Saturday 21 January 2012

Setelah Sebulan Setengah Tidak Bersua :')

Assalamualaikum ! :D :D :D :D :D

Amboiii~ hepinya awak ni Intan. hehe. Mestilah happy, hari ni kan, hari ni kan, amm amm saya dapat jumpa dengan pangeran jantung hati pisang saya~ Cik Ijat <3 ! Dah dekat sebulan setengah kami x jumpa, Ijat dulu sibuk dengan exam, and NOW~ Ijat dah freedom dah dari exam ! *Wink3* Dia dah pulang ke rumah tercinta, saya pun apalagi, ekekekeke :P

" Juuuuuuum~ keluar dating ! heeee :) "

Kami hari ni menjelajah Times Square dengan Low Yat je. hee. Bestnyaaa alahai bila dah dapat jumpa awak, dapat tengok awak sihat ja tubuh badan, ceria, seronok betul ! hehe. Mula-mula, terus pegi tengok wayang pergi carik cerita apa yang menarik, ammm, akhirnyaa~ cerita Bujang Terlajak yang jadi tontonan. 

Hmmm, jadiklah, dari lansung x da cerita nak ditengok. Kalau tengok cerita yang ada, banyak cerita China jaa. Al maklumlah x lama lagi kan (err, lusa la kan. hehe. Hari Isnin dan Selasa) Tahun Baru Cina, hehe. So, ada la selai cerita melayu ni haa. Layan jelah kan. Alaaa, yang 3 orang pelwak negara kita berlakon tu, Nabil, Johan dan Saiful Apek. Best jugak laa. Ok Ok ja. Ada lagi cerita lain yang lagi lawak pernah tengok, so x teruja sangat lah. hehe


Nih tiket wayang dia. Seat memang yang terbaik lah. The center of the cinema kami dapat. Setiap penjuru wayang tu, kami lah yang centernyaa. hehe.*Orang pertama beli tiket wayang untuk cerita ni memang la. hoho*


Lepas dah beli tiket, lama lagi kan, nak tunggu start, jadik kami pun nak pergi makan lah. Cik Ijat saya nak pi mamam KFC. Saya menurut perintah sahaja mencari lot kedai KFC tersebut. Ekeke :) Makan-makan dengan kenyang dan suka hati. Borak2 dengan Cik Ijat, RINDUUUUU~ lama x jumpa dah ! hehe

 Ijat ambil Rice Plate, saya ambil Toasted Pocketful. Theheee :D
Ok, sebenarnya, dah nak habis makan, baru teringat nak ambil gambar. haha

 Cik Ijat bawak laptop baru dia sekali :') Terharuu~ Buat susah2 je. ekeke :P
Intan suka laptop Ijat. Warna dia cantik, keyboard memang superb !
Nt add Intan dalam Skype jangan lupa yaa. Boleh kita berskyping-skyping ! hehe

 Makan Ijat, makan banyak-banyak biar gemok sikit ! Thehehe :D

 Ilusi semata-mata, jari itu berada berjauhan dari pipi saya >.<

Sompek yo laie tu haaaa :D

Maka kami pun menuju ke Panggung Wayang untuk meneruskan lagi agenda pada hari ini. ekeke. Dah x beli pop corn dah. Kenyang dah mamam KFC, nak beli pop corn apa nya lagi kan. Hoho.


........haha........hihi...........huhu..........hehe............hoho........... 
(Gelak tawa di dalam panggung wayang !)


Setelah usai melihat cerita tersebut, maka terlihat pada jam tangan di tangan, waktu menunjukkan pada pukul 2.00 petang. Kami bercadang untuk pergi solat di Low Yat sahaja, memandangkan tempat solatnya lagi dekat dan selesa. Kat Times Square, tu diaa~ tinggi memuncak surau dia. Jenuh nak pi aiihhh. 

Habis solat, Cik Ijat ada nak cari gadget2 laptop dia. hehe. Menemani lah saya untuk beliau berjalan-jalan di Tingkat 2 Plaza Low Yat mencari barang keperluan beliau. Setiap saat bersama awak saya berasa sangat bahagia dan saya gembira dapat jalan-jalan dengan awak ! heee :D

Kami pulang semula ke Times Square untuk mencari sesuatu yang saya tiba-tiba mengidam untuk menikmatinyaa. Ahhh, seperti mengandung terasa diriku. Ada juga rakan-rakan saya termasuk Cik Ijat sendiri pernah menceritakan kesedapan dan kesegaran Cool Blog (Ala-ala Ice-blended) dan saya begitu ingin untuk merasainyaa~! heeee. Cik Ijat x leh bantah, kena ikut ja, jadi kami pergilah membeli Cool Blog yang lazat, sejuk dan manis, waaaah, *cair di mulut* !

 Alahaaai, ni satu lagi yang buat saya cair ni, Lesung Pipit awak tu ! Eeeee, Comel ! haha

 Menikmati kesedapan ia dan amat menyelerakan  Nyam3 ! Lain kali boleh beli lagi. hehe

Pinjam tangan sat, hehe. Kami beli perisa Kiwi dan Vanilla. Perghhh. Bersusu, berlemak !
Satu cawan : RM2.50 (tanpa topping. hehe)

Kami terus berjalan-jalan mencari seluar jeans hitam yang ingin saya beli, tapi x jumpa yang terbaik. Ada ja pun, tapi mahal sangat ! Sob3 ! :'( Tunggulah duit dah banyak nanti. huk3. Sedihnyaa~! huu

Dan apabila kaki semakin lenguh dek penatnya berjalan, kami mengambil keputusan untuk merehatkan diri di Mc Donald. Tanpa berfikir panjang, terus ja saya membeli bungkusan makanan untuk saya dan Roomate Bbey Tiqah supaya kami dapat makan pada malam ini. Ya, kafe confirm x buka. Kalau x keluar jawabnya Maggi lah di asrama itu. -.-

Spicy Chicken Mc Deluxe n BigMac satuuu mamak~!
Kenyang la saya dengan roomate ni jangan lah risau. haha

Lepas tu, macam dan nak masuk Asar, solat lah kami di TS tu. Nak x nak, kenalah jinjing semua naik ke tingkat 7 tu =.=' Pelik aku dia buat surau nun atas sana. Tapi x kesahlah, bukankah setiap langkah ke surau/masjid itu dikira pahala, InsyaAllah :') 

Lepas tu, kami pun macam nak balik dah laa. Alaaa, part ni yang aku paling sedih sekali. Macam x sanggup ja nak berpisah. x puas rasa nak jumpa Ijat. Sob3 :'( Nak x nak kena jugak kan. huhuhu.

Tengah tunggu LRT. Uyaaai, gemoknya pipi aku ! Waduuuuh 

Tapi yang paling buat saya senyum ja sampai sekarang, Jeng3~! hek3. Terima kasih Ijat ! Intan suka sangat lukisan Ijat lukis tu. Cantik sangat ! Untungnya saya dapat awak yang pandai melukis ni. hik3. Ijat bagi saya gambar ni waktu kami lepak2 dekat McD bersama2 dengan buku TITAS (Saya belajar TITAS tahun ni, Ijat dah lepas dah semester lepas. hoho). Kemudiannya juga, saya memberi buku nota yang saya pernah hasilkan sendiri satu ketika dahulu waktu saya bercuti di rumah. Kami saling menukar hadiah. hek3


Alkisahnyaaaa~
Cik Intan yang mengada-ngada meminta kepada Cik Ijat untuk melukis gambar dia bersama dengan Cik Ijat sendiri pada saat mereka berdua sedang bermain layang-layang. Hik3. Dasar mengada-ngada punya Cik Intan ! :P Cik Ijat telah mengorbankan tidur malamnya bagi menyiapkan lukisan tersebut pada malam sebelum keluar bersama. Kasihan kepada Cik Ijat kerana Cik Intan telahpun menyusahkan dia untuk membuat lukisan tersebut. Cik Intan kelihatannya seperti ingin meminta maaf kepada Cik Ijat dan dia sangat3 menghargai pemberian lukisan tersebut dan sangat3 menyukainyaa <3 :') Cik Intan sangat3 terharuuu~! huk3

Penerangan gambar :
Kelihatan Cik Ijat sedang berlari mengejar Cik Intan yang gembira bermain dengan layang-layang itu. Cik Ijat nampak gusar dengan kelihatan titisan peluh di muka nya dan kerut dahinya. Apakah maksud semua ini Cik Ijat?! Saya begitu curious untuk mengetahuinyaa. hehe. Tulisan khat di bahagian atas tengah itu mempunyai maksud yang tersendiri. Siapa yang pandai membacanya, boleh lah agak. Ada mesej ringkas di situ. hik3. Gambar layang-layang dan pokok di belakang itu pun berbentuk LOVE ! Alahaai awak ni, sweeeet sangat ! saya suka sangat ! hek3

Hari yang cukup menggembirakan. Pabila saat saya berjumpa dengan Ijat merupakan saat-saat manis saya dan saya sangat bahagia pabila di samping awak ! Terima kasih untuk segalanyaa, untuk tiket wayang, tiket LRT dan lain2. ekeke. I wil always <3 u 4 ever and ever ! Promise :') !

Assalamualaikum semua ! Ijat, Selamat malam awak! Penat dah kan hari ni. hehe.

P/S : Hope sangat dapat join Family Day LEADS supaya saya dapat jumpa awak lagi ! hee :D Papai~

Tuesday 10 January 2012

Trip To Auditorium Angkasapuri RTM :O

Assalamualaikum ! Uwaaaaaa~


Menjerit sepuas hati dulu. Hohoho. Haishh3 Intan, apa la awak ni. Lapuk dah tajuk entry ni baru nak buat laporan ke?! huk3. Maafkan saya yaa~ lambat sangat saya postkan tentang program yang saya dan satu batch pergi ni sewaktu minggu orientasi kemasukan degree minggu lepas -.- (Ok, minggu lepas ok. baru nak post sekarang. duuush3 ! *Penat xda masa - alasan :P*)

Pada hari Khamis bertarikh 05 Januari 2012 pada sebelah malamnyaa. hehe. Kami satu batch 'diarahkan' *kena paksa ke ni?! heee* untuk pergi ke Auditorium Angkasapuri RTM yang bertempat di Petaling Jaya (dekat jugak dengan Asasi UIAM dulu - rinduu sana !) untuk menjadi sebahagian daripada penonton bagi rancangan bual bicara 'BICARA RAKYAT' live malam tu jugak pada pukul 9 malam di TV 1. hehe (Konon macam masuk TV je. haha)


 Dalam bas masih bersuka ria happy3~! hee :)

 Alolooo~ hehe Semangat kan. Macam tu la. kikiki

 Sampai2 ja, nampak masjid warna gold memang sangat cantik. Subhanallah~ indah ciptaanMu !

 Sampai ja dah nak dekat Maghrib dah. Ambil gambar kenangan di hadapan masjid yang cantik ! :D

 Ada roket lalu pulak kat langit tu. Sukaaaa~ heee

 Kitorang sampai awal sikit daripada orang2 dalam masjid. kikiki

 Masuk ja Auditorium tu, jadi excited gila nampak main stage kat bawah tu.

Kitorang duduk dekat bahagian kerusi bertingkat2 tu ja. Tengok dari atas. hehe

 Junior pon follow and Farah Musa kat hujung tu. Hehe :)

 Uwaaah~ hantu kat belakang tu. Ekeke


Lepas dah duduk2 kat kerusi tu. Kami awal2 lagi dah perasan yang Debra, Macyl dan Julie rupanya ada kat main stage kat bawah tu. Perghh diroang ni, masuk tv kot nanti. haha. Untunglah sampai awal dapat duduk kat situ. Ngeee :P

Lepast tu, saya saja2 ja la nak telefon Debra nak cakap sikit. Mengajuk la konon sebab dapat masuk tv nanti. haha. Bila dah call, Debra pun angkat.

Intan : Ambooooi~! Pandai eh duduk kat bawah. hehehe
Debra : Uyy Bongek, kau mau ka tukar tempat dengan si Macyl ni? Dia ndak mau duduk kat bawah ni.
Intan : Ya ka?! Boleh ka?! *Konon tanya entah kenapa aku pun excited kalau dapat duduk bawah haha*
Debra : Ya laa. Sini la Bongek. Ganti tempat Macyl ni. Kau turun laa.
Intan : Ohhh, Bhaa ya lah.

Talian telefon mati. Dan saya bergerak turun ke bawah dengan buat muka x malu. Memang x malu. Kuang3 ! Macyl pon naik atas ganti tempat saya :) Mengada-ngada kan. hoho

 Debra duduk di sebelah saya :D

 Bukti dapat duduk bawah ! haha. Duduk sebelah Julie jugak.

 Pandangan dari bawah ke atas. Cuak jugak rasa. Mana tau pengacara tu tanya soalan ka. haha


Bermula dari pukul 9 sehingga 10 malam, berlansunglah siaran lansung. Macam2 jugak kerenah dan perkara yang perlu dilakukan bila live di tv ni. Masa sangat penting dan mesti on time. Teruja jugak la tengok keadaan macam tu kan. Bukan selalu dapat tengok. Hahaha

Sebenarnya topik malam tu nak berbicara tentang perhunbungan antara Malaysia dan Indonesia sejak dari dulu hingga sekarang. Macam yang kita tau, segelintir rakyat di Indonesia menuduh Malaysia mengambil lagu Indonesia dan dijadikan sebagai lagu kebangsaan kita iaitu Lagu Negaraku. Saya dari dulu lagi memang mendidih sikit bila sentuh tentang Indonesia ni. Geraaaam rasa ! Masa Sukan Sea Games dulu tengok macam mana rakyat Indonesia memperlekehkan Lagu Negaraku dan melaungkan Malaysia Malingsial yang mana maling itu bermaksud pencuri kalau x silap. Bnyak lagi yang mereka lakukan.

Kalau nak sentuh bab lawan Bola Sepak lagi la x boleh blah. Saya malas nak cerita panjang korang rata2 mesti tau kan apa yang terjadi. Frust saya tengok. Alhamdulillah la Malaysia menang ! Hoho. 

Panel jemputan dia terdiri daripada 3 orang panel yang mana 2 daripadanya dibawa khas dari Indonesia dan seorang adalah Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad dari Malasyia sendiri. Yang 2 orang Indonesia tu juga merupakan wartawan terkenal terkemuka di Indonesia. Nama siapa entah dah x kenal. hehe. Mereka banyak membicarakan tentang Transformasi Media dalam kedua-dua buah negara. 

Saya sebenarnya  x berapa nak faham la apa yang mereka bincangkan. haha. Buat2 faham jelah duduk bawah tu. Angguk2 kepala sikit2. Ekekeke.

 Selesai sudah siaran lansung. Ambillah gambar :) Hee


 Mana boleh lepaskan peluang nak bergambar kan. Bukan senang dapat join benda2 macam ni. haha

 Band Kugiran di sana. Saya suka bila pak cik ni main seksofon ni. Sedaaap sangat bunyinyaa. Terkesima tengok cara dia main :D

 Pentas untuk pengacara dan panel2.

 Masa last persembahan kan, tiba2 ada kejutan N. D. Lala datang dan mendendangkan 2 buah lagu. Dan kami sempat ambil gambar dengan dia ! Weeee~!

Dapat gambar mahal ni. Wahaha. Dengan pengacara pada malam tu, Syed Munawwar. X kenal pun dia pada mulanya, ni baru dah kenal. Elok je sama ketinggian semuanya. Wakakaka


Maka dengan itu, tamatlah malam kami di sana. Kami pulang dengan hati gembira. Heee :) Pengalaman yang manis buat diri saya di awal permulaan kemasukan Degree. hee

Oklah, Assalamualaikum semua ! :D

Wednesday 4 January 2012

Jadual Waktu Baru XD

Assalamualaikum :P


Waaaa, tambah lagi satu berita happy~! Kitorang dah dapat dah jadual kelas untuk Sem 1 ni. hehehe. Dan jadual itu sangat3 best tau x. haha. Banyak gila masa free dan sehari je rupanya ada kelas petang. Itupun sampai 3.30 ja. Selalunya balik konphom pukul 4.30 la paling lewat kan. hee. Excitednyaa, best sangat ! Yang paling penting, petang jumaat kosong dan saya dengan suka hatinya boleh balik rumah dengan aman tanpa sebarang gangguan kelas pada petang itu >.< Yehaaaaa Aribbaa~! haha




Uuuuuuu~ banyaknya petak kosong kat hujung2 tu. HAHA. Maksudnyaaa, memang x delah kelas petang kelas hujung2 masa untuk kami ni. Weeee~ hak3.

Tapi kan, sebenarnya kan, Kak Azizah senior saya memang pernah cakap yang bila dah masuk degree, memang dah x banyak kelas. Tapi kerja yang diberikan di luar kelas, MasyaAllah. Kemain banyaknyaa. hoho. Jadi nak x nak kena terima dan hadapi segala kemungkinan yang ada yeaa Cik Intan ! Jangan sombong sangat yaaa bila dah tau jadual macam ni. Padahal banyak lagi benda kau nak kena buat Sem ni. haha. Padan muka kau Intan !

Oklah, Assalamualaikum semuaaa. I miss My Cik Ijat so much ! Dia tengah exam BI sekarang. Buat yang terbaik yaa >.< <3

Hari Pertama Degree saya ^^

Assalamualaikum ^.^

Hai3. Ya Allah, bersyukur aku kehadratMu yang telah melimpahkan rezeki dan panjangkan lagi umurku untuk terus berada di bumiMu in Ya Allah. Terima kasih Ya Allah :')

Tanggal pada tarikh 04 Januari 2012, akan bermulalah detik perjalanan dalam mencari ilmu dan pengalaman yang kini, aku telahpun memasuki alam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik (SR)

I'm sooooooo happy today sebab hari ni first masuk semula ke IPG dan dapat bertemu dengan rakan2 yang lain terutamanya rakan2 kelas MT 1 :) Rindu dah terubat dan macam2 hari ni surprise dapat tahu tau. haha


Pendaftaran Baru

Seawal pukul 8 kami semua satu batch dah berkumpul dah depan dewan untuk sesi pendaftaran ke Ijazah. Excited sangat dapat jumpa dah Debra, Julie, Ruth, Macyl, Sha dan lain2. *Bbey dengan Wani dah jumpa dah semalam wink2 ^^*. Bila dah masuk dewan tu, kena duduk dekat kerusi yang disediakan mengikut kelas masing2, then tunggu Dr. Sakhilah datang (Mentor kami) untuk menjalani proses seterusnya. 

Teringat pulak masa kami waktu dulu kena daftar untuk masuk PPISMP. haha. Dah la semua orang x kenal pun, baru nak jumpa pada waktu tu. Ingat lagi waktu daftar, sebelah saya adalah Anthon. heee. Tengok macam Melayu rupanya x kawan saya sorang tu. haha. Then, banyak huhahuha dengan kawan2 especially Debra :) Lama dah x jumpa so banyak cerita keluar semua. best3 ! heee


Keputusan Exam

Awal2 pagi tu lagi sebenarnya Bryan kawan saya dia dah sibuk tanya result pointer masing2. Hmmm, kami memang la x check lagi. Rupa-rupanya, dia dah pun pergi ke Unit Peperiksaan untuk bertanyakan result pointer dia awal2 pagi lagi. Dan dia tahu. Sebenarnya siapa yang personally pergi ke kaunter Unit Peperiksaan tu baru tau masing2 punya result. Sebab x official lagi keluar result kat Web dia. huhu. Memasing dah gelabah, cuak semua ada. So, saya, Debra, Ruth dan Julie ambil keputusan nak pergilah check kan. 

Dan jeng3~ result saya ! huuuu. Kalau ada sesiapa pernah baca entry saya sebelum ni pasal result, hmm mungkin korang tau yang target saya untuk pointer adalah 3.5 ke atas. Dan Alhamdulillah, atas rezeki yang telah Allah berikan kepada saya, saya mampu mencapainya. walaupun sipi2 je lagi nak turun below than 3.5 

Saya berpuas hati dengan pointer yang telah saya kecapi tapi masih lagi merasakan saya mampu lagi buat yang lebih terbaik. Walau macammana pun, CGPA sewaktu zaman Pra PISMP ni akan disimpan buat kenangan dan pedoman untuk kami. Sebabnya, apabila dah masuk degree, automatik CGPA semuanya akan kembali 0 dan pointer akan dikira pada peperiksaan yang akan datang sepanjang berada di degree. 

Hmm, so apa pengajaran yang boleh kita dapat? Bagi saya, benda inilah yang kan membakar semangat para pelajar untuk terus berusaha pada masa akan datang. Sebab exam selepas ini akan menjadi penentu kepada CGPA keseluruhan 4 tahun Ijazah kita. Macam mana nak dapat Dekan ni? haha. Every sem mesti capai target 3.8 ke atas. so bila nt di total up kan pointernya pada semester 8 nanti, barulah boleh dapat Dekan. hak3. Barulah dapat gembirakan ibu bapa kita. heee. Walau susah macam mana pun, saya akan tetap berusaha berhabisan untuk mencapainya. Amin40~! 


Pelajar Baru Masuk

Hmmm, tau x. Ada 6 orang pelajar PPC dibawa masuk ke dalam batch kami hari ni. 5 perempuan dan seorang je lelaki. (Aku pun xtau lah PPC ni pelajar dari mana. Macam mana diorang boleh masuk IPG. huhu) Dan paling x best, diorang semua masuk dalam kelas Sains ! Huu, untunglah budak Sains dapat classmate baru. Jadi, officialnya, kami kelas MT 1 maintain lagi 20 orang ^^ Hmmm, saya teringin nak ada clasmate baru je. Kalau dapat yang Semenanjung Perempuan lagi okey, mana tau ley balik sama ke, kalau orang Negeri Sembilan ke. hek3. Ok, benda tu xkan dapat. No pelajar baru untuk kelas MT. huhu


Budak TESL tukar kelas ?

Masa dah habis taklimat tu kan, JPP adalah suruh kami duduk ikut kelas. Then baru saya tahu, budak2 TESL  ada yang bertukar kelas sesama mereka. Maksudnya, ada budak TESL 1 masuk TESL 2 dah sekarang dan sebaliknya. Bagi saya, hmm kesian jugak lah. Yelah, kita da rapat sekelas almost setahun setengah dah. 3 sem dah harungi suka duka bersama. Tapi saya tau budak TESL diorang rapat sesama dua kelas. So mungkin x jadi masalah kot bagi diorang untuk bertukar kelas. Mungkin pada awalnya akan rasa lain environmentnya tapi lama2, mesti ok punyalah. Betul x? hehe. Alaaa, dalam kelas tu pun kawan2 kita jugak. So ok jelah. xkan nak berkepit dengan budak kelas kita je kan. Kawan boleh dicari, ukhwah tetap terbina. hee


So, hari ni, banyak jugak lah benda baru yang saya tahu. Macam2. Apa2 pun, saya bersemangat untuk mengharungi alam degree kali ni. Saya harap, saya akan menjadi manusia yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan. 

Ohh, pasal result tu, hmm, saya x bagi tahu Mama lagi. Takut lagi la Mama kecewa dengan saya. Saya tau result ja terus mesej Ijat. Malu dengan Ijat sebab Ijat selalu dapat pointer cemerlang. Haihh, macam mana la saya boleh jadi cemerlang macam awak ni. hehehe. xpa Intan usaha tangga kejayaan. Kau mesti boleh satu hari nanti dan mesti buktikan ! *SEMANGAT*

Lagi satu, sorylah entry kali ni xda gambar pulak. X da benda yang nak ditangkap gambarkan. Petang ni sambung lagi LDK dekat dewan. Hmm, semangat Intan ! Hait3~! heee

Oklah, Assalamualaikum semua. Thanks kepada sesiapa yang sudi membaca. huk3 :) (Senyum selalu !)

Monday 2 January 2012

Lagu Cinta~

Assalamualaikum ! :D

Siapa kenal Pasha dari kumpulan Ungu. Alaa, band dari Indonesia sanaa. Lagu-lagunya enak bangat deh didengar'in.

Baiklah, saya sebenarnya tujuan post kali ni sebab saya ada minat satu-satunyaaaaa lagu dari Pasha ni. Dia menyanyikan lagu ini bersama isteri beliau iaitu Adelia seorang artis dari Indonesia jugak. Tajuk lagu nya berbunyi  "Penghujung Cintaku".

Lagu ini kan, akan membuatkan saya teringat akan si dia jantung hati saya di sana. >.< Bait-bait lagu ini benar2 menggambarkan jiwa kami, perasaan kami. Aihhh,seolah-olah bila part Pasha nyanyi, seperti si dia yang sedang meluahkannya, begitu juga pada bahagian Adelia menyanyi, saya seperti mengungkapkan kata-kata cinta saya kepadanya.

Ok, engkau sangat mengada-ngada Intan ! 

x kesahlah. Ok jom kita hayati lirik2 lagu dalam kagu ni. Best sangat. Rasa macam nak kahwin. tetttt !


L : Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

P : Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

L : Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

P : Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

L : Tiba diriku di penghujung mencari cinta

L&P : Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

P : Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

L : Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

L&P : Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

Sangat best lagu ni. Sweet sangat ! Cinta yang terakhir dan diakhiri dengan perkahwinan ! hehe






Baiklah, sampai sini saja. 

Pesanan saya untuk si dia : 
Selamat Berjaya exam for this 2 weeks >.< Awak boleh buat saya tau. Semangat dan jangan cepat putus asa ! Don't make any kelasahan2 kecil semasa menjawab ok ! heee. Saya sentiasa mendoakan awak berjaya dunia akhirat ! Hait3~ Ijat boleh! hehe. ILYSM <3

Assalamualaikum !