Assalamualaikum :D
Entry kali ni nak buat simple2 je. *Sebenarnya malas dah nak taip panjang2. haha* Ok, kali ni nak cerita pasal kerja saya ngan abang saya (Along), adik saya (Ada) n kawan abang saya (Abang Is). Hmm, sebenarnya benda ni semua berlaku atas permintaan pengantin baru iaitu kakak saudara saya (Kak Long Mimie) yang telah meminta abang saya untuk menolong beliau menghias satu kereta ni untuk dijadikan sebagai kereta pengantin.
Nanti kereta ini akan melalui jalanraya dari Kg. Bongek hingga ke Melaka. Kereta pengantin akan merentasi lebuhraya dari Simpang Ampat hinggalah Jasin. Memandangkan suami Kak Long Mimie orang Merlimau, Melaka, so ke situ lah arah tujunya. hehe. Setelah mendapat kepastian, akhirnya kereta Toyota Wish milik papa saya akan dijadikan sebagai kereta bertuah itu. Jadi, kerja2 menghias bermulalah sebelum majlis di Melaka.
Hasilnyaaa. Taraaa. Ini semua hasil gabungan idea kami semua. Tapi paling Mastermind abang saya laa. Dia ni kreatif sikit. hehe. Take a look guyss.
Muka depan kereta :D
Hat yang belakang ><
Yang belah kanan
Side kiri pulak
Zoom in kat bunga depan dia. Hasil gubahan Along :)
Ni reben dekat pintu punya pemegang. Yang ni ada sikit2 idea saya. kikiki *Nak jugak*
Tengah2 buat, Along cakap. Ni kita boleh buat bisnes ni Intan. Bisnes kereta kahwin berhias. haha. Kalau ada masa nak buat tu semua. Ini x, semua sibok masing2 punya hal. xpela Long, ada rezeki boleh kita buat dah tuo nanti. wakakaka. Ok, moh tengok gambar pengantin pulak. hehe
Pengantin serba Pink Purple *Sweet*
Alahai seronoknyaa, dah ada ikatan yang sah. Saya ni bila la lagi. hmmm
Papehal pon, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Kak Long Mimie dengan psangan pilihan hatinya Abang Rizal. Moga kalian dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dapat membina keluarga yang bahagia dan mendapat anak2 yang soleh dan solehah. Macam x caya je kak long dah kawin. huhu. Lagi gambar2 ada dekat official photographer yang ambil gambar sepanjang majlis berlansung. Boleh lah pergi kat sini ok, thebliss inc. Ni page kat facebook dia. Nnti lagi banyak gambar kak long boleh tengok and cantik2. hehe. Ok, Assalamualaikum semua ;D
No comments:
Post a Comment