Thursday, 24 November 2011

Produk Kecerdikkan?! =.=

Assalamualaikum :S


     Pada malam yang hening, sejuk dan membekukan ini, saya nak cerita pasal satu produk kecerdikkan. Aiip, selalu orang dok cakap pasal produk kecantikkan, ni apa benda alah punya lak ni produk kecerdikkan? hmmm~ hehe. Sebenarnya produk kecerdikkan ni adalah satu produk yang menyediakan makanan atau minuman yang berkhasiat yeng boleh meningkat keupayaan minda seseorang. InsyaAllah lah kan. Kandungan dalam produk ini juga adalah dari bahan-bahan dan makanan yang berkhasiat yang mempunyai seribu satu kebaikkan di dalamnya.


      Al-kisahnya bermula begini, semenjak saya bercuti di rumah ni, Mama telah memberikan kepada saya dan adik saya satu produk ni, dia dari jenama FORTUNE - Ummah Cemerlang. Memang first time tengok ni, memang x pernah tengok la kan. Tapi macam pernah keluar tv je. hoho. Macam laa. Ianya sebenarnya satu minuman yang diberi nama Minuman Smart Coco A+. Memang smart la kan. haha. Macam ni ghupa luarannya :)


Mama beli sampai 3 kotak untuk anak2 dia :) Sayang mama <3



     Harga bagi sekotak minuman ini adalah bagi Semenanjung Malaysia, RM21.00 dan Sabah dan Sarawak berharga RM25.00. Murah pon boleh tahan ye dak. Banyak khasiat lagi. hehehe. Katanya lah kan di kotak dia ni, 


      'Minuman nutrisi istimewa mengandungi ginkgo yang secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan dan konsentrasi minda serta peredaran darah. Smart Coco A+ sesuai untuk semua peringkat umur.'


       Cara hidangan dia sangat3 senang. Dia ikut kemalasan atau kerajinan je ni boleh buat ke tak air ni. hehe. Dia samalah macam engko orang buat air Milo, Horlick, Nescafe dan seangkatan dengannya. Hanya tambah air panas (80 darjah celcius) dalam cawan, bersama dengan serbuk minuman ini, the ambil sudu kacau. Takkan xtau kot. hohoho. Senang dan mudah. 



Bukak paket then masukkan dalam cawan. Macam aku mengajar budak2 je ni. hohoho



     Dan hasilnyaa, Taraaaa~ sedap gila kot air ni. Rasa Koko, ada la jugak ala-ala Milo sikit. hehe



Nyummmy3~ Sedaaaap! hehe


    Jadi minuman nilah yang telah menjadi minuman saya tiap-tiap pagi. Disamping mengenyangkan perut, air minuman ini juga dengan tidak semena-menanya telah memberikan khasiat semulajadi dalam tubuh badan saya. InsyaAllah. Mana lah tau jadi budak genius pulak lepas ni. kui3~. Teringin jugak jadi budak pandai otak menggeliga ni. hoho. Senang nak catch up pelajaran. Harap-harap laa. hehe.


     Bercakap mengenai khasiat kan, sebenarnya apa yang ada dalam minuman ni sampai dikatakan boleh meningkatkan keupayaan minda ni? hmmm~, mari kita terjah apa yang yang ada dalam minuman berkhasiat ni. Jennngg3~ hah, di sini di senaraikan bahan-bahan yang ada dalam peket minuman Smart Coco A+. hehe


Minuman bernutrisi Smart Coco A+ adalah formulasi istimewa yang berpotensi untuk meningkatkan daya ingatan, konsentrasi minda, peredaran darah serta sebagai ejen antioksida. Ianya di adun dari bahan-bahan makanan yang baik sebagai ubatan dan herba terpilih dan berkualiti seperti serbuk koko, kismis, madu, malt dan gingko biloba.

  1. Serbuk koko - Menjadi ejen kuat kepada antioksida. Ia dapat mengurangkan  risiko penyakit sistem peredaran & pernafasan, dapat meningkatkan kadar kolestrol baik HDL dan LDL, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan penyakit darah tinggi serta dapat menenangkan.
  2. Kismis - Sumber yang baik untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, Kalsium, Potasium dan Zat Besi. Ia juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Ia juga adalah makanan yang baik untuk minda. 
  3. Kurma - Baik untuk penghadaman makanan. Mampu memberi tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita sebelum dan selaps bersalin. Ianya kaya dengan fiber, vitamin & mineral yang baik untuk tumbesaran otot. Dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus & masalah jantung.
  4. Malt - Bahan yang baik untuk fiber, vitamin, mineral, protin & antioksida.
  5. Madu - Ia sebagai antioksida & baik untuk kecantikkan kulit. Ia juga menenangkan, anti-fungi dan berkhasiat. Madu juga dapat membaik pulih tisu badan & menjaga tahap kalsium dalam badan. Seterusnya, madu adalah anti-bakteria yang baik untuk masalah dalaman dan luaran serta dapat meningkatkan daya ketahanan badan.
  6. Gingko Biloba  - Untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah dalam badan. Mempunyai 2 jenis antioksida yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser, dan penyakit Alzheimer's dan lain-lain penyakit pelupa dan hilang ingatan.


       Naah, banyak betul khasiat yang ada dalam air minuman ni kan. hehe. Jadi x salah pun kalau nak mencuba. Kita minum tiap-tiap pagi, InsyaAllah, setiap yang baik tu, datang dari Allah. Ni sebenarnya ada lagi satu Mama saya beli untuk kami nih. hehehe. yang kali ni pulak, makanan bukan minuman. Nama dia Coklat Minda - Khasiat Penuybur Minda. Dari syarikat Hijrah. 


Yang ni pun mama beli sampai 3 kotak :D hehe


      Satu botol ada 60 biji tablet. Di dalamnya mengandungi bijian coklat2 yang berbentuk ala-ala Smarties. Tapi smarties warna warni kan, yang coklat ni kaler coklat jelah. hehe. Rasa xyah cakap laa, sedap la rasa coklat. Apa lagi nak cakap. hahaha. Tapi harga dia boleh tahan mahal, saya tengok first time pun terkejut. hoho. Sekotak telah dijual RM49.00 bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah Sarawak berharga RM52.00. Kesiannya kawan2 saya budak Sabah Sarawak ni. huk3. 


Macam Smarties kan?! Hek3 *Abaikan tapak tangan gajah tu. huhu*


    Dia kata, bagi umur bawah 7 tahun, boleh lah makan 1-2 biji sebelum sarapan pagi. Tetapi bagi umur 7 tahun dan ke atas serta orang-orang dewasa, boleh lah makan 2-4 biji sekali sebelum sarapan jugak. Saya kalau dah bagi range biji coklat macam tu, saya ambil 4 biji laa. Sedap kot benda tu. haha.


     Jadi begitulah rutin saya di rumah, tiap-tiap pagi bangun pergi la mencekik dua jenis makanan berkhasiat itu tadi. Dan semoga saya dapat menjadi seorang insan yang berjaya satu hari nanti. Amin40~! Terima Kasih Mama sebab dah beli macam2 untuk kami. hehe. Lastly, x salah pun kalau nak mencuba kan. Mana tau dengan permulaan sebegini dapat menghasilkan sesuatu yang lebik baik satu hari nanti. hek3. Yang penting produk ni dijamin HALAL dan ianya dibuat oleh orang Malaysia kita sendiri. Yeahh~ support product Malaysia. hehe. Sebenarnya saya nak try jadi genius. Tapi konphem x dapat. Orang-orang terpilih dari Allah je boleh jadi macam tu. huk3. Xpa saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Alhamdulillah :') Assalamualaikum semua :D

No comments:

Post a Comment