejak saya mempelajari subjek-subjek di alam Degree ni.

   Hmmm, berbalik kepada soalan yang diutarakan, jenuh juga lah saya memikirkan apa yang ingin diperkatakan. Hati berdetap, rasa takut menyelubungi diri. Entah mengapa rasa begitu. Apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran aku tadi? Aku takut untuk meluahkan perasaan dan pandangan aku dalam hal ini kerana khuatir ianya akan salah di mata semua orang. Entah. Aku bingung.

   Masa semakin suntuk, tapi giliranku masih belum tiba. Biasalah ahli kelas saya yang lain, semua petah berbicara. Apabila dah diberikan peluang untuk bercakap, pastinya semua tidak akan melepaskan peluang untuk bercakap dengan sebaik boleh. Tuup tuup tuup, sungguh masa semakin mencumburui kami semua. Pelajar perempuan belum ada lagi yang bangun untuk menyuarakan suara mereka. 

   Akhirnya, pensyarah memutuskan untuk merelakan diri sahaja bagi sesiapa yang ingin menyuarakan pendapat di saat-sata akhir pembelajaran. Yahhh Intan, inilah peluang engkau Intan, angkatlah tangan Intan ! Intan, Angkat tangan ! Datang suara-suara dari dalam hatiku ini. Tapi sayang seribu kali sayang, Intan yang PENAKUT tidak berani untuk mengangkat tangan apatah lagi menyuarakan pendapatnya. Intan yang BACUL tidak mahu untuk membina keyakinan diri untuk bercakap di dalam kelas. Walhal, hal inilah sebenarnya yang paling penting untuk menjadi seorang guru kelak iaitu berkomunikasi dengan baik di hadapan semua orang.



   Sayang Intan, sayang sangat ! Kau lepaskan peluang begitu sahaja. Bukannya kau xda idea ingin berkata apa. Banyak idea yang keluar. Banyak rasional akan pemilihan isi-isi percakapan kau. Tapi, hmmmmmmmmmmmmmmmmm~ aku KECEWA dengan diri sendiri. 



   Maka berakhirlah kelas. Sunyi hatiku apabila memikirkan tentang perkara itu semula. Kenapa  Intan? Kenapa? Kau nak jadi cikgu kan satu hari nanti? Nak kan? Tapi kenapa begitu jadinya. Tidakkah engkau mahu menjadi guru yang serba boleh? Guru yang boleh membimbing anak bangsa dengan baik? Guru yang sentiasa maju kehadapan dan sentiasa mengorak langkah bagi anak-anak murid kau? Aku KECEWA sekali lagi.

Ok, ini melampau, tidak lah sampai begitu :3

   Ini pendapat yang aku ingin utarakan sebentar tadi. Biarlah. Biarlah walaupun aku tidak berkata di kelas tadi, namun aku masih ada usaha untuk memberikan gambaran pada pembaca-pembaca sekalian tentang apa yang aku rasa. Mana tahu, mereka sebenarnya membaca penulisan ku ini, dengan secara tidak lansung, dapat jua aku memberikan sedikit pandangan tentang soalan tadi kepada kamu semua :')

   Yang pertama, jika aku dipilih untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang, apa yang aku ingin lakukan dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk menyeimbangkan dari aspek kurikulum dan juga kokurikulum. Seperti yang kita selalu lihat pada masa kini, mentaliti ibu bapa sekarang hanya menumpukan akademik anak-anak berbanding dengan kokurikulum. Merka hanya tahu, anak-anak perlu mendapat keputusan yang cemerlang di dalam setiap peperiksaan terutamanya di dalam peperiksaan2 yang besar seperti UPSR, PMR dan juga SPM. Walhal kokurikulum atau melakukan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah juga amat penting untuk tumbesaran kehidupan murid-murid.

   Yang kedua, saya menginginkan pembelajaran dan pengajaran yang didapati di sekolah dapat dijadikan sebagai pembelajaran dan pengajaran sepanjang hayat. Apa yang diperoleh di sekolah, bukan semata-mata untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan semata-mata, tetapi untuk kegunaan dan pengetahuan di masa akan datang. Jangan di sekolah belajar agama Islam, memakai tudung apabila di kawasan sekolah, tetapi apabila keluar dari kawasan sekolah, tudung entah ke mana, perangai entah ke mana. Walhal kita tahu bahawa menutup aurat itu adalah WAJIB dan kita pelajarinya sewaktu berada di sekolah. Kenapa ianya boleh terjadi? Kerana yang mereka belajar hanyalah di situ sahaja, tidak masuk dalam sanubari mereka. Tidak mereka terapkan dalam kehidupan seharian mereka.

   Yang terakhir, memperkembangkan potensi individu itu sendiri. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai guru, sesuai dengan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang salah satunya menginginkan  guru-guru untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri setiap murid. Apabila kita sudah mengesan akan potensi atau bakat yang ada dalam diri murid itu sendiri, sebagai guru, bawalah mereka pergi lebih jauh. Capahkan lagi bakat yang mereka ada. Pastikan mereka sentiasa meneruskan apa yang mereka milki sehingga ke dewasa. Mana kita tahu kan, mereka-mereka inilah yang sebenarnya akan mengubah nasib Malaysia ke arah yang lebih baik suatu hari nanti. Menjadi pemimpin satu hari nanti. InsyaAllah.

   Alhamdulillah, lega hati apabila apa yang tidak diutarakan, dapat diungkapkan semula di sini. Bila dah menaip, banyak pula yang ingin aku katakan, tetapi di kelas tadi. Huhhhh. Jangan harap kau akan begini. Masih terketar-ketar dalam percakapan. Aku sedari kelemahan aku yang yang satu ini. Mohon Allah kuatkan semangat untuk aku terus berusaha dan dapat jadi hamba Mu yang beriman. InsyaAllah :')


P/S : Pada tarikh 27 Februari 2012 nanti, akan saya update semula tentang perkembangan kerja saya yang telah saya senaraikan. Kita tengok, sejauh mana yang telah engkau berjaya laksanakan kesemua tugasan2 itu wahai Intan ! hee

Terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca. Assalamualaikum semua !

*Saya harap saya tidak akan menjadi PENAKUT, BACUL dan seangkatan dengannya*

I want to be the best teacher ever :')
Pray for me and my friends <3



Tuesday, 21 February 2012

Aturan Kerjaku ^^ (Semoga Berjaya !)

Assalamualaikum pembaca2 blog saya ini ^^ huk3


Aihh, kenapalah dengan awak ni Cik Intan. Dah macam apa dah ni haa, pemalas nyaa ya amat, ditambah dengan  kemengada-ngadaan tidak mahu membuat segala kerja-kerja engkau yang tertunggak ni wahai Intan Syafinaz Othman ! Huhhhh. Rasa macam nak lempang-lempang diri sendiri ni, punya lah membazir masa ja sejak 2 hari ni x nak buat kerja. Mentang-mentang baru balik BIG Ahad hari tu, habis tu Isnin dengan Selasa ni kau nak relax-relax lah wahai Cik Intan?!

Padan muka kena marah ! Kenapalah begini wahai Intan. Janganlah macam tu. Kau dah lupa ka dengan semangat kau yang menggunung tinggi waktu kau baru Degree hampir 2 bulan yang lalu ?! Ni baru 2 bulan semua benda dah lupa, x ingat dunia, sibuk dengan kesenangan. Ishhhh3. Macam mana kau nak berjaya ni Intan. 

Hmmmm, ni satu lagi. Dah tahu awak tu x buat-buat kerja dah 2 hari ni, kenapanya pulak ada masa nak tulis blog ni?! Sama ja membazir masa. Haisshhhhh. Ni nak habaq mai nih. Entry saya kali ni 3 in 1. Ececececee. Sebenarnyakan, tau x apa penyebabnya saya jadi x tentu hala x tau nak buat kerja? Padahal banyak sangat3 Ya Allah kerja assignments dan macam-macam lagi yang kau kena buat wahai Intan. Reason dia satu ja, 

KAU TAK TAHU MANA NAK START DULU SEBAB DAH TERLALU BANYAK, JADI KAU BIAR JA KAN MASA BERLALU SEBAB KAU FIKIR LAMBAT LAGI NAK HANTAR !

Haaaaa, ni makan diaaa ! Padan muka. Aku terbayang siapa2 jela yang toucher aku macam ni. Dok tengking2 aku macam ni. HAHA. Nasib ni marah untuk diri sendiri. ngeh3

Ohh, sebelum tu. Apa yang 3 in 1 tu kan. hehehe. 

Yang pertama, dapat menambah koleksi entry blog aku ^^
Yang kedua, Bila aku dah list down kan apa kerja yang aku kena buat, so tersusun la sikit carta aliran kehidupanku. ececeeee :D
Yang ketiga adalah, apa eh. uii, lupa pulak. Kejap nt pikir balik. hoho 

********************* (Loading) **********************

Hahhh, ingat dah. Yang ketiga adalah, dapat melepaskan GERAAAAM kepada diriku yang pemalas ini. huk3

Baiklah, tanpa membuang masa, izinkan saya menyenaraikan kesemua tugasan2 saya untuk semester 1PISMP tahun ini :) *Menanah tengok kemain banyak lagi sob3 :'(*


  1. BINA INSAN GURU (BIG)
    • Buat port folio - refleksi
    • Ambil gambar dari yang berkenaan
    • Beli fail putih
    • Tarikh hantar : 27 Februari 2012 (Isnin)

  2. ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY (ELP)
    • Cari artikel berkenaan dengan Matematik untuk Kerja Kursus
    • Power point/handouts/hard copy tentang artikel
    • Buat mind map untuk artikel
    • Buat 'Expository Essay'
    • Tarikh hantar : 30 Mac 2012 (Jumaat)
    • Tugasan ISL - Minggu 7 dan Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 7 dan Minggu 8
    • Salin nota balik cantik-cantik

  3. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (PKK)
    • Tutorial - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tugasan ISL - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Dari awal tajuk hingga sekarang !
    • Cari maklumat tentang tajuk 'Personaliti' bagi persediaan SBE
    • Tarikh hantar : 06 April 2012 (Jumaat)

  4. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (FPK)
    • Tutorial - Minggu 8
    • Tugasan ISL - Minggu 2, Minggu 3, Minggu 5, Minggu 6, Minggu 7 & Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6, Minggu 7, Minggu 8
    • Power points bagi Tutorial - Minggu 13 & Minggu 18
    • Power points bagi Hasil Pembelajaran - Minggu 15

  5. PENGURUSAN KOKURIKULUM
    • Buat laporan bagi aktiviti sukan yang ingin dijalankan (Kerja Kursus)
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : 01 April 2012 (Ahad)

  6. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
    • Buat nota-nota / peta minda bagi tajuk-tajuk pembelajaran
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8

  7. MENGENAL NOMBOR
    • Cari artikel berkenaan dengan Inovasi Matematik
    • Lukis peta konsep tentang artikel yang diperoleh
    • Merekacipta INOVASI P&P konsep nombor
    • Power point tentang kajian dan aktiviti yang dibuat
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : 30 Mac 2012 (Jumaat)

  8. KURIKULUM PENDIDIKAN MAEMATIK
    • Cari maklumat Tokoh-Tokoh Sejarawan Matematik Dunia
    • Hasilkan buku skrap untuk tokoh-tokoh tersebut
    • Tugasan masa SBE nanti - Tolong tengok balik kertas soalan
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : Lepas SBE

  9. SCHOOL BASED EXPERIENCE (SBE)
    • Tarikh SBE : 05 Mac 2012 --> 09 Mac 2012
    • Tempat SBE : SK Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
    • Subjek yang berkenaan : 
      • Kurikulum Pendidikan Matematik
      • Mengenal Nombor
      • Perkembangan Kanak-kanak
    • Buat persediaan awal yang rapi dan tersusun apa yang patut

  10. HAL-HAL LAIN
    • Email Power Point pada ahli kelas
    • Lipat baju engkau yang macam gunung tu -.-
    • Stop facebooking please Intan ! I beg you ! huk3
    • Bangun awal pagi-pagi (Boleh belajar2 kalau nak !)

Hahhhh, kan dah cakap. Bila dah listkan tu, baru la nak terbeliak mata ni haaaa, kemain banyak ehh. Aduuh aduuhhh aduuuuuuuh, pengsan3 ! Uwaaaaa~! Kuat semangat Intan oiii ! huk3.

Ya Allah, Kau berikanlah hambaMu ini ketabahan dan kekuatan untuk mengharungi segala rintangan, dugaan dan cabaran yang melanda Ya Allah. Semoga aku dapat melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang aku perlu lakukan dan dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan kelak. Disamping dapat menjadi hambaMu yang beriman ! Amin3 Ya Rabbal Alamin :')

Baiklaah, entry lain kali akan diupdate akan perkembangan kerja2 ku ini. huk3. Semangat Intan. Haiiit3 ~! <3 Oh, kejap nak tunjukkan sesuatu, HIHI

Motif ? : Ni permandangan waktu kami berBIG di Pulau Pangkor waktu matahari nak terbenam. SubhanAllah, indah ciptaanMu :')

Baiklah, Assalamualaikum kawan-kawan :) Doa-doakanlah saya berjaya untuk melaksanakan kesemua tugasan yang ada tu. huhu. Doakan yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan saya yang lain ^^ Papai :)


Tuesday, 14 February 2012

Oh Mama Papa ^^

Assalamualaikum :D


Fuhh fuhhh fuhhh (tiuuup) berhabuk laman sesawang blog kau ni haa Cik Intan oii. HAHA.

Maaflah wahai rakan-rakan sekalian, al-maklum lah diri ini telahpun memasuki alam Degree *konon sibuk sangat la tu* jadi, sedikit kepayahan dan ketidaklapangan untuk menghupdate blog kesayangan saya ini. huk3 ^^

Walau macam mana pun, sebenarnya saya hari ini nak share satu video yang baruuuu ja saya tengok tadi dekat Youtube.

Amm ammm, siapa kenal UAI ? x kenal ? Betul x kenal ni? Famous laaa. hehe. Wahai rakan-rakan sekalian, saya yakin, ramai yang dah kenal sebenarnya. Tapi mungkin sebab singkatan nama yang orang dok label tu, jadi orang x kenal sikit. Entah. haha. UAI stands for USTAZ AZHAR IDRUS :')

MasyaAllah, hebat penyampaian hujah2 beliau, penuh dengan motivasi dan dorongan. Yang penting, dia banyak memberitahu kita perkara-perkara yang kita sendiri x sedar kita dah lakukan, dan dekat dengan diri kita. Pendekatan agama yang beliau sampaikan kepada orang ramai benar2 dapat diterima akal dengan penyampaian yang sempoi dan penuh dengan ilmu yang bermanfaat.

Saya yang masih alpa, banyak perkara yang saya perlu belajar, untuk menjadi hamba Allah yang beriman, banyak benda yang perlu saya lalui, untuk menjadi khalifah Allah di bumi yang fana ini, moga diberikan taufik dan hidayah. Ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah. Terlalu kerdil diriku dalam dunia ini. Banyak dosa yang telah aku lakukan. MasyaAllah. Allahuakbar. 

P/S : Sebenarnya, Ustaz Azhar Idrus pun ada berpesan, jangan jadikan facebook, blog, twitter atau seangkatan dengannya sebagai tempat mengadu, tetapi mengadu lah pada Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Tuhan kita, tempat kita untuk memohon pertolongan. (Peringatan untuk diri sendiri juga)

Oklah, sambung balik dengan video yang saya tengok tadi. hehe. Ehmm, semestinya video yang saya lihat tadi   berkaitan dengan UAI ni. hee. Mai tengok sat tekan play ok. hehehe




Ihihihi. Dah tengok dah ? Mengada kan. Kalau adalah orang yang kenal saya ni, mesti tengah fikir, 

'Intan ni memang x da benda lain lah dok pikir, tang kahwin je dia nak !'


Hahhh, ada tak yang fikir macam tu ? Perasan la awak ni Intan. hak3. Entahlah, saya kalau bab-bab kahwin ni, semangat dia kemain lagi. Laju je datang. hehe.

Kelakar Ustaz ni, pandai dia buat lawak. kih3. Bnyak input ni sebenarnya. Haaaa kan. hehehe. Oh mama papa ku, fahamilah hati anak mu ini seadanya. hik3. *Mengada gila wey kau ni Intan*


P/S : Along dengan Kak Ngah x kahwin lagi kau jangan nak memandai langkah bendul ye Cik Intan. hohoho ^^


Oklah, itu sahaja untuk kali ini. Jadi lah tu. Ada la juga benda nak share dengan korang kan. hehe. Lastly, petikan dari kata-kata Ustaz Idrus yang seterusnya,


'Nabi Muhammad SAW berkata : Perkahwinan yang paling berkat, perkahwinan yang paling rendah mas kahwinnya !'


Kehadapan awak bakal suami saya : Sebagai bakal isteri, saya tidak meletakkan harga sebagai ganjarannya perkahwinannya. Pimpinlah saya seadanya saya ke jalan yang lebih baik dan diredhai. Tak perlu wang yang tinggi untuk melamar saya, cukuplah dengan kasih sayang dan tanggungjawab yang akan awak pikul pada satu hari nanti :')

Assalamualaikum :D

Friday, 3 February 2012

Berlari Mesra bersama-sama :D

Assalamualaikum :))

Muehehehe. Penatnya Ya Allah tidak terkata dengan mulutku ini. hoho. Dengan segala kudrat yang ada, saya cuba juga menggagahkan diri untuk membuat entry pasal hari sukan kat IPG saya ni. huk3. Niat asal memang la nak tido, bilamana rumetku Si Bbey dah lena diulik mimpi  di atas katil empuk lagi menarik perhatian. Heee ;D 

Tak mau tak mau tak mau, saya mau juga update blog saya ni, sebelum mata nak terlelap. Nt lari idea x tau mau cakap apa lagi. hek3. Baiklah, sebenarnyaa, IPG Kampus Pendidikan Teknik pada hari ini telah membuat satu program yang memang mencabar keupayaan fizikal saya mahupun mental, iaitu Program Larian Mesra pada tahun 2012. Penat seriusly lah penat, siapa kata x penat kan. 8km kot. Hahaha :) Jenuh la haaiii nak menghabiskan semua tu. huhu.

Bertempat di Tasik Permaisuri Kuala Lumpur, seawal 6.45 pagi kami mula bergerak ke Tasik demi meneruskan misi untuk berlari pada hari ini -.- Kemudiannya, senamrobik dari batch 5 PISMP yang memang best and enjoy, even ada lah juga masalah2 teknikal macam PS System x berapa nak berkesan hari ini, tapi diorang still dapat cover dan menangani dengan baik. Good Job kakak-kakak dan abang-abang senior sekalian. ^^

Oklah, maka dengan itu, seterusnya acara larian pun dimulakan. Saya tidak ketinggalan untuk cuba mendapat pungutan mata yang terbaik untuk rumah Merah *Temenggung* hik3. Mula-mula, saya bersama dengan Aina Gahamat rakan saya untuk berlari bersama-sama sehingga ke garisan penamat. Tetapi belum apa-apa kami dah terpisah. hehe. Walau macam mana pun, kami tetap buat dengan sepenuh hati untuk berlari. cehh3, godik ni semangat je lebih. hehh

Lari punya lari, perghh, akhirnya bila rasa dah nak sampai ke garisan penamat, Ya Allah saya dah dengan bernafas pun guna mulut dah, hongeh, mongah semua ada. Akhirnyaa, Alhamdulillah, saya berjaya mendapat 2 mata berharga dengan ranking 23 secara keseluruhan bagi kategori Junior Perempuan. Mula macam x percaya, tetapi betul lah tu sebab ranking di ambil sehingga nombor ke-30. hohoho. Dengan badanku yang memang sekarang makin mengembang, dapat jua aku mencapainyaa. Walau x se gah orang yang dapat ranking 10 ke atas, namun saya tetap bersyukur dan gembira yang teramat. Saya tahu kemampuan saya, saya x lari laju seperti mereka, tetapi, disebabkan saya memang berusaha dengan sebaik boleh masa lari tadi, saya dapat juga berada dalam kalangan ranking 30. 

Satu pencapaian yang sangat saya hargai. Dan rasanya akan dapat medal kot nanti. heeee. Can't wait. Jarang betul saya dapat medal untuk acara-acara sukan seperti ini. Sebenarnya tadi, hanya diumumkan ranking 10 ke atas, tetapi ranking 11 - 30 akan diberi medal nanti. Wallahualam. Saya pun xtau, sebab dengar annoucement ja tadi. hik3. Tapi still sekarang x dapat lagi lah medal *kalau ada laa ! huk3* -.- ^Mengharap ! Arghhhh^

Ahh, sudah lah Intan, asyik membebel sahaja dari tadi, macam la ada orang yang baca tu. haha. Oklah, macam biasa, layanlah gambar-gambar sepanjang program berlansung ! Tapi start ambil gambar waktu dah habis larian semua. Dan seperti biasa, model2 bergambar dipenuhi dengan warga kelas saya sahaja. Maaflah yaa >.< Itupun budak perempuan ja. hahahahahhahaha



 Yaaa, complete lapan orang ! hek3 







Hahhh, dah kata dah. Muka-muka kitorang ja. Hahahaha. Kalau malas tengok, x yah tengok lah ! :P Ni sambungan bergambar. Tengoklah rakan-rakanku ini, yang amat saya sayangi :')


Madam Lim pun tumpang sekali ! hik3 ^^




Al maklumlah penat sudah kan. Ya Allah,walau bagaimana pun, ia benar-benar memberikan kenangan manis kepada kami semua ! <3


 Untuk Cik Ijat saya >.< : Apa yang awak perasan tentang nombor saya ni ?! hek3

 Acil berbaju biru ! hee

 Cik Wawa ! Haii Cik Wawa ~! hee 
*Cik Wawa ikut saya balik rumah waktu SBE nt. ngeh3*

 Rumetku wahai Bbey Tiqah, tengah blurr ka mau makan yang mana satu dulu ?! hek3 :P

 Ini budak dua orang ni macam belangkas sudah nampak ni. Susah dipisahkan. ekekeke


 Yaa, Rumah Merah. Semangat yaa ><


 
Upacara pun berakhir dengan keadaan cuaca yang panas terik ! hoho. Secara kesuluruhannya~ Jeng3 ! hehe

Tempat Pertama : Rumah Syahbandar (Hijau)
Tempat Kedua : Rumah Temenggung (Merah)
Tempat Ketiga : Rumah Laksamana (Biru)
Tempat Keempat : Rumah Bendahara (Kuning)

Xpa, kalah yang pertama bukan kalah untuk berikutnyaa. Masih ada peluang lagi yaa sebab hutang Kejohanan Olahraga Tahunan masih belum bermula. hehe. Pada bulan 3 nanti. So, try your best lah ok. Siapa-siapa yang atlet tu, jangan lah malu nak tunjukkan keupayaan korang. Kasi semangat sikit laa. hehe

P/S : Saya teringat dekat kawan saya Nur Faizzah binti Baharin bila sentuh bab larian merentas desa ni. hee. Rindu kat kau weyy. Kecil bukan sekadar kecil, hebat betul berlari bila dah long distance ni. hehe. 

Baiklah, hehe. sebanarnyaa, mood dalam kegembiraan dan ketidaksabaran sebenarnya. Hahaha. Esok sebenarnya ada Family Day LEADS yakni budak batch saya waktu di STJ dulu, di Pantai Puteri, Melaka. Sangat2 tidak bersabar untuk pergi ke sana dan berjumpa dengan rakan-rakan saya yang dah lama sangat x jumpa. hehehe :') Nak nangis rasa dapat jumpa korang nt >.< hek3. And of course, Cik Ijat saya pun ada ! <3 Hik3. Mengada ! haha

K lah, sampai di sini sahaja. Thanx pada yang sudi membaca. haha. Assalamualaikum ! :)