Friday 7 December 2012

tak sabar dah ! haha

Assalamualaikum saudara saudari seIslam saya dan selamat sejahtera buat yang bukan beragama Islam. hehe

well, duduk rumah, hujung tahun, cuti lagi, bosan kadang-kadang, mak cikgu, pun cuti macam saya jugak, adik pulak, baru habis SPM. maka dengan itu, kitorang pun dah lama rasanya x pergi melancong satu family. hahaha

aku ada seorang ayah, seorang emak, seorang abang, seorang kakak dan seorang adik. dari kecik aku syok jugak la bila bercerita pasal family ni, sebab nak cerita perangai abang pon boleh, perangai kakak pon boleh, perangai adik pon boleh. sebab aku faham, x semua dari kita ni punya lengkap begitu kan. mungkin dia anak sulung maka tiada kakak dan abang. dan lain-lain lah kan. hehe. 

aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang cukup segalanya ini. kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua ibu bapa semestinya x ternilai dan x terbayar dek wang ringgit kan. sebab tu lah, bila kita dah besar, jangan sesekali lupakan jasa mereka semasa mereka menjaga kita sejak dari kita dalam kandungan lagi. hmm, kalau lah ada mak bapak yang dok kumpul n simpan lagi segala bil-bil penjagaan dan perubatan kita sejak kita lahir, maun engkau kerja sampai meninggal dunia pun x mampu duit gaji tu nak tampung tau. 

haha. aku yakin, ibu bapa yang betul-betul sayangkan anak-anak mereka tidak pun meminta segala apa yang  mereka dah keluarkan, untuk kita bayar balik. *apa pelik ayat aku ni, faham2 jelah ya* mereka hanya mahukan kita menjadi insan yang berguna, anak yang berjaya satu hari nanti, dan tidak lupakan mereka di hari tua. sebab waktu tu lah giliran kita pula yang nak jaga diorang kan. dan kita sebagai anak pon, tugas kita di dunia ni mestilah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka kan. barulah dapat jadi anak yang soleh >< anak yang soleh, anak yang sentiasa mendoakan kebahagian ibu bapa mereka. x gitu ? hihi

aku sayang sangat dekat diorang 5 orang ni. *siapa x sayang family oii* haha. kalau dulu masa kecil-kecil, mesti selalu sangat bergaduh tak ingat dunia. Ya Allah. yang bertarik rambut, cakar/conteng almari, kusaikan baju2 dalam almari, jerit sana sini, x bagi tido dalam bilik, yang mendengki pun ada. hahahaha. tu semua la tu. kecik-kecik dulu. family aku ni memang ganas sikit. yang menangis2 teresak-esak (yang paling kuat nangis aku laa, kalah adik aku, huk3) dulu laa. sekarang ni aku rasa lain betul. sejak aku pun dah meningkat dewasa ni. senang cerita bila kitorang dah start hidup selepas sekolah ni laa. lebih berdikari semua kan.

xde dah gaduh. semua dah matang. hehe. kelakar bila pikir balik. tahu dah tolak ansur. kadang-kadang sampai aku rasa rindu betul nak jumpa dengan diorang. sebab yelah kan. dah duduk jauh masing-masing, abang and kakak aku dah kerja, adik aku pulak duduk asrama, aku pun duk KL stady kan. bila sekali dah balik rumah tu, aku rasa riuh rumah dek cerita2 kami ni haa. hahaha. lama x jumpa la katakan. setiap hujung minggu pun, mesti tanya, 'kau balik x minggu ni?' 'balik x?' 'alaaa, balik laa, den pon balik minggu ni !' haa, sampai macam tu lah. haha

haihhh nak cerita pasa mereka ni sampai bila-bila pun x habis. maka dengan itu, sebenarnya kalau ikut tajuk entry tu, aku nak cakap yang kitorang satu family nak pergi melancong sama-sama ni >< weeeee bestnyaa. n nak tau x tempat dia dekat mana, jeng jeng jenggggg, negara yang paling aku suka, n memang dah lama aku nak pergi melancong kat sini, kalau boleh honeymoon pun aku nak ke sini. weeee, dekattt,





 KOREAAAAA ! Anyeongggg ><



kalau korang nak tahu, sekarang ni kan dah hujung tahun. x lama lagi pun krismas kan. so, sekrang ni actually tengah season WINTERRRR ! weee, syoknyaa, nt dapat main baling-baling salji. ahahaha XD

budak batch aku kan, LEADS 0509 masa sekolah sama-sama dulu, adalah 3 orang yang sekarang ni tengah belajar kat University kat Seoul sana. so aku memang ada contact ngan diorang la kan nak tanya macam2 apa kena bawak, buat dan sebagainya. haha. especially pada Katt. TQ beb sebab banyak tolong aku. haha. siap dia pesan something lagi nt bawak korea. hahaha. 

and guess what, yang paling best, aku x tau nak cerita macam mana dari awal sebab macam panjang sangat kot. haha. just yang penting nak kawan-kawan STJ aku tahu yang, nanti kan, Hedirul n Katt yang akan bawak family kitorang jalan2 sana u olsss. jangan jeles k. hahaha. (mereka berdua budak batch aku yang belajar kat sana laa, haha) diorang dah habis exam kat sana, so timing family aku datang memang tepat dan padat la. diorang x buat apa2 n free waktu tu, n sanggup teman kami bawak pergi jalan-jalan sekitar seoul sana >< Alhamdulillah. haha. tq a lots beb. tapi sekali dengan kawan abang aku laa, Abang Mat Pert nt. hehe



ni gambar Katt bagi kat aku beberapa hari lalu. degree dah (-ve) beb. memang sejuk ya amat lah. haha. n dijangka minggu depan laaaagi sejuuk ! brrrr haha



 ni pun gambar Katt bagi kat aku, nice kan. siapa pulak laa yang x teruja nak datang sana nanti kan. hak3



 yang ni aku google je. hihi


ni pun ihsan cik google. kikikiki


welll, tulah point sebenar aku nak cerita sebenarnya. plus dengan bab family tadi. haha. walau macam mana pun, aku memang dah x sabar nak pi dah ni. baju pun macam dah beli semua. insyaAllah lah. oh yaa, lupa nak cakap, aku pi minggu depan. 13hb sampai 18hb Disember nanti. InsyaAllah. semuanya dipermudahkan. Aminn40x~

lastly, nak share satu video ni pasal winter kat sana ^^. aku dapat dari Facebook kawan aku ni, dia share dari Youtube. so aku share balik lah kat korang. memang besttt ! haha


aku bagi link je nih, http://www.youtube.com/watch?v=18zlgEQUlv8


oklah, nak tutup buku la kejap. haha. lama pulak depan laptop ni. ok, doakan perjalanan kami sekeluarga di sana yaa. moga semuanya berjalan dengan lancar. sesungguhnya kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. kalau Allah x bagi jugak kami pergi, kami kena redha jugak kan. hihi. ok, Assalamualaikum~ <3

tak baca pon xpa :) haha

Assalamualaikum~

Testing3 ! Ya Allah. inilah dia. pernah dengar x pepatah melayu cakap, 'kacang lupakan kulit' 'habis madu sepah dibuang' dan lain-lain. ni sama la ni dengan aku ni. lama gila poitt aku x update status. semua hangat2 tahi ayam saja kau ni intan. huhh. awal-awal dulu bukan main semangat bila dah lama2, perghhh. berhabuk bersesawang serta berdeburan belog engko ni ha. haha. 

aku rasa, aku nak start update blog balik lah. haha. semangat tahi-tahi je engkau ni intan. entahlah, mungkin dah duduk rumah ni, free lah katakan ye dok. hmm jadi tengok lah berjaya ke tidak plan ni. haha.

hmm untuk buat kali pertama semula setelah beberapa bulan ni, apa je aku nak cerita ehh. aku pun x tahu. haha. maka dengan itu, hmm xpelah. next entry aku update apa-apa yang patot eh. saja ja nak buat entry tah apa2 ni. bukan ada orang nak baca pon. haha. ok chowww. lain kali k. nanti saya update cerita baru. hihi. papai~ Assalamualaikum :)

*entry yang tiada kejadahnya, haha*

tiada motif apa-apa -.-

Saturday 26 May 2012

New 'baju' for my baby~ hik3 :P

Assalamualaikum~ :D




ahaiii senangnya dalam hati. 
sudahlah balik rumah.
goyang kaki, sana sini.
haii makin tambah ! 


(tambah gemoook !)


ahaaaa mesti korang baca yang kat atas ni ada bunyi2 lagu P.Ramlee tu kan. ekeke :P perasan kau intan. hik3. sebenarnya hari ni x nak cerita panjang-panjang (mood pemalas ya amat MasyaAllah).

maka dengan ituuu~, jika anda anda anda semua ada membaca tajuk utamanya kan, kikiki. my baby bushuk2 tomey lagi menawan. haaaa kan boleh tahan pujian aku kat dia. dia dah dapat baju baru laaa. wewiiiit3~! nampak lagi comey tambah2 seri si pemakai. kih3.







ok sebelum apa-apa hal inilah dia kerja aku lepas duduk berehat habis exam ni. haha. sebelah update blog sebelah running man. ok kan. hik3. oh background belakang adalah mama papa aku ^^

oryte back to the topic. eheeeeem. dengan ini jeng jeng jeeennng~ izinkan aku untuk memulakan pengembaraan baby bucuk aku ini. cehh. godik kau ni intan. ok kita teruskan.




 inlah baju terbaru diaa. ahaiii tomey tomey nya awakkk. eee *cubit3*


 bahagian depan. keh3. warna krim n very very very soft. suka sangat !
harga : RM 15.00 (sangat berbaloi dan murah ok ^^)


 Baju kedua baru. simple just nice.


 motif beli oren : sebab xdak warna lain dah. haha
harga : RM 10.00 (standard)


 first baju dia dan sekarang sangat sangat sangat kepam ! uhuuuk


asal warna putih sekarang dah ...... malas nak cakap. x pa simpan buat kenangan keh3.
dapat waktu sekali beli baby shaye ni. hee

selain daripada baby yang seorang ni (galaxy W), saya juga ada satu lagi baby baru. baby samsung saya dapat adik baru tapi bukan seangkatan dengan dia cuma mak bapak sama. (apa aku merepek ni, haha)

my new baby is sony xperia U :)

 oh well sebenarnya ini ijat punya. smart ok. aku pun suka dan design dia petak sangat kemas ! hik3


yang best dia ada lutsinar tengah-tengah tu, (yang tengah menyala warna dia tu)
nak gambar lagi banyak, kasi google saja okeh :)


so kesimpulannya nak cakap, both of us dah ada baby baru. ceeeh3 (baby baby la sangat, kahwin pun belum lagi. huhhh)

itu sahaja untuk kali ini. oh today is my mama's birthday. intan sangat sayangkan mama tiada pengganti dirimu dalam hidupku mama ku sayang. i love u soooo much ! <3 moga mama dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam keadaan baik :) intan sayang mama :')

Assalamualaikum semua :D


Wednesday 16 May 2012

Antara benda yang aku sayang sekarang.

Assalamualaikum :D




Hee. bertemu kembali lagi kitaa. keh3. tambah satu lagi post hari ni. gian pulak. kah3. begini, ceritanya ringkas sahaja. sedikit sahaja yang ingin dibicarakan. menurut pada tajuk utama, ada lah satu benda ni, aku x tahu pula, sejak dia bersama aku rupa-rupanya banyak betul dia berjasa. banyak betul dia buat hidup saya jadi lebih ceria. terutama pada zaman-zaman exam yang tertekan ni, tapi dia yang banyak menolong saya untuk-untuk masa yang sekarang ini. apakah dia ? bagus sangat kah dia ? kenapakah dia ? hahhh. banyak persoalan yang berada di mindaaa~  eh eh eh. najwa sangat pulak kau ni Intan. begini dia ituuuuu.....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*

*
*
*

*
*
*
*

*
*

*
*
*

jeng jeng jeeennnnnnggggggggg~



 ya inilah dia. marker pens.
ya sungguh la ni. x tipu.
betuuuuuuuul~ haha


jenama : DOLPHIN
harga : RM 4.95
lokasi : POPULAR Leisure Mall, KL
pembayaran : Baucer Buku 1 Malaysia 
kesimpulan : FREE je benda niii :)


kenapa Intan kenapaaaaa ? huaaaa. HAHA. begini, semasa zaman exam ini, biasalah. barulah aku yang pemalas sejak azali ini baru nak terkedek-kedek membuat nota ringkas untuk semua topik lah kononnya. jadi marker pens ni betul-betul banyak membantu. nak tengok hasil dia ? hehe


 nota untuk subjek PKK.


 ni pun sama. telinga yang aku lukis :3 
tulisan aku, hmm terima lah seadanya yaa. jangan banyak cakap. haha


 subjek FPK - dan keluar bahagian esei hari tu dan aku. entahlah. huhu






ada lagi yang aku buat tapi x yah tunjuk semua lah kan. jadi banyaklah benda itu berjasa sebenarnya pada aku. dan aku sangat suka warna warni. semua benda aku nak warna warni kalau boleh. hehe. ada lagi satu nak tunjuk.



mungkin budak IPG dah biasa kot. tapi  budak U, korang kena x buat ni semua ?

hahhh, tahu ini apa ? inilah yang dinamakan port folio. bukan sekadar kerja kursus yang kami kena buat, port folio yang kalau boleh ring dia lagi tinggi, hahh tinggi tu jugaklah kertas tu mencacak. huhhh. ni port folio FPK aku. baru hantar semalam lecturer nak cek. lepas dah cek buat apa ? jadi hiasan dalam locker bilik jabatan tu agaknyaa. huaahuaa. 




ok Intan, udah udah la tu update blog kau ni. hik3. malam ni belajar yaa. janji yaaa >< baiklah, sampai di sini sahaja. Assalamualaikum :D


P/S : Kepada cik abang saya, beginilah nota yang akan Intan buat tu untuk Ijat nanti. Intan tolong sedaya mampu yaa. harap dapat bantu Ijat nanti >< <3


2 Down 2 Come ! Phewwww

Assalamualaikum wahai umat manusia sekaliaaaaan ~! :)






Alhamdulillah. Alhamdulillah Ya Allah. pagi tadi selesai lagi satu paper iaitu Perkembangan Kanak-Kanak and hari isnin hari tu baru ja exam Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Ya Allah tahu azab penat dia macam mana. penaat sangat tahu. huhu. walau bagaimana pun, saya masih mengharapkan yang terbaik. dapat buat yang terbaik. sentiasa mendapat yang terbaik. amiiin 40x ! exam kali ni rasa lain sikit. tak tahu laa. lain rasa dia. mungkin kali ni exam memang dah 2 jam 30 minit panjang sikit bila nak compare dengan masa pra dulu, semua exam 1 jam suku je kan. huhu. *alaa Intan, dulu SPM macam tu jugak apa yang lainnya. huu*


macam ni aku rasa. aku betul-betul nak buat yang terbaik untuk exam kali ni. yelah. ingat lagi x semangat aku yang berkobar-kobar masa mula-mula masuk degree hari tu? aku memang betul-betul nak dapatkan DEKAN. dan aku berusaha ke arah itu sebenarnya. bila tngok wishlist aku yang kat side bar ni pun, salah satu nya nak dapatkan Dean List. sungguh. tapi. tapi. huhu. aku sebenarnya memang semangat dari awal. tapi tengok lah bila dah start datang kerja melambak-lambak x putus2. sampai aku rasa down pulak nak jadi cikgu ni kan. banyak sangat kerja. tapi still aku bersyukur, aku tau kehidupan budak U pun sibok jugak. tengok Ijat punya life x macam life pun. kesiaaan sangat tengok. huuu







apa aku merepek ni. hmm, pasal dean list tadi tu kan. aku nak capai. tapi usaha di tengah-tengah perjalanan first degree tu, x nampak pun. sehingga la bila nak exam ni, baru rasa nak insaf sikit. kikiki. jadi, aku betul-betul ada la sikit usaha nak kasi belajar punya telus dan mulus untuk berjaya. salah satunyaa. jeng jeng. senang sahaja. sebab kalau nak ikut pengaruh utama dia, facebook la kan. apa lagi. dia ikut la ada orang boleh kawal ada orang (macam aku) macam harem sikit nak control. so, langkahnya. apa deactive? tak tak. hehe. mana ada. korang boleh lagi cari aku kat facebook tu tapiiiiiii...............


aku minta tolong Ijat tolong tukarkan pasword facebook aku dan sampai sekarang aku masih x boleh buka pun. kikiki. da janji da, nanti dah habis exam nanti baru boleh buka balik. sebab tu ada juga yang perasan aku x active facebook pun lately. jadi ni lah jadahnyaa. sungguh aku tengah busy study 2 minggu ni. tapi busy busy kau Intan mampu pulak update blog yaa. hikhikhik. macam ni. tadi pagi aku baru lepas habis paper kedua. next paper isnin minggu depan n aku nak rehat satu petang ni nanti malam ni baru aku study balik. okey ? hehe. *den nak rehat yo haa. kui3*


kenapa aku nak dean list sangat-sangat ni ? padahal aku tahu benda tu susah nak dapat. tapi boleh je kalau kita betul-betul berusaha nak dapat kan. hmmm. baru-baru ni kakak aku konvo di UTM Skudai. aku pergi weyy. dan pemergian aku itu telahpun membuatkan aku x masuk kelas selama 4 hari. gila kau 4 hari macam-macam aku boleh belajar waktu tu kau tahu. huhu. dari isnin sampai khamis aku x masuk kelas n waktu tu sebenarnya study week. so aku assume study week SEPATUTNYAAAA tiada sebarang kelas sebab student boleh belajar di bilik sendiri-sendiri n kalau nak balik rumah pun boleh.



 Diawal pagi lagi. adik aku xdak. Nurul Syuhada. Sian diaa. huk3


Lepas ni aku n mama masuk dewan.




tapi tapi tapiii, yang dasyatnya lecturer kelas aku ni sayang sangat la hai dengan kami sikit free kredit jam pun dia tak nak kasi. huahhh. nasib badan la kan. tapi aku jeles juga la dengan kawan2 sebab diorang masuk kelas n study beberapa topik untuk exam baru-baru ni. tapi aku? non hadoo masuk kelas. soalan-soalan yang lecturer pointkan untuk keluar exam ni pun aku x ambil berat. huhu. tapi stilll. aku dah buat yang terbaik untuk dua paper ni. sungguh itu yang termampu aku lakukan. dan jikalau aku x dapat keputusan yang baik pun, aku redha jugak sebab memang itu je yang aku mampu. tapi op kosh la aku mahukan yang terbaik kan. harap harap lah. Amin 40x.


exam kali ni bukan aku anggap main-main. untuk dapat dean list *ok kembali pada tajuk utama* bukan mudah sebab memang kena maintain 3.8 ke atas. maintain dari sem 1 ni, sampailaaaa sem 8 nanti. ok sambung balik kenapa aku nak sangat dapat dean list ni. hihi. macam ni, graduan-graduan lepasan IPG aku setakat ni, tiada siapa yang mampu mencapai dean list masa konvokesyen dekat PICC Putrajaya tiap tahun. Serius, dah 2 batch dah yang dikeluarkan, tiada siapa pun yang dapat lagi. misal kata sekarang aku dah sem 5 n baru aku nak menyesal memang xda jadah pun la kan. jadi disebabkan aku baru sem 1 la, aku teringin sangat nak dapat.


hmmm, berbalik kepada konvo akak aku baru-baru ni, aku dengan mama ada di dalam dewan tu n first time kami dapat rasa begitu since abang aku bukan graduan U pun kan. keluar-keluar SPM huhahuha kejap matrik minta keluar terus tup tup training pilot. sooo, kami x pernah lagi la rasa yang macam ni punya kan. aku serius excited la sampai aku rasa aku pulak yang teringin nak naik pentas tu ambil scroll and pakai jubah and mortar board yang nampak ala-ala genius sikit bila pakai tu. kih3. dan aku perasan, betapa sedikitnya orang-orang yang dapat dean list waktu tu especially bagi yang engineering. yelah memang engineering susah dan aku salute gila laa, dengan ada sorang je abang tu dapat dean list untuk kejuruteraan mekanikal. entah. aku xtau apa perasaan aku waktu tu. kalau lah itu aku, n mama papa aku ada di bawah sedang lihat anak dia  ambil scroll and dapat dekan lagi. hmmm. rasa nak nangis je bila fikir. kalau lah kan. hmmm




 dalam dewan. first time. bestnyaaa


 abang aku. cik dirver. n semua dia sponsor sepanjang 2 hari ke Johor. kikiki
arigataoo gozaimasu :) Lepas ni bawak lah adik2 mu yang comel ini pergi berjalan2 lagi yaa ><


 malam tu dekat hotel. ok. ok. ok. x tahu nak cakap apa. rasa best sangat waktu tu. kikiki


dalam buku ni ada senarai nama graduan-graduan.
harapan aku, nama aku, dalam senarai dean list :') InsyaAllah


gitulah semangat yang datang dua tiga hari before aku nak exam baru-baru ni. n aku harap, semangat itu datang membara. terus mara menyala. menerangi malam aku untuk terus berjaya. menyinari kehidupan ibunda ayahanda tercinta. ceeeh3. kikiki. so next mision aku, jeng jeng jeng. teruskan usaha untuk dua paper yang terakhir~


14.5.12   8.30 - 11.00 am   Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
16.5.12   8.30 - 11.00 am   Perkembangan Kanak-Kanak
21.5.12   2.30 - 5.00 pm     Mengenal Nombor
23.5.12   2.30 - 5.00 pm     Kurikulum Pendidikan Matematik



 satu bungaa + teddy bear kak ngah dapat, abang aku bagi :)


 ok. bertambah dah bilangan bouquet kawan-kawan dia pulak bagi. *jeles2*


 aku dan kakak. ada yang kata muka sama. 
hmm. aku terima. kami adik beradik. apa ada hal kan.
dan aku nampak aku tinggi sikit. kikiki 
(sama2 pakai kasut flat waktu tu)
dan kawan aku cakap aku lagi gemuk dari kakak aku. *hahh yang ni aku x boleh terimaa arghh =.=''*


 ok. bertambah-tambah lagi bunga dia kawan2 dia bagi. uwaaaa T____T 
Jelesnyaa. aku pun mau jugaaa. kikiki


satu keluarga yang dapat pergi. sedih adik aku x ikut.
nak SPM tahun ni.
x leh ponteng sesuka hati.
dah la duduk asrama. huu


akhir sekali, aku dah memang x sabar sangat nak balik rumah. nak tatap wajah mama papa aku yang aku sayang <3 hee. ohh, kakak aku yang baru graduate tu. Alhamdulillah la sangat2. mencurah-curah rezeki dia lepas dah konvo ni. hari tu jadi cikgu tuisyen kejap ajar add math n fizik. hari isnin hari tu baru je dia interview dengan syarikat TMnet tu. now, dia dah dapat kerja kat Bangsar, dekat Menara TM tu. katanya tempat dia kerja tu kat floor 51. gilaaa. haha. jadi executive customer service. kikiki. Alhamdulillah. boleh belanja aku lain kali. haha. k. Assalamualaikum semuaa :)






mama papa, Intan will makes you proud one day. InsyaAllah :') Love both of u <3


Tuesday 24 April 2012

Kau yang Cuai Intan !

Assalamualaikum.


Hanya sedikit yang ingin dicoret. Aku mohon rakan-rakan pembaca yang lain untuk turut mendoakan aku hamba yang lemah hina keji ini.


'Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hambaMu itu, Kau kuatkanlah ingatan beliau, Kau hindarikanlah beliau dari sifat pelupa yang tinggi, Kau peringatkanlah segala perbuatan yang baik kepada beliau, Kau berikanlah dia kekuatan, Kau kawalkanlah nafsu kemarahan dalam diri beliau. Sesunggguhnya dia insan yang lemah kerdil di sisiMu Ya Allah'.


Aku letih. Aku letih diperlakukan begini. Aku sedih dengan diri sendiri. Aku penat melayan diri aku yang penuh dengan kekurangan. Aku yang cuai. Aku yang pelupa. Aku yang leka. Aku yang tidak sempurna. Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah :'(

Sunday 22 April 2012

Penat Jerih seorang guru !

Assalamualaikum semua !




  Tahu itu guru ? Guru yang mendidik anda sewaktu anda di sekolah. Bukan sekadar mendidik, mengajar, menjaga dan mengasuh anda seperti anak mereka sendiri ketika di sekolah. Ada juga segelintir manusia yang masih memandang kerjaya guru ini sebagai kerjaya yang mudah. Malah kami diberikan dengan wang gaji yang tinggi. Tidak padan dengan kerja yang mudah, kami selalu disogokkan kerajaan dengan bermacam-macam lagi kelebihan yang lain. Yaa. mungkin anda antara orang yang masih tidak mengerti apa itu tugas seorang guru yang sebenar.

  Secara umum nampaknya, seorang guru itu dilihat hanya mengajar murid-murid apa yang termaktub dalam silibus pengajaran dan pembelajaran. Mendidik anak bangsa untuk menjadi yang cemerlang dan berbakti kepada nusa dan bangsa. Namun anda tahu tugas guru yang tidak dilihat oleh mata kasar anda semua tanpa mengetahui soal selidik terlebih dahulu ? Naaaah, menjadi guru bukanlah mudah seperti yang anda anda dan anda fikirkan. Saya mohon kamu semua imbas kembali tinggalan masa kita semasa di sekolah rendah mahupun menengah pada satu ketika dulu. Renung-renungkan kembali apa yang guru anda telah lakukan demi memberikan yang terbaik kepada anda semua.



Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang... buat persiapan padang... buat kertas kerja... 

Jadi PBSM tengah padang... bila murid kalah, cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak tu pandai main...

Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik... cikgu x pandai ajar...

Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit....

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan....

Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...

Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid... bukan sorg murid jer...

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene baju murid... esok dapat teguran dari parent... ape cikgu ajar ni?

Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa?

Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa.. jawapan.. anak saya mmg macam tu....

Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari parent.. bila bagi tau parent... parent cakap tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER... yg ajar budak persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik... kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi pak guard siang dan malam... untuk pastikan anak murid sedap tidur... cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN.. nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid - murid selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan...

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak sembahyang...tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat... banyak urusan di pejabat....

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat surat saman dari parent... sbb jentik anak dia...

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa? kereta cikgu... minyak duit siapa? duit cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi murid merasa aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut... bila salah sikit... esok masuk muka hadapan berita... kata cikgu tak pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi...

-Copied from others-






  Bukannya saya mahu merungut apatah lagi tidak bersyukur dengan kerjaya guru ini. Walaupun saya masih lagi belum melalui untuk menjadi seorang guru yang sebenar, namun saya percaya. Satu hari nanti, pasti saya akan melalui apa yang dirasa guru-guru sekarang. Malah pasti akan menjadi lebih berat dengan kehidupan permodenan anak-anak kecil pada masa kini. 

  Ingatlah, kerjaya guru bukan boleh dipandang enteng begitu sahaja. Segelintir manusia yang mencemburui dengan gaji-gaji guru kini yang dianggap terlalu tinggi dan menjadi anak emas kerajaan, sepatutnya anda berfikir kembali tugas guru yang sebenar-benarnya. Jangan hanya pandang secara umumnya. Terima kasih sudi membaca.



Saya hanya anak muda yang masih banyak ketinggalan. Semoga saya dapat menjadi seorang guru yang benar-benar dapat menjadikan anak bangsa yang berguna di dunia dan di akahirat. InsyaAllah.

P/S : Jika rajin, bacalah INI. Idea pemikiran beliau yang membuatkan saya berfikir sejenak untuk menulis apa yang saya rasa. 



'GURU satu pekerjaan yang paling MULIA. Renung-renungkan.'


Assalamualaikum !