Tuesday 24 April 2012

Kau yang Cuai Intan !

Assalamualaikum.


Hanya sedikit yang ingin dicoret. Aku mohon rakan-rakan pembaca yang lain untuk turut mendoakan aku hamba yang lemah hina keji ini.


'Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hambaMu itu, Kau kuatkanlah ingatan beliau, Kau hindarikanlah beliau dari sifat pelupa yang tinggi, Kau peringatkanlah segala perbuatan yang baik kepada beliau, Kau berikanlah dia kekuatan, Kau kawalkanlah nafsu kemarahan dalam diri beliau. Sesunggguhnya dia insan yang lemah kerdil di sisiMu Ya Allah'.


Aku letih. Aku letih diperlakukan begini. Aku sedih dengan diri sendiri. Aku penat melayan diri aku yang penuh dengan kekurangan. Aku yang cuai. Aku yang pelupa. Aku yang leka. Aku yang tidak sempurna. Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah :'(

Sunday 22 April 2012

Penat Jerih seorang guru !

Assalamualaikum semua !




  Tahu itu guru ? Guru yang mendidik anda sewaktu anda di sekolah. Bukan sekadar mendidik, mengajar, menjaga dan mengasuh anda seperti anak mereka sendiri ketika di sekolah. Ada juga segelintir manusia yang masih memandang kerjaya guru ini sebagai kerjaya yang mudah. Malah kami diberikan dengan wang gaji yang tinggi. Tidak padan dengan kerja yang mudah, kami selalu disogokkan kerajaan dengan bermacam-macam lagi kelebihan yang lain. Yaa. mungkin anda antara orang yang masih tidak mengerti apa itu tugas seorang guru yang sebenar.

  Secara umum nampaknya, seorang guru itu dilihat hanya mengajar murid-murid apa yang termaktub dalam silibus pengajaran dan pembelajaran. Mendidik anak bangsa untuk menjadi yang cemerlang dan berbakti kepada nusa dan bangsa. Namun anda tahu tugas guru yang tidak dilihat oleh mata kasar anda semua tanpa mengetahui soal selidik terlebih dahulu ? Naaaah, menjadi guru bukanlah mudah seperti yang anda anda dan anda fikirkan. Saya mohon kamu semua imbas kembali tinggalan masa kita semasa di sekolah rendah mahupun menengah pada satu ketika dulu. Renung-renungkan kembali apa yang guru anda telah lakukan demi memberikan yang terbaik kepada anda semua.



Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang... buat persiapan padang... buat kertas kerja... 

Jadi PBSM tengah padang... bila murid kalah, cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak tu pandai main...

Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik... cikgu x pandai ajar...

Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit....

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan....

Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...

Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid... bukan sorg murid jer...

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene baju murid... esok dapat teguran dari parent... ape cikgu ajar ni?

Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa?

Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa.. jawapan.. anak saya mmg macam tu....

Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari parent.. bila bagi tau parent... parent cakap tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER... yg ajar budak persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik... kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi pak guard siang dan malam... untuk pastikan anak murid sedap tidur... cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN.. nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid - murid selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan...

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak sembahyang...tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat... banyak urusan di pejabat....

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat surat saman dari parent... sbb jentik anak dia...

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa? kereta cikgu... minyak duit siapa? duit cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi murid merasa aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut... bila salah sikit... esok masuk muka hadapan berita... kata cikgu tak pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi...

-Copied from others-






  Bukannya saya mahu merungut apatah lagi tidak bersyukur dengan kerjaya guru ini. Walaupun saya masih lagi belum melalui untuk menjadi seorang guru yang sebenar, namun saya percaya. Satu hari nanti, pasti saya akan melalui apa yang dirasa guru-guru sekarang. Malah pasti akan menjadi lebih berat dengan kehidupan permodenan anak-anak kecil pada masa kini. 

  Ingatlah, kerjaya guru bukan boleh dipandang enteng begitu sahaja. Segelintir manusia yang mencemburui dengan gaji-gaji guru kini yang dianggap terlalu tinggi dan menjadi anak emas kerajaan, sepatutnya anda berfikir kembali tugas guru yang sebenar-benarnya. Jangan hanya pandang secara umumnya. Terima kasih sudi membaca.



Saya hanya anak muda yang masih banyak ketinggalan. Semoga saya dapat menjadi seorang guru yang benar-benar dapat menjadikan anak bangsa yang berguna di dunia dan di akahirat. InsyaAllah.

P/S : Jika rajin, bacalah INI. Idea pemikiran beliau yang membuatkan saya berfikir sejenak untuk menulis apa yang saya rasa. 



'GURU satu pekerjaan yang paling MULIA. Renung-renungkan.'


Assalamualaikum !