Heee, nama tajuk pun dah boleh agak dah. kikiki :P Sebenarnyaaa, kali ini nak cerita pulak laa pasal pergi kenduri kakak kepada kawan saya, Mariam namanya, satu kelas, satu dorm, katil sebelah2 je waktu zaman STJ dulu. hahaha. Rindu kot dengan kawan-kawan. Konon bila dah ada satu majlis ni, boleh laa reunion satu kelas. Kononnyaa la kan. Tapi memasing dah sibuk, sudahnyaa, adalah dalam 4 orang je yang datang, (termasuk Mariam laa) . Ada Intan, Ijat, Mariam and Jabar.
So, semalam laa, 27 November 2011 bersamaan hari Ahad, kitorang jumpa kat rumah Mariam semua 4 orang. Saya sungguh-sungguh nak datang rumah Mariam ni sebab dia dah memang duduk Rembau, kebetulan memang tau dah rumah dia, saya pulak memang tengah cuti, ada je kereta kalau nak drive. So memang konphem la kan kena pegi. Kang merajuk pulak cik kakak tu kang. hehe. Plan asal, Jojoe nak tido rumah saya satu malam, dengan harapan, pada esok hari tu, bolehlah gerak sama2 ke rumah Mariam ye dak. Tapi apakan daya, xda rezeki, Jojoe ada hal pulak. Hmm, nak buat macam mana kan. Xpa2, saya still ada peneman setia saya, hehe. Terima Kasih Ijat sebab sanggup temankan Intan yep :D hee.
Saya pagi tu gerak nak dekat pukul 11, pergi jemput Cik Ijat saya kat stesyen KTM Sg. Gadut.
Ketibaan Ijat dari stesyen, hehe
Macam biasalah Ijat kan, Intan jadi drebar awak kan. hehehe. Ijat bukan xnak bawakkan kereta, cuma ni kereta orang, dia xnak nanti kalau ada apa-apa berlaku nanti, susah da. xpela awak, saya jadi drebar pon xpa, saya ok jer. kikiki. Maka, bergerak lah kami ke tempat yang ditujui. Rumah Mariam. Dalam kereta dok tot tet tot tet laa, bercerita. Lama x jumpa la konon. hehe.
Ijat dalam kereta mesti cakap, 'Pandu pelan2 Intan, x kemana pon rumah Mariam tu' Hohoho
Iyaa la awak, saya pandu perlahan2 yep. Ijat yang sangat berhemah, kan senang kalau awak kat sebelah saya je tiap kali saya memandu. Boleh jadi penasihat. hehe.
Setelah tiba di rumah Mariam, maka kami ingin mencari tempat parking la. Yang benda nilah yang aku lemah ni. Xpandai nak beragak, berbajet tengok sisi kereta. Kang macam2 la langgar bergesek kang bila keadaan da sempit kan. huhu. Sampai la kami ternampak port baik punya nak parking, tengok macam ok je, kereta lain still boley lalu lagi tepi jalan ni. hmm, ok, kita parking sini jela kan Ijat. Dah elok2 parking sekali terjelupuk sebelah tayar depan kiri kat tanah bawah tu. Saya dok tekan2 minyak nak kasi gerak, Vrooooom, Vroooom, bunyi je lebih. Weiii, tayar kereta aku dah tenggelam dalam lumpur bawah tu weii, apo nak buek ni. adoyaii~! Huhu. Lumpur rupanya, dalam lak tu. hampir setengah tayar saya nak tenggelam.
Nak x nak kena tolak la kan. huhu. Alhamdulillah la ada hero saya yang gagah perkasa ni, tolong tolak dari depan, saya kawal stereng. Bergeraklah akhirnyaa, cari port baru. hohoho. Sebenarnya port baru ni pun saya dok ambil dari orang lain. wakakaka. xdelaa, saya rasa dah ada kereta lain yang tunggu nak masuk, kereta tu keluar je, saya terus melulu masuk ambil parking dia. Orang yang tengah tunggu nak parking tu, muka jadi kerang busuk je. Saya nak mintak maap la abang oii, kesiaan la kat saya, muka budak2 kesian xtau nak parking mana lagi. x pandai nak cari parking lak tu. harap2 dia mengerti la apa yang kami harapkan. hohoho. Kau pandai bawak kereta, kau pergilah cari kat tempat lain. huu.
Alhamdulillah dah dapat parking da. Nak keluar je, start dah renyai2 hujan, pastu terus lebat. perghhhh, memang terbaik. Kitorang x jejak2 lagi pintu pagar rumah Mariam, banyak betul masalah ni haa. hoho. Ambil lah payung, itupun agak2 je nak bawak dari rumah, kalau x bawak tadi. hmm, makan angin dalam kereta jela nampaknya tunggu hujan berhenti. hohoho. Dah bila bukak payung tu, boleh pulak dia buat hal, payung tu dah overdose kot tertolak ke atas, terus jadi bentuk mangkuk, bertakung la air kat atas tu. Berat jadiknyaa. Yang jadi mangsanya Ijat jugak, tukang pegang, kuyup la jugak kami menahan air hujan sambil membetulkan payung mereng saya tu. akhirnyaa terbetullah ia. fuhhh, Alhamdulillah. Mengamuk dah cik Ijat saya, wuwuwuwuuu, Sorry awak~! xtau benda boleh jadi macam ni kan. huhuhu.
Bergerak lah kami ke rumah Mariam berduaan di bawah satu payung. Aisehhh, Romantik la pulak. Saya teringin juga nak rasa Ijat tolong pegang payung, jalan dua2 di bawah hujan yang jatuh ke bumi. hehe. Tercapai hasrat. ngeh3. Sampai je pintu pagar, terus Mariam berpaling pandang kami, oyyyy da sampai da ! hehehe. Salam2, makan2, minum2, borak2, gelak2. hehe. Syoklaa lepas tu, banyak certia terungkit. hehe. Jabar datang lewat sikit, dia pulak baru nak gerak dari Senawang. Oklah, kami tunggu, bagi guide macam mana nak datang umah Mariam ni. Jenuh la jugak, sesat barat dah budak tu. hohoho.
Mam, mam. Kenyang dah ye awak >.<
Dengan Mariam. Wee~ rindu kat Mayam. hehe
Saya kekenyangan. Kuang3
Mayam kau kenapa? hehe
Dah kenyang, borak2. Tembam lak ai. Arghhhh
Akhirnyaa, tibalah Jabar. Kitorang berempat borak, gelak2. Heee. Seronok pulak. haha.
Dalam nak dekat pukul 3 tu, kitorang nak blah dah laa. Tapi Jabar kan baru sampai kan, so borak2 kejap, then kena gerak dah. Ijat x leh lama, dia nak kena balik rumah cepat petang tu, sebab malam ni nak gerak balik UPM dah. uhuhu. So, da hepi2 kat sana, kami gerak ke Masjid untuk solat, and saya dengan Ijat meneruskan pengembaraan bergerak ke Terminal 1 Seremban. xdela, datang sana sebab nak beli bateri handphone saya ni haa. Al Maklum laa, handphone cikai dan pagi2 tu jugak dia nak buat hal bateri x boleh nak guna tetiba. Terpaksa saya guna bateri handphone mama. wuuu~, Sorry mama. Tapi xpa, dah dapat dah carik kat Term. hehe. Cakap dengan ijat, kalau x dapat bateri hari ni, malam ni x dapat la nak contact2 Intan. Terus la kami plan pergi Terminal 1. hee. Tq Ijaaaat~ temankan Intan <3 hehe.
Maka berakhir lah sudah journey seharian kami. hoho. Penat laa, sebab drive hampir seharian. Sudah la hujan ja, memang bersihlah kereta tu x payah nak basuh2. hehe. Oklah, penat dah menaip, apa-apapun, best sangat waktu tu sebab keluar dengan Ijat and dapat jumpa kawan2 yang lain. hee. Hingga kita berjumpa lagi. Bubai~
*Sedih je pisah dengan Ijat. huk3. Nanti kita keluar lagi eaa. hee <3*
No comments:
Post a Comment