Saturday 31 March 2012

Feeling good to see him again tomorrow :D

Assalamualaikum semua !

Assalamualaikum Ijat <3

Esok ?! Ada apa dengan esok ?! Yehhahh hanya saya dan dia. Ya, kami nak keluar pergi dating ! ehhehh. 

Hampir sebulan lebih x berjumpa, even waktu birthday Cik Ijat pun saya x dapat jumpa dia. ;'( Hmmm, jadi esok hari keramat kami nak berjumpa semulaa. Weee. Bestnyaa. Lama betul rasa nak tunggu hari Sabtu ni. Spenjang buat eseimen minggu ni pun, rasa bersungguh-sungguh sikit sebab nak cepat-cepat habiskan, then hari Sabtu boleh la jumpa awak ! Hik3

Esok ada bebrapa agenda kami nak buat. HAHA. Rancang awal-awal kan. hek3. Mula-mula, sampai-sampai ja, saya terus bagi kat Ijat satu baju ni, suruh tukar. Hahhh. Ni hadiah pertama saya untuk dia, saya beli masa saya pergi BIG di Pulau Pangkor hari tu, so adalah beli sepasang baju ni. Cekidout !




So esok kalau ada-ada nampak kami yang berbaju ini, hahhh. Betullah tu. HAHA. Untuk Cik Ijat warna biru, saiz S. Untuk saya warna merah, saiz M =.=

Ya, saya memang lagi besar dari dia. huk3. Jeles tengok dia yang kurus itu ~ !

Lepas dah sama-sama pakai baju sama, Ehehh. Berlaku lah tu sesi penukaran hadiah. Wee. Kat bawah ni sebenarnya hadiah dari saya untuk Ijat sempena Birthday dia bula 3 baru-baru ni. Saya buat sendiri atas sumbangan kakak saya punya bahan-bahan untuk membuat. HAHA. Dia ada semua kain-kain ini, so saya guna ja and buat sendiri untuk Cik Ijat saya. Keh3. 


 One for you, and one for me ~! <3
i + i = ? (Izzat + Intan) ;D


 Yang beboy awak punya, yang gegirl saya punya wokeh ! hek3




 Dah di sekalikan dalam satu keychain.
Nanti kita pasang dekat beg sama-sama ok ^^,


Ni hadiah dari saya untuk Cik Ijat. Cik Ijat pun ada hadiah nak bagi dekat saya. Weee. Hadiah dari Singapore hari tu dia pergi rombongan satu kelas. x sabar nak dapat. Hek3. 

Hahhh, ni satu lagi nak cerita. Tadi saya dengan kawan-kawan pergi makan-makan malam dekat velo. Biasalah, dah habis esemen, rasa macam lama sangat x pergi padahal sejengkal je kan tempat tu kena jalan kaki. Soo, kami pergi tadi berempat. Makan punya makan punya makan, Eh eh alang-alang dah buka pasar malam dia ni, jum lah weyy. Hahhh. Apa lagi kan. 

Macam biasalah. Perempuan. Jalan-jalan, eh tu cantik, cantik la ni, haaa yang sana tu lagi cantik. Tettt. Saya pun x lepaskan peluang bila dah jumpa sesuatu tu kan. Heee. Hanya RM 20, saya kini memiliki sepasang kasut jalan yang berwarna coklat seperti gambar di bawah ! Ekekeke ;P Bestnyaa dapat kasut baru. Boleh pakai esok jugak jalan-jalan dengan Ijat, n boleh bawak pergi ke kuliah. Weee. Alhamdulillah. Rezeki saya hari ini. Hehe


Ok x ? Simple sangat ke ? Hmm, x kesah la. 
Cantik di mata saya dan rakan-rakan. xpa. hee


Orytee, mood menulis hari ni membuak jugak sebab dah 2 entry. HAHA. Tapi berbalik pada entry first saya hari ni, hmmm. Konon nak tunggu Mp3 Lego kan tadi. Tapi, saya pergi pejabat petang tadi, x sampai lagi. Uwaaaa frust nya sayaa. huk3. Baru ingat nak bawak esok tunjuk kat Ijat. xpelah. Xdak rezeki. Ok, malam ni x leh tidur lambat sangat sebab esok nak jalan-jalan. Hak3.

P/S : Ijaaaat~ esok kita jumpa yaa. x sabar sangat dah rasa ! hek3. Malam ni x mau tidur lambat tau. Lepas baca blog ni, kita borak2 wokeh ! hek3. ILYSM dear <3 ;)

Assalamualaikum semua~! ^^,


Friday 30 March 2012

Alhamdulillah :')

Assalamulaikum rakan-rakan pembaca sekalian ;D


Alhamdulillah, Alhamdulillah ucapkan syukur pada ALLAH atas setiap nikmat yang telah diberikan kepada kita makhlukNya. Sungguh saya berasa kurang beban setengah tan dari bahu saya, kerana hari ini saja, saya dah hantar 3 assignment sekaligus dengan jayanya. Alhamdulillah ;')

Rasa happy sangat-sangat tambah-tambah lagi pagi tadi kira-kira pukul 7.30 lebih konon nak pergi mandi la ni kan kat toilet, tetiba roomate saya dengan semangatnyaa (sanggup bergerak ke toi2 untuk memberitahukan saya akan hal ini ! hik3) mengatakan bahawa, "Intan!" "Yaa!" "Kelas cancel hari ni !" "Ye ke ?!" (balasan jawapan x kena) . Ohooiii~ iya ka ni ? Macam x percaya la pulak ! Yahooooo !

Dari saya yang dah siap masuk toilet ni, nak mandi nih. Terus keluar balik malas nak mandi. Sejuk. Konon. Hehh. Saya pun pulang semula ke bilik tanpa mengenakan air di badan pun. Pandai kan. Hmmm.

Waaa~ ni boleh sambung tidur ni. Gila ngantuk sebenarnya pagi tadi. Sungguh. Malam tadi dok pulun buat eseimen sampai pukul 3. Baru dapat tidur. Hmmm. Konon nak sambung tidur la ni kan. Tapi fikir-fikir balik. Bukannya dapat pon lelapkan mata ni bila dah terbangun tu. Kitorang plan nak terus la pergi binding segala benda, hantar eseimen then semua boleh senang hati sebab semua dah selesaikan.

Jadi saya, Bbey dan Sha pun pergilah binding apa yang patut. Beli makanan mamamamamamam. Lapar. Hahhh, sampai lah ke detik yang terakhir kami hantar eseimen FPK pada Ruth . Maka dengan itu, berakhirlah 3 eseimen untuk 3 matapelajaran pada detik itu. Alhamdulillah ~! Walau ada lagi beberapa eseimen nak kena hantar minggu depan. Tapi lek luu. Kita enjoy la kejap2 kan. Hahh. xkan la sepanjang masa nak concentrate wat kerja je kan. Heee

Klah, xtau nak borak apa lagi. Sekarang tengah tunggu saat nak ambil di pejabat untuk satu barang online yang saya pesan ni. jeng3 ! Barang apakah itu? HAHA. I'm so excited nak dapat benda itu. Menurut tauke nya tu cakap, semalam dia dah post laju dah. Hopefully boleh lah dapat hari ni benda tu. Saya ada pergi pejabat tanya posmen dah sampai ke hari ni. Tapi x sampai lagi tadi pukul 10.30 am. So petang ni nak cuba nasib. Hehe. Harap-harap sampai la dengan cepat. x sabar dah nak dapat. Apa barangnya ni? Korang nak tau ke? Hek3. Barang ni lah. Tengok ni.







Tau x ni apa? Haaa. Ni lego yang kita main waktu kecil2 dulu. Ehehe. Cuma ia telah diinovasikan kepada yang lebih  attractive nama dia, Mp3 Lego ! Yess. This is Mp3. First time saya tengok sungguh saya berkenan sangat. Aduyaii comel gilaa. Tambah saya memang dah lama nak beli Mp3 sebab, hmm al maklum henset cikai ku itu, nak dengar lagu pun susah, Earphone entah pergi mana entah. Haaaa, lepas ni senang la. Dalam2 bas ke, nak balik rumah dalam KTM ka, boleh layan2 lagu bila boring. Hee.

 Saya dok kenan hat yang paling suci tu laa. Warna Putih. Hek3. InsyaAllah, akan dapat hari ni. Harap sangat ! Huu. Oklah. Oh harga. Harga dia RM70 satu set siap dengan earphone, USB cable n Manual Guide. Harga ni x termasuk SD Card Micro pon. Walau Cik Ijat saya cakap, ni kira mahal ni Intan. Hmm, entahlah. Sorry ya Ijat. Hati Intan memang dah terpaut sangat dah dengan benda ni. Intan x peduli harga dia lagi. Huk3. 

Ok, sampai di sini sahaja. ESOK ? ! Ada apa dengan esok? hahhh Jeng3 ! Saya sangat tidak menyabari nya pun. Ya Allah, sungguh saya amat merindui dia. <3 :')

Friday 23 March 2012

Buku Skrap Tokoh Matematik Sayaaaaaa ! ;)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ! :D :D :D


Keh3. Perghh, lama sudah saya x update ni. Padahal banyak gilaaa cerita nak cerita. Hmm, apalah kau ni Intan pemalas ya amaat. Huk3 :'( Sibuk sangat laa. Too many3 works need to be done. Sekarang dah musim mengawan dah, eh musim assignments yang x tau la kesudahan dia bila nak berhenti. huhuhuhu.

Nak cakap cerita tu, banyak dah saya miss untuk diabdikan di blog ni. tskk3. Cerita waktu saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dekat SK Chembong, cerita jalan-jalan pergi Utaghaa sanaaa, Kedah n Penang waktu cuti seminggu hari tu dan cerita Birthday Cik Ijat sayaa. Sob3. Sorry awak, saya x abdikan dalam blog saya. tsssk tskk :'( Semuanyanya berlaku baru-baru ni, sebenarnya kalau ada kerajinan di situ, boleh ja saya nak update. Tapi kau malas kan Intan. Hahhh.

Treng teng teng. Ok stop sedih2. Ada masa, saya kongsi segala cerita yang tertinggal itu yaa >.<. Tapi tapi tapi kaaaan, ce tengok ce tengok kat tajuk utama saya hari ni. Cehh3. 'Buku Skrap Tokoh Matematik Sayaaaaaa ! ;)' Amboooi, kemain banyak aaaaaaaaaaaaaaaa kau Intan. Nampak nau happynyaa. keh3

Alkisahnya begini, bila sentuh bab assignment ni, ni lah 1st assignment yang perlu dihantar iaitu pada pagi tadi, bersamaan hari khamis 22 Mac 2012. Oh, dah 22 /3 laa. Esok birthday adik saya, Nurul Syuhada 23/3. Keh3. Tapi mana dapat wish kat dia, dia di asrama. xdak handphone pooong ! huk3. HAPPY BIRTHDAY ADA :D <3 Cehh, macam lah dia baca. keh3

Oiii3, back to the topic. Hmmm, kali ni assignment special sikit. Untuk subjek Kurikulum Matematik. Sebab nak kena buat BUKU SKRAP. Bukannya KERJA KURSUS. Hahhh, nampak x bezanya di situ. Buku Skrap kenalah cantik-cantik, warna-warni, ada love2, riben2. HAHA. Itu kerja budak perempuan sebenarnya, jarang lelaki nak buat macam tu. Opppsss ! HAHA

Wahai pembaca-pembaca sekalian, sebenarnya dalam banyak-banyak hobi/kegemaran/kesukaan yang saya suka buat dalam hidup ni, hahhhh. Ni lah dia satu-satunya kesukaan/kegemaran saya yang tak pernah luput dek hujan, lekang dek panas. Den minat na bona-bona dongan kojo menghieh-hieh ni haaa. Monggunting2, monggam2, monampa2 dan soangkatan dongan ehh. Hahhh tu dioo. 

Bila saya tahu la kan, kena buat buku skrap, hati dah bebunga. Saya dah fikir macam-macam dah. Datang ja idea nak buat POM POM sikit kan. kah3. Sampailah idea yang datang, berlatarbelakang bentuk baju T-Shirt. Hmm. T-Shirt Intan? Boleh ke? Macam mana kau nak olah tu? HAHA. Dont u worry. Ini Intan bebeyhh. Jangan pandang rendah. Puii. keh3

Bila idea dah sampai, saya plan nak pelbagai kan design t-shirt yang ada agar kelihatan lebih berwarna-warni. Memandangkan 10 tokoh dan ke atas yang perlu dihasilkan (saya buat 11 =.=) Jadiii banyaklah aku kena buat design ni. *Fikir dalam hati*. Hmmm. Fikir punya fikir punya fikir. Ahhaaahhhh ! *Ting3 mentol atas kepala* Apa susah2 kan diri dok pk design, aku ambil jela mana-mana baju yang siap di design, contohnyaa JERSEY BOLA FIFA WORLD CUP ! Tettt, saya pooong peminat setia bola sepak jugak. So x kesah la kan. Kan kan kan. Hahhh. 

Idea mencurah-curah mengalahkan kelajuan air terjun, saya terus membuat draf di kertas untuk kesemua jenis design baju jersey. Search punya search. Semua complete. Yehaaa ! Boleh dah start buat ni. Eden somangat dah ni haaa. Kerja saya bermula sejak bercuti di rumah lagi. Dan dibawa lagi terus ke maktab untuk meneruskan lagi kerja itu. Akhirnyaa, detik 1.30 am pada hari Rabu yakni dalam kiraan purata, 2 hari sebelum tarikh sebenar dihantar. 

Haaaaa, ni yang nak ceghita ni. X pernah-pernah dalam sejarah hidup saya assignment saya dapat disiapkan 2 hari lebih awal dari tarikh hantar. Ini UNBELIEVABLE ! Masuk Books of Record Intan ni. keh3. Nampak kan, nampak kan beza kerja yang kita buat tu, antara minat dengan yang tidak minat. Hahhh. Tang yang minat, lajuuu je siap. Kalau assignment lain tu, haghaam kau nak siap awal Intan. Nak2 kerja Bahasa Inggeris. =.=''

Tanpa membuang masa dengan bebelan yang entah orang baca entah x, lets cekidout yaww, gambar-gambar yang berkaitan. keh3



PERKARA : Muka hadapan Buku Skrap Tokoh Matematik Dunia.
JERSEY : Jersey bola sepak MALAYSIA <3 <3 <3
PENERANGAN : Saya pilih baju bola sepak Malaysia paling depan, heyy tanya lagi kaa? HAHA. Sebab saya orang Malaysia laa. And I'm proud to be Malaysian :') Sebenarnya saya x berapa nak kenan dengan font yang saya pilih untuk tajuk buuku skrap ni. Hmmm, tapi sebab dah print, time menyesal tu pun, dah siap gunting dah. xpalaa, teruskan jelaa. Dia punya line tepi macam tebal sangat (memang saya yang tebalkan pada mulanya =.=) tapi bila dah print nampak macam dia guna marker pulak tepi tuu. nampak x cantik. hmm. papelah. hehe





PERKARA : Biodata Diri ^^
JERSEY : Jersey bola sepak BRAZIL ! Aribbaaa~
MUKA SURAT : 1
PENERANGAN : Design Brazil quite simple and senang je saya dapat siapkannya. hehe. Gunting2 sikit, gam dan tampal. Taraaaa~ Kalau ada FIFA WORLD CUP, team paling faveret op kosh team BRAZIL ! Sebab dulu ada Ronaldo ! keh3


Aikkk2. Mana page kedua sayaaaaa ?! Uwaaa. Baru perasan ni. Sob3. Saya rasa saya termiss nak tangkap gambar diaa. Uaaaaa. Sedihhh3 ! :'( :'( :'( Nangis ! Macam mana boleh careless ni. Sob3 ! huk3. Huuu. Saya guna jersey SEPANYOL. huhu. *Mood masih sedih sobs3*




PERKARA : TOKOH 1 - Al-Khawarizmi
JERSEY : Jersey bola sepak JEPUUNG ! *Tunduk Haitttt 180 darjah hahh patahlah pinggang kau, 90 darjah cukup*
MUKA SURAT : 3 (m/s 2 dah terskip di atas. sob3)
PENERANGAN : Tokoh yang dipilih antara yang paling famous laa. Almost semua buku skrap kawan2 saya semua ada dia. Seorang tokoh Islam ! Tokoh Matematik disegani dunia. haaa. Banyak kajiannya dijadikan rujukan penting oleh pengkaji-pengkaji Barat. Hebaaaat Tokoh-tokoh Islam zaman dahulu :') Design baju korea, sedikit lama nak buat. Ok jelah. hehe





PERKARA : TOKOH 2 - Pythagoras
JERSEY : Jersey bola sepak ENGLAND ! Uuuuu~ Beckham Victoria ekeke
MUKA SURAT : 4
PENERANGAN : Pythagoras la yang mencipta teori Pythagoras tu. (Pythagoras Theorem). Ingat kan, ingat kan. Masa sekolah menengah kan dah belajar. hehehe. Yang segitiga tu. hee. Design England pon ok ok jaa. Sebab tu saya pilih jersey, senang nak buat, x sarat corak dia ^^




PERKARA : TOKOH 3 - Al-Biruni
JERSEY : Jersey bola sepak AUSTRALIA ! Aussiee awesome !
MUKA SURAT : 5
PENERANGAN : Al-Biruni pun salah satu dari tokoh Islam yang banyak menyumbang dalam bidang Matematik. Antaranya nampak x kat gambar di atas, hehe. Tekan lah untuk tumbesaran wokeh. keh3. Jersey Australia simple je kan. Hmm, banyak saya ingat tentang jersey sekarang ni. hehe





PERKARA : TOKOH 4 - Al-Battani
JERSEY : Jersey bola sepak GERMANY ! Dang ke Shun *Ambooii, macam Cina dah kau tulis, tapi bunyi sama. keh3*
MUKA SURAT : 6
PENERANGAN : Seorang lagi tokoh Islam. Sebenarnya tokoh Islam memang banyak menyumbang dalam perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang. Cuma mereka menggunakan ilmu mereka pada zaman itu sahaja. Tetapi para pengkaji Barat banyak mencedok ilmu dari mereka, kemudiannya meneruskan dan memperkembangkan sesuatu ilmu itu sehingga ke hari ini. Itulah namanya gah je sampai sekarang, padahal idea asal ciplak dekat Tokoh Islam jugak. keh3. Sorry, ni just pandangan saya sahaja. HOHO





PERKARA : TOKOH 5 - Sir Isaac Newton
JERSEY : Jersey bola sepak NEW ZEALAND ! All Black !
MUKA SURAT : 7
PENERANGAN : Mesti ramai yang pernah dengar nama dia kan. Masa kita belajar fizik dulu. Hahh, dialah pengasas kepada Newton's Law. Keh3. Dalam setiap tokoh memang akan dimasukkan bodata, gambar dan juga sumbangan. Nak tengok sumbangan yang lain, tekan lah k kat gambar tu. hee *Mood = Pemalas mau taip*





PERKARA : TOKOH 6 - Omar Khayyum
JERSEY : Jersey bola sepak PORTUGAL ! 
MUKA SURAT : 8
PENERANGAN : Lagi tokoh Islam. hehe. Kalau tengok kat atas, banyak sebenarnya sumbangan yang diberikan. Banyakkan kat atas ni. Hmm, sebelum ni saya x pernah dengar nama dia. Sobss. Tapi sekarang dah tau da, hahh nampakkan kebaikkannya bila buat buku skrap ni. Banyak ilmu yang dapat kita tambah ^^. Siapa yang ada dekat Portugal eyy. Christiano Ronaldo ! Auwwww. Eeeee Godik !





PERKARA : TOKOH 7 - Leonardo Fibonacci :)
JERSEY : Jersey bola sepak NOGHOGHI SEMBILAN ! Musuhnya habis binasa  ! <3
MUKA SURAT : 9
PENERANGAN : Hahhh, kan. Ni apohal lak sosat satu jersey ni haa. Jangan mempersoalkannya. keh3. Biarlah, ni blog saya, saya punya hasil kerja, suka hatilaa. keh3. Alaaa, dalam banyak2 team dalam ni poooong, ni lah team paling feveret dalam sejarah dunia ni walau apa yang berlaku, akan ku bertahan di belakangmu wahai The Niners :') Selamanyaaa selamanyaaa, selamanyaa Harimau Malaya. Eh eh eh. 





PERKARA : TOKOH 8 - Karl Pearson
JERSEY : Jersey bola sepak KOREA ! Annyoooong Oppa ^^
MUKA SURAT : 10
PENERANGAN : Jersey ni paling senang aku rasa. line kat hujung lengan dengan katt kolar. keh3. Karl Pearson pun boleh tahan banyak sumbangan. Tengoklah sendiri yaa. huaa3





PERKARA : TOKOH 9 - Ibnu-Sina
JERSEY : Jersey bola sepak BELANDA ! Jersi oren niceee~
MUKA SURAT : 11
PENERANGAN : Ibnu Sina pun mesti ramai yang dah kenal kan. Dia sebenarnya mostly banyak menyumbang dalam bidang perubatan sebenarnya. Tapi adalah segelintir tu, dia sumbang dalam Matematik. Tapi bila saya dah listkan sumbanga dia, x banyak lah pulak. Adoyaii. Nak buang macam sayang je kan. xpelah, sumbat jelah dalam buku skrap. xpela, sebab tu back up tambah lagi satu tokoh. keh3. sebab tu ada 11 tokoh. hee





PERKARA : TOKOH 10 - John Venn
JERSEY : Jersey bola sepak ITALY ! :)
MUKA SURAT : 12
PENERANGAN : Tokoh yang ni yang reka Venn Diagram. haa pernah dengar kan. Masa f4 kot belajar x silap. hehe. Yang bulat-bulat ada subset, union, intersect bagai tu. Hahh dia lah pelopornyaa. Ada lagi sumbangan yang lain. Tengok lah sendiri. keh3





PERKARA : TOKOH 11 - Al-Qasaladi
JERSEY : Jersey bola sepak MALAYSIA! Tanah tumpahnyaa darah ku ! Haipp berdiri tegak ! (Negarakuuu... )
MUKA SURAT : 13
PENERANGAN : Dalam banyak-banyak jersi, jersi ni paling hensem sekali. Caya x ? HAHA. Hensem cayalah Malaysia. Power hebat semua dia ! keh3. Tiba-tiba aku dah lama sebenarnya mengidam nak jersi Malaysia ni, x kisah lah biru ke kuning ke. Hensem aku pakai ! Hahhh?! Hadooo? 





PERKARA : Muka belakang
JERSEY : Jersey bola sepak MALAYSIA ! ;D
PENERANGAN : Part yang ni paling aku suka. Kembang kempis aku bila orang tengok. hehh. Aku sukalah. xtau napa. korang suka? hehe




Ni nak cerita sikit lah kan. huhu. Sebenarnya sebelum pulang ke kampung, saya adalah keluar dengan Debra untuk membeli barang2 keperluan untuk buat buku skrap ni laa. Hahh, barang-barang kat atas ni laa. Kau tauu? haha. Saya x guna pun sampai ke sudahnya pun, siap dah hantar lagi eseimen ni. Hmmm, yelah kan idea berubah secra tiba2. hehe. Jadah kau beli manik2 warna pink tu Intan? HOHO RM 3.60 plak tu. Haihh.Saya pun x tau la apa yang say fikir waktu tu. kui3.

Oklah, penatnya saya mengupdate kali ni. Rasa macam panjang gila jaa. huk3. Oklah, nak sadaqallhualazim dulu okeh. Mau sambung kerja n tutp mata tiduuuur ! Terima ksih pada yang sudi membaca. Assalamualaikum~! <3

P/S untuk Ijat : Awak banyak dah start test2 yang pelbagai. xmau putus asa ya. Hait3 ~! Ingat Allah. Ingat mak abah. Ingat Intan ^^. Harapan keluarga anak sulung, hensem ! ekeke ;P ILYSM <3