Thursday 22 December 2011

Mata Wang Ringgit Malaysia BARU ! O.o

Assalamualaikum XD

Rasanya ramai yang dah tahu yang Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun memperkenalkan siri mata wang baharu yang akan digunakan pada tahun hadapan 2012. 

Siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan duit syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam. Selain daripada itu, penukaran kepada wang yang baru ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan yang lebih berteknologi terkini. ^^




Amacam, ok x duit baru tahun depan?! heee ;) Rasa x sabar nak pegang nak rasa macam mana texture kertas itu. hee. Dah la warna warni. Seronok tengok. hehe


 Bervariasi dan berinovasi :)
Untung la kakak2 ni jadi model duit pulak ;D hee


 Depan belakang kita kena kaji apa maksud di sebalik gambar2 tu semua.
Indahnya warisan negara kita >.<


 Macam duit Saidina pon ada ek?! hehe
Warna dia terang saya suka ^^


Duit baru, azam pon baru lah ek 2012 ni?! hee

Untuk pengetahuan korang semua, edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 bahru sudah pun berada di pasaran. 

Bagi duit syiling pulak, denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu alan diedarkan Januari depan. Sumber dari SINI.


Yang paling best RM20 telah kembali dan warna dia Kuning ! Kelaaaaas~

Bagi RM1 dan RM5 kan, mereka menggunakan substrat polimer untuk membuat wang kertas ini manakala wang kertas selebihnya menggunakan kertas. Alaa, yang macam duit RM5 yang sekarang la. Macam plastik 2. hehe

Menurut BNM lagi, Siri wang kertas ini menggabungkan ciri2 keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuklah :-
  1. Imej bayang-bayang
  2. Tetingkap jernih
  3. Potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas
  4. Benang keselamatan yang berubah warna
  5. Benang kanta mikro
Ciri-ciri yang lain pula adalah permukaan wang yang yang membolehkan individu cacat penglihatan untuk mengenal pasti dan membezakan denominasi. 

Maklumat tambahan boleh juga kalau nak tonton video kat bawah ni :)



So sekarang, boleh dah la kot nak simpan duit2 yang ada sekarang. Supaya dapat simpan kenang-kenangan *KONON*. Kalau x nak simpan sudah ! hehe

P/S : Raya tahun depan mana tau pak pak sedara naikkan duit raya dari RM10 ke RM20 ke >.< hee. Oklah, Assalamualaikum :D

Tuesday 20 December 2011

Kawan Dunia Akhirat :')

Assalamualaikum :)


    Memandangkan tarikh hari ini 20 12 2011 merupakan tarikh keputusan exam dikeuarkan, tapi x terkeluar keluar. xtau kenapa, x cukup kakitangan agaknya pihak Unit Peperiksaan ni. hoho. Saya ingat nak cerita sedikit la pasal kawan-kawan saya di IPG ni, especially my dearest classmate Matematik 1 <3 
*I miss u guys a lots - Mentang2 cuti panjang ni - Rindu kat korang haha*


 Time ni kami baru menang Pertandingan Lagu & Puisi Matematik :)
Cukup x 20 orang?! Kira2. hehe

Masa ni dekat Putrajaya sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-54 :D
Banyak betul kenangan waktu ni. hoho


     Dalam kelas Matematik 1 ni, overall ada 20 orang semuanyaa. Ngaaamm sangat sebab kalau nak buat kerja berkumpulan kan, pengagihan dia memang tepat laa, tanpa ada yang tercicir. kalau nak 2 orang satu kumpulan, boleh semua orang berpartner. Kalau nak 4 orang satu kumpualn, boleh buat 5 kumpulan. Kalau 5 orang satu kumpulan, 4 group la jadinyaa. Kalau 3 orang satu kumpulan? hehe. Yang ni bolehlah bentuk 6 group 3 kepala dan 1 group 2 kepala. (Yang 2 kepala ni boleh agak dah sapa x lain x bukan *Ruth dan Shamshul* hehe) 

     Kalau kebiasaan, kalau kerja partner, saya lagi senang bila buat kerja dengan roomate saya Bbey Tiqah. Sebab senang kan satu bilik, nak bincang, nak tergolek tergolak waktu buat perbincangan pon, okeeeey je. hehe. x perlu nak turun SC la kan kita senang. ngeee :P

      Kalau group bertiga, hmmm yang ni x yah cakap laa. Memang kalau tau je group bertiga, terus saya, Bbey ngan Sha book memasing. Tapi selalu jadi mangsa Sha la kena datang bilik kitorang kalau nak discuss apa2 kan. hehe. Yelaa cik kak, kalau nak datang bilik awak tu, takut mengganggu dah roomate u too. ngehehe. Tapi pernah je kan kami datang sana, Itupun waktu Desi roomate Sha xda. Ubah angin lah konon. And 1 thing pasal kitorang bila buat kerja kumpulan, kitorang mesti akan buat saat2 akhir punya kerja. waaaa~ Dasyat. Kami mesti akan stay up sampai ke 3 - 4 pagi untuk buat kerja, kadang2 x tido pon, dan hari tu jugaklah nak kena hantar segala eseimen bagai. Itulaah dia, buat kerja last2 minit. Kelakar lah bila ingat balik. Mana x lambatnyaa, sambil2 buat tu pon, cerita Korea tetap on. Kami tengok DREAM HIGH. uyhh, masyyuuuk cerita tu best ! Haha

      Group 4 orang pulak macam mana? hehe. Saya waktu Sem 2 saya ada permanent group iaitu bersama Sha, Ainul dan juga Hazwan. Tapi dah masuk Sem 3 ni, x bersama lagi dah. ecececee ayat pon. xdelah, kami ubah angin merasa group lain pulak. hehe. Tengok lah, selalunya kami bertiga, saya Sha dan Bbey kalau tambah lagi sorang, kadang2 Julie, kadang2 Sazlan. hahhh mungkin tu lah agaknya Sem 3 ni kami rapat sikit dengan Jejaka sorang ni. ngeh3. *Ok, aku teringin hubungan cinta tiga segi antara Sazlan dengan Bbey serta madunya Macyl, kelakar lah :P* Kadang2 jugak Ah Chong :D Hai Ah Chong :) heeee


Alamak, kaburnya. Ni download from FB. Sob3 
Tapi nampak macam satu family x kami?! hee <3


     Ok, sudah cerita pasal kumpulan. Bila nak sentuh pasal negeri masing2 pulak. Hmmm, yang ni saya nak drum roll pleaseee~! Ok, kami ada 20 orang satu kelas, 12 lelaki 8 perempuan. 10 orang dari Sarawak, 7 orang dari Sabah dan 3 orang dari Semenanjung (T_T termasuklah saya) iaitu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah. Ok, nak senaraikan lah tempat2 korang. hehe.

- SARAWAK - 

  1. Bryan Anak Constant (Kuching)
  2. Antonious Anak Remon (Kuching)
  3. Macyl-Aldecin Anak Emley (Kuching)
  4. Abdul Ariff Rahani (Kuching)
  5. Shazuwani Ramli (Sri Aman)
  6. Healery Jumput Lo (Sri Aman)
  7. John Hii Duan Yew (Miri)
  8. Li Jin Hwa Julie (Sibu)
  9. Siti Nur Atiqah Roslan (Limbang)
  10. Mohammad Azizi Mohidin (Limbang)

- SABAH -
  1. Sharnizah A. Mohd. Shariff (K. Kinabalu)
  2. Mohd Hazwan Zulkifli (K. Kinabalu)
  3. Ainul Ikhwani Yuasri (K. Kinabalu)
  4. Debra Paimin (Ranau)
  5. Shamshul Madi (Lahad Datu)
  6. Ahmad Idzzuddin Kamaruzaman (Lahad Datu)
  7. Ruth S. Manson (Tamparuli)

- SEMENANJUNG -
  1. Intan Syafinaz Othman (Rembau, Negeri Sembilan)
  2. Mohd. Sazlan Shah Salleh (Tanjung Kling, Melaka)
  3. Hanatharao A/L Gunnasagaran (Kulim, Kedah)

      Menurut senarai nama di atas kan, beserta dengan tempat tinggal masing2, walaupun saya nampak terpinggir dengan semenanjung nya, perempuan semenanjung pon sorang2, SAYA X PERNAH RASA DISISIHKAN OLEH MEREKA :') *Maksud saya dari kawan2 Borneo saya* Dan saya rasa sangat3 gembira dapat berjumpa dengan kalian semua. Jujur saya katakan, pada awal pendaftaran semasa Semester 1, apabila Dr. Sakhilah a.k.a Mentor kelas kami memberitahu kepada saya yang hanya 3 orang sahaja semenanjung dalam kelas ni, saya rasa macam, 

Ya Allah macam mana aku nak survive ni. Gila betul sikit semenanjung. Sudahlah aku x pernah bergaul dengan orang2 Borneo. Nak bercakap pun x pernah. *Muka bad mood gila hari pertama tu, huhu*

     Mak saya dengan ayah saya dengar pun terkejut. Mereka sendiri risau saya menyesal masuk ke IPG ini, sudahlah nampak macam paksa rela ja nak jadi cikgu. huhu. Nampak la muka bersalah dekat muka mak saya. Dia takut saya masuk IPG ni sebab dia yang paksa. Pada awalnya mungkin ya, tapi TIDAK selepas saya menjalani pembelajaran di IPG Teknik nih. Serius saya rasa best sangat jadi cikgu. hehe. Walaupun penat dengan berbagai2 tugasan, tapi still under control. Sebab kami masih boleh lagi hang out hujung minggu, tengok movie bila free, berfacebook x ingat dunia, main PES (budak lelaki). Sebab kalau nak compare dengan lifestlye budak2 U, kesian lagi aku tengok diorang, melambak2 kerja nak kena buat, sampaikan orang cakap, celik2 mata je terus ke buku. x de lah benda lain nak buat. huhu. 

      Xpa Intan, yang penting kau dah selamt dah 3 semester kat sini. Saya happy lah kat sini. haha. and I'm proud to be a teacher. Kalau orang nak cakap jadi cikgu ni senang laa, x glamour la, gaji ciput la, nak2 yang ajar budak sekolah rendah. Pada siapa2 yang pernah terniat berfikir begitu, korang ingat ehh. Kerja cikgu x senang sebab bukan sahaja tugas untuk mengajar secara lisan yakni berkata2 kepada anak-anak murid, cikgu juga perlu mempunyai naluri sebagai ibu dan bapa di sekolah kerana di sekolah kita bukan sahaja berhadapan dengan murid2 malah dengan guru2 yang lain, para pekerja sekolah dan terutamanya ibu bapa. Murid2 bukan sekadar diajar tulis baca, cikgu perlu tahu bagaimana nak ambil hati murid2, menyediakan kelengkapan untuk mengajar pada hari seterusnya, menguruskan mereka *especially budak2 sekolah rendah* yang bising, yang terlalu pendiam, yang terlebih pandai, yang kurang cemerlang, yang kuat nangis, yang berak dalam kelas. haihh, macam2 laa. Siapa lagi kalau bukan cikgu yang meguruskan mereka. Itu x termasuk dengan tugas2 di sekolah dengan mesyuarat, post mortem, kursus itu ini. Hmmm, korang fikir lah sendiri masing2 dah besar panjang.

     Ok, enough pasal tugas2 guru. Semangat benor lah pulak. Hee. Hmm, antara2 kami ni, ada yang dah jadi Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Antara nama2 yang bertuah *bertuah lah sangat puiiih. Penat kot. hohh*

SEMESTER 1 - Bryan (K) dan Ah Chong a.k.a Aghip (P)
* Both dari Sarawak :D

SEMESTER 2 - Sazlan (K) dan Intan (P)
* Both dari Semenanjung XD

SEMESTER 3 - Azizi (K) dan Macyl (P)
* Both dari Sarawak (Again?! haha)

SEMESTER 1 (DEGREE) - Atai a.k.a Idzzuddin (K) dan Sharnizah (P)
* Both dari Sabah :P

    Amacam, ngam x kami? hehe. Sampai ketua dan penolong pon kena ada partner. ecececee :P

       Hmmmm, oklah. Jomlah kita layan gambar2 kami sepanjang 3 semester kami di IPG KPT nih. hehe. Banyak sebenarnya gambar, tapi xkan nak upload semua kan. ngee. So, jom layaaaan~


Masa Semester 3 - Ambilan Jun 2011


Putrajaya - Sambutan Kemerdekaan Ke-54

Gadis-Gadis. Maaf, Kami semua dah berpunya :P

Kami yang budak perempuan duduk dekat section A3 :) Somangatnyaa kamu berdua. hehe

Err, suratan atau kebetulan ni. Masing2 ada jawatan ketua kelas lah. hehe. Azizi je xda.


Sambutan Hari Guru Versi Matematik 1

 Somangat somangat. hehe

Ni pon Somangat. hehe


Jalan TAR dan Kg. Baru (Berbuka Puasa)

Ni waktu buka puasa bersama mereka (perempuan) di Kg. Baru.

Macyl dan Debra ja xda waktu ni T_T (Sha ambil gambar)

Putrajaya - Ukur Bangunan untuk kerja kursus Matematik 1

 Saya, Sha, Bbey dan Ainul sewaktu di Putrajaya 
Ukur2 bangunan >.< Thanx kakak Sha tolong bawakan kami ke sini. hee


Larian 1 Murid 1 Sukan

 Sewaktu Larian 1 Murid 1 Sukan kalau x silap. hehe 



Full of colours and joys :)

Masjid Damansara (Bacaan Tahlil)

 My dearest Roomate Bbey Tiqah >.< *Ni nak pi masjid kat Damansara ehh*

Pertandingan Nyanyian Lagu Matematik 1

  Happy2 before the show start. hehe.

Syukur, kami menang waktu ni :') Siapa buat ala2 banner ni memang the best lah. Membakar semangat ! hehe

Sambutan Kemerdekaan dan Hari Raya

 Kami keseluruhannya makan kenyang bahagia semuaa :) hee

 Gambar ni mahal agaknya. hehe. *Ruth & Shamshul*

yeaa yeaa yeaa happynya korang >.< hee


VIVA - Tengok Wayang

 Kami gegurl mau menuju ke VIVA tengok wayang :)

 Snap2 picta :) *Ada yang jeles kami pergi ni, konon x bgtau pon nak pegi >.<*

Hanya berenam (Jenuh nak dapat pic kat sini, haha)


Masa Semester 2 - Ambilan Januari 2011

BM Konstektual - Makan Roti Canai

 Dalam bus pon sempat. Jadilaaa XD

Hehee, macam2. xpe janji kita enjoy~ hehe

Velodrum - Sambut Birthday

 Alaa, Ruth tepi tu nampak plak. sorry :'( 
Kelakar la tengok Atai. wakakaka
Hujan pon boleey, kan?! hek3

Birthday Sazlan waktu ni. Abang Long kami :)

 Ni pun suratan ke ni?! hehe. Ketua kelas dari sem 1 - sem 3 :D

My Mart pon jadik. haha

KFC dekat Satdium KL

 Time Birthday Trio nih, hehe. - AhChong - Anton - Bbey -

Beboys kelas saya >.< hehe

 Yang ni gegurls pulak. ngeh :P

Time ni Birthday Sha XD

Nur Lembah Pangsun Eco Resort :)

 hehe, ada budak kelas lain pulak. ngee

Kami bersemangat ! Hmmph !

Larian Mesra 2011

 Ponek waktu ni tapi best ! hehe

Perpustakaan Negara

Saya, Ainul dan John :) *First time keluar jauh2 dengan John, hehe*


Masa Semester 1 - Ambilan Jun 2010

Banner - Pengarah Bersara

Kalau kerjasama tu dah ada, hahh ni lah hasilnyaa. Cantiknyaa~ saya suka >.<

Sambutan Kemerdekaan Ke-53

 Semangat nih. Jangan main2. hehe

 Kami bertiga serumah bersama dengan Cik Wawa XD

Kemasukan Second-Intake (Bbey dan Ainul)

 Bbey je yang pakai baju kurung. Sebab dia kan baru masuk ! ngeh3

Jalan2 Sekitar Bandar - Times Square

 Saya, Sha, Ah Chong dan Atai - That was my first time jalan2 di bandar dan mereka lebih mengetahuinyaa~! (Inikah budak semenanjung?! hoho)

Penat memang penat, tapi best~ hehe


      Itulah memori2 yang boleh kita imbas kembali wahai rakan2 ku. Semoga ukhwah antara kita sentiasa mekar bersama sampai bila2. We are just like a family. Kita ada Abang. Kakak. Mama, Papa. Baby pon ada. XD. I love all of you :) Semoga kita dapat menempuh segala dugaan dan cabaran dengan tabah dan dapat menjadi seorang guru yang cemerlang satu hari nanti. Jangan nakal2 cuti ni. Kita jumpa nex sem, Degree mariii~ hehe. Semoga kita semua lulus exam kali ni. Amin~! OK, choow~ hehe

Assalamualaikum :D





Kalau Anak Jati Negeri Sembilan :P

Assalamualaikum :) 

Hehehe, kalau ekau botol2 anak noghori, ekau mosti paham ceghito kek bawah ni. Mengisahkan uwan ehh. Maghi kito baco terguling2 :)




Kok ekau botol2 oghang noghori ekau sekarang mosti dah terguling2, monggolotar poghot, kotawo tobahak2 naik somput agk eh :P 

Akhir kato daghi den, " KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN! "
Yang bermaksud, " KALAU BOHONG NENEK AKU, BOHONG LAH AKU "

Peacee yaaw V(^.^)V 

Thursday 15 December 2011

Result ?! =.='

Assalamualaikum :D 


Hmmm, hari ni kan, bukak2 je facebook dah kecoh semua kat home cakap result dah keluar. haha

Dan majoriti nya mengucapkan kesyukuran Alhamdulillah, kerana telah lulus dengan jayanya. Xsia2 kata mereka 3 semester ni mentelaah. Especially budak TESL la. haha. Maybe diorang 1st time dapat result so saya nampak diorang macam excited lebih sedikit. hee

Saya punya? hmm, apa-apa pun saya bersyukur dengan kurniaan Illahi atas segala nikmat yang diberikan. Alhamdulillah. Let the picture describes everything :D




Alhamdullillah saya LULUS dan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Degree pulak lepas ni. Saya harap, saya bersama 19 orang lagi rakan sekelas saya yang lain, kesemuanya akan LULUS dan kami akan sama2 menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti. Amin 40x. Hehe

Tapi result ni x menunjukkan apa2 lagi sebenarnya, sebab saya rasa, saya lagi gementar nak tengok gred purata saya. And saya harap saya boleh dapat 3.5 ke atas. Itu azam saya untuk setiap kali exam. Since masa sem 2 saya punya result jatuh sedikit, saya rasa amat3 kecewa waktu tu. huhu. Hopefully, result untuk semester 3 akan memberikan saya kegembiraan bagi menebus kesilapan yang dulu. Amin 40x. 

So, sekarang tunggu masa nak dapat gred purata dari pihak IPGM kami pulak. haha. Just pray Intan. Awak dah buat yang terbaik dah. So tawakal sahaja ok :P hee.

Bagi sesiapa yang masih belum check result anda, boleh lah pergi ke laman web ini ok. 


Ok, sehingga bertemu kembali. Assalamualaikum :')