Sunday, 11 December 2011

Khas untuk awak :')

Kehadapan kanda yang jauh di mata, dekat di hati.

Assalamualaikum pemula bicara dari dinda di sini.

Alamak, x pandai nak bermadah lah Ijat. heee~!

Mula-mula, nak cakap yang .........................................


Ok, sekarang dah boleh agak dah kan apa nak diceritakan hari ni. hehehe. Saya nak menjerit kejap.


"Ijaaaaaaaaaat~ Kita dah bersama dah 2 tahun dah laa. Lama tuuu. Rasa macam sekejap je. Hehehe. Macam-macam dah kita lalui bersama kan. Suka duka kita tempuhi dengan kesabaran. Walau ada perselisihan faham, namun kita dapat jugak atasi dengan baik. Tapi banyaknya bahagia jelaa. Bahagia sangat laa sejak bersama dengan awak. Apa awak dah buat dengan saya ni. hehe. Saya rasa saya perempuan yang sangat bertuah sangat dapat bertemu dengan awak Ijat. kikiki. Terima kasih untuk segalanya. Semoga kita akan bertambah2 bahagia dan batasan2 antara kita akan tetap terpelihara. Aminn~! Saya akan tunggu awak sampai bila2. Lagi 4 tahun eh?! InsyaAllah. Buat masa sekarang kita belajar rajin2 dulu, dapatkan ijazah, kumpul duit sambil2 tu, lepas tu, kita boleh kahwin! weeeee~! Hehehe. Ijaaaat~, awak terus berada dalam hati saya ya >.<  <3"


Genap pada tarikh 11/12/2011, hubungan antara kami bersemi selama dua tahun tanpa halangan. Alhamdulillah. Ya Allah, Kau peliharalah hubungan kami sehingga ke akhirat kelak, Kau satukanlah hati kami sebagai pasangan suami isteri satu hari nanti, Kau jodohkanlah kami, Kau kurniakan rezeki kepada kami, Kau permudahkan segala urusan kami. Semoga satu hari nanti kami dapat menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah dan mendapat cahaya mata penyejuk hati kami. Amin 40x !

Hmmmm, mesti Ijat dah x sabar nak tau apa surprise Intan kali ni kan. hehe. Papepon Ijat, Intan nak mintak maaf dulu ya sebab lambat sangat dah nak post ni. Tulaa, lambat2 kan lagi nak buat. hoho. Sebenarnya kan, Intan nak hadiahkan kat Ijat satu benda ala-ala buku nota jugak laa. Macam reminder Ijat supaya Ijat boleh catit apa-apa yang penting kat dalam buku tu. Ijat ingat kan Intan pernah cakap Intan teringin nak hadiahkan Ijat yang ni. hehe.



Al-Kisahnyaa Cik Ijat ni pernah terlupa yang dia kena hantar assignment pada esok harinya. Bila malam tu tiba2 teringat, terpaksalah dia berjaga malam sehingga ke pukul 4 pagi semata-mata kerana ingin menyiapkan kerjanya yang tergendala itu. Jadi, Cik Intan berasa kasihan pada dirinya kerana terlupa dek tugasan yang bertimbun sehingga terlupa akan assignment yang satu ini. Lantas berfikir untuk memberikan sesuatu kepada Cik Ijat iaitu sebuah buku di mana buku itu beliau boleh mencatat segala isi-isi penting kehidupan sehariannya sebagai pelajar. Cik Ijat bolehlah menggunakan buku itu untuk menulis tarikh2 penting tugasan kerjanya yang perlu dihantar. Semoga dengan adanya buku itu, kehidupannya kini lebih tersusun dan beliau tidak akan lupa akan tarikh hantaran kerja2 nya. HIHI



Jadi, mari kita tengok penat jerih Cik Intan menghasilkan buku nota untuk kekasihnya Cik Ijat. Intan nak tunjukkan cara nak buat dia je sebenarnya. hehe.

Ok, mula-mula, bahan-bahan yang diperlukan adalah :-

  1. Straw Minuman (Ni kumpul waktu Form 5 dulu. haha)
  2. Gam UHU
  3. Memo Pad
  4. 2 helai kertas keras
  5. Kain warna purple (Kain ape tah jenis dia x tahu, haha)
  6. Hook
  7. Gunting
  8. Pensel / Pembaris
  9. Hiasan Bunga (Tapi at last x guna pun sebab rasa macam crowded sangat)


Ok, mula-mula gunting straw2 tu semua jadi hirisan yang kecil2. Simpan dalam bekas.


Macam ni la lebih kurang besar dia. Lepas warna biru, gunting la pulak straw merah :)



Lepas tu, kita potong kain warna purple tu, kepada dua bahagian. satu bahagian kita ukur besar sikit dari kertas keras tu, satu lagi bahagian kita ukur dia kecil sedikit dari kertas keras. Kain purple ni tujuan dia nak balut ja. Kalau nak guna kertas biasa pon bloeh. Juz nak balut :)





Hasilnya, macam gambar kat bawah ni. Dia berbalut kemas :D





Selepas itu, bolehlah kita start lukis guna pensel bagi mendapatkan bentuk straw yang akan disusun. Lukislah macam mana yang kita suka. Saya buat LOVE besar2 untuk si dia. hehe >.<

Lepas tu, Jangan lupa tebuk dulu tau lubang kat penjuru atas belah kiri tu. Untuk masukkan hook nanti. hehe. Guna penebuk lubang pon boley~





So, nilah hasilnya. saya start dengan straw warna biru dulu. membentuk segala bentuk yang ada. hehe. Sorry, nampak macam selekeh sangat kan. huk3. 





And then, bolehlah start pulak dengan straw warna merah. Oh, lupa nak cakap, cara dia adalah dengan menampal menggunakan gam UHU. hehe. Leceh sikit laa. Tapi saya cuba bersabar demi untuk kekasih hati saya sorang ni <3 hihihi. Ok, siap dah untuk muka depan buku nota ini. hehe.





Beralih pula pada bahagian belakang buku nota. Buat jugalah corak yang diingini. Ni corak kat bawah ni macam peta Australia je. hoho. Sorry Ijat~ x tawu nak buat apa. huhuhu. Sama juga caranya, teruskan menampal potongan2 straw tersebut sehingga menutupi keseluruhan corak yang dilakar. :)





Taraa, ok dah siap kedua2 belah muka.  Jangan lupa lubang juga tau. Perlulah ditebuk di bahagian atas sebelah kanan pula. 



Ok, ni hasil bagi kedua-dua muka depan dan belakang nota buku :)



Selepas itu, kita beralih pula kepada memo pad. Memo pad itu akan dirungkaikan setiap helaiannya. Helaian demi helaian itu tujuannya untuk nota buku itu nanti. Dan jangan lupa untuk menebuk lubang pada bahagian atas sebelah kiri ok :D Macam gambar dekat bawah ini. 






Ok, ketiga-tiga bahagian nampaknya dah siap, maka dengan itu, bolehlah kita menyambungkan ketiga2 bahagian dengan menggunakan hook dengan cara memasukkan hook tersebut ke dalam lubang2 yang telah ditebuk.





Beginilah hasilnya apabila kesemuanya siap sedia di sekalikan. 





Jadi, lepas ni Ijat bolehlah tulis dekat ruangan2 kertas putih itu. Supaya awak x lupa apa2 lagi. hee :)





Haha, alang-alang tu Ijat nampak dah inai kat tangan Intan tu. kikiki. Tapi dah cair dah. hoho



Amm ammm, Ijat suka x Intan buatkan ni? huhuhu. Penat lelah Intan buat semua ni semuanya tidak terasa kalau Ijat ukirkan senyuman bila tengok hasil kerja Intan ni nanti. heee. 

Bilalah agaknya Intan dapat bagi Ijat benda ni kan. hek3. Jadi tugas awak lepas ni, cepat2 decide tarikh bila lagi kita boleh ketemu. hek3. Oklah Ijat, penat dah Ijat tunggu kan. Sorry ye lambat. Nak upload gambar tadi sangat3 lama. huhu. Harap2 hubungan kita berterusan awak :D Dan saya sentiasa akan bersama dengan awak walau apa pun. Assalamualaikum Ijat. ILYSM :D <3

4 comments:

  1. alahaiii comeyl nyeee :)) jgn lupe jemput ye nti cik intan XDXD

    ReplyDelete
  2. wah ade nilai komersial! saye nak order 100 buah la, ade stok x? hahah karangan 2 bwt saye cram pipi tsongeh keh3 ILYT intan!! tenkiusssssss~

    ReplyDelete
  3. hai awak. hehe. hoho, 100 buah kena bagi saya upah lebih sikit laa. hahaha. ILYT and IMYSM :D hehe. sama2 awak :)

    ReplyDelete