Assalamualaikum XD
Rasanya ramai yang dah tahu yang Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun memperkenalkan siri mata wang baharu yang akan digunakan pada tahun hadapan 2012.
Siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan duit syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam. Selain daripada itu, penukaran kepada wang yang baru ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan yang lebih berteknologi terkini. ^^
Amacam, ok x duit baru tahun depan?! heee ;) Rasa x sabar nak pegang nak rasa macam mana texture kertas itu. hee. Dah la warna warni. Seronok tengok. hehe
Bervariasi dan berinovasi :)
Untung la kakak2 ni jadi model duit pulak ;D hee
Depan belakang kita kena kaji apa maksud di sebalik gambar2 tu semua.
Indahnya warisan negara kita >.<
Macam duit Saidina pon ada ek?! hehe
Warna dia terang saya suka ^^
Duit baru, azam pon baru lah ek 2012 ni?! hee
Untuk pengetahuan korang semua, edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 bahru sudah pun berada di pasaran.
Bagi duit syiling pulak, denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu alan diedarkan Januari depan. Sumber dari SINI.
Yang paling best RM20 telah kembali dan warna dia Kuning ! Kelaaaaas~
Bagi RM1 dan RM5 kan, mereka menggunakan substrat polimer untuk membuat wang kertas ini manakala wang kertas selebihnya menggunakan kertas. Alaa, yang macam duit RM5 yang sekarang la. Macam plastik 2. hehe
Menurut BNM lagi, Siri wang kertas ini menggabungkan ciri2 keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuklah :-
- Imej bayang-bayang
- Tetingkap jernih
- Potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas
- Benang keselamatan yang berubah warna
- Benang kanta mikro
Ciri-ciri yang lain pula adalah permukaan wang yang yang membolehkan individu cacat penglihatan untuk mengenal pasti dan membezakan denominasi.
Maklumat tambahan boleh juga kalau nak tonton video kat bawah ni :)
So sekarang, boleh dah la kot nak simpan duit2 yang ada sekarang. Supaya dapat simpan kenang-kenangan *KONON*. Kalau x nak simpan sudah ! hehe
P/S : Raya tahun depan mana tau pak pak sedara naikkan duit raya dari RM10 ke RM20 ke >.< hee. Oklah, Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment