Tuesday, 22 November 2011

Oo.. Oo.. Malaysia.. Oo.. Oo.. Malaysia..

Assalamualaikum :D Muahahahaha


    Sambil-sambil layan nasi goreng mama saya yang super duper lazat terangkat nih, bersemangat jualah saya untuk  mengupdate blog ni dengan cerita panas sensasi lagi HOT~ yess, itu dia ! Kemenangan Malaysia menentang Indonesia dalam Kemuncak Perlawanan Sukan Sea Ke-24 dekat Stadium Gelora Bung Karno. Wehoooo~! Oytt3, jaga diri Intan, seelok-eloknyaa, ucapkanlah Alhamdulillah pada Allah S.W.T kerana telah memberikan kemenangan ini pada team Malaysia. Cepat ramai2, ALHAMDULILLAH :D 


      Sebelum game start kan, biasalah bodogup-dogup jantung den memikirkan nasib Malaysia lepas ni. Kalau menang, memang bestlah dah lah main dekat gelanggang lawan dengan penyokong eh selautan stadium. Tambah pulak dapat pertahankan emas buat kali kedua berturut-turut. Memang terbaik la kan orang cakap kan. Tapi kalau kalah macam mana pulak? Huishhh. itulah kan bagi pendapat saya kan. Player Malaysia da buat yang terbaik, lagipun kita berada di gelanggang lawan. Tekanan mental lagi. Tambah dengan Shahrul dan Izzaq x dapat turun pulak game final ni. aduhhh. Parah jugak la bunyinyaa. 


     But whatever it is, itu semua before game nak start. Masa dah start je wisel tu, adolaa nampak Malaysia asyik diasak je and bola banyak bermain di kawasan jagaan Khairul Fahmi. Dah tu, tuup3~ Gol lah pulak Indon seawal minit ke-5. Menanah je ann, rasa time tu. Tapi lepas tu nampak dah spirit Harimau Muda Malaysia weheee~ lepas tu apa boleh cakap, HAMBEK KAU ! Berasak-asak la Indon nak kena kejar ketangkasan Harimau kita yang bertubi-tubi menyerang sehinggalah membuahkan satu gol penyamaan hasil tandukan Asrarudin Putra. Terbaik broo, Terbaik saya cakap. Kaulah pembakar semangat kami-kami ni dekat rumah, rasa lega sebab dah sama balik mata gol. perghh~


    Saya sebenarnya x pernah lagi merasa tengok game yang ada penalti sebagai penentu kejuaraan. Jarang kan berlaku. So malam tadi macam excited gila dapat tengok, but still mencemaskan laaa. Of course laa weyy, korang tengok jaringan dia berapa banyak je yang beza. Dah total up jumlah jaringan Malaysia menang ke atas Indonesia 5-4 beb. Sojongkal yo haa bak kato oghang Noghori. Dah tu, last gol kemenangan sepakan dari Badroul Bakthiar boley pulak ditangkap penjaga gol Indon tu. Saya waktu tu dah haishhh. Tapi tu lah kan, berkat Allah S.W.T dapat juga bola tu masuk. Itu semua kekuasaanNya. Dan maka dengan itu~ bergembiralah seluruh rakyat jelata bumi Malaysia dengan kemenangan berpihak kepada kita ! Alhamdulillah Ya Allah~ Terima kasih Ya Allah~!


     Saya nak ucapkan tahniah la kan terutama pada Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee sebab dengan otak dia tu lah, banyak merancang strategi2 yang bekesan dan pemberi semangat kepada player. Player yang aku rasa paling berjasa la dalam game semalam, Captain Malaysia iaitu Badroul. Dialah penggerak tengah team Malaysia dan penyepak sepakan sudut terbaik. Dan dia jugaklah yang menghasilkan gol kemenangan bagi tean Malaysia masa sepakan penalti. hehe. Lepas tu of course Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol terbaik Malaysia. Banyak sepakan yang dilakukan tapi dia tenang dalam menangkap bola tersebut. Dan dia jugalah wira dalam menyelamatkan satu sepakan penalti dari Gunawan, player Indonesia. Sebab kalau dah gol yang tu, parah la jugak kita kan. Tapi Alhamdulillah, semuanya terjawab dan kita lah JUARA ! weeee~ hehe. Tapi x lupa jugak la untuk player2 yang lain. Semua da best among da best ! And you all semua dah buat yang terbaik dan x gentar dengan semangat dan sorakan dari pihak lawan. Syabas and Good Job to all of you. 


     Moh kita semua melayan gambar-gambar saya waktu kat rumah. Wahahaha. Padahal tangkap gambar kat tv je guna henset. Saya x sempat nak ambil gambar waktu game tengah berlansung sebab tengah nervous tahap dasyat punya. Jadi, adalah sikit2 gambar sewaktu acara penyampaian hadiah berlansung. Take a look guys~ (walau x semenggah mana pun, huk3)


Players beratur nak ambil medal :D



Pemenang tempat ketiga Myammar menewaskan Vietnam 


 Kapten Indonesia, boleh tahan sepakan bola. Mantaaap ! 



Alolooo~ Indonesia no-2 je ye~ Nak buat macam mana. xpa, lain kali boleh cuba lagi erk?! huaa3


Tu diaa, nampak x Harimau2 kita tu?! hek3


 Menteri Belia dan Sukan, Shabbery Cheek menyampaikan medal kepada jurulatih, Ong Kim Swee :)






Medal kepada kapten. Wewiiit~


Walau anda seperti semut disana penyokong2 Malaysia, namun semangat tetap xkan pernah hilang. Syabas ! :D



Upacara menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku *Proud*




Semangat sungguh wira2 Negara :D Walau kat sana hanya dengar suara players dan juga penyokong sahaja, namun di Malaysia jangan kau gusar. Nyanyian Negaraku tetap berkumandang !



The one and only ~ Tanah Tumpahnya Darahku !



Weheee~ Kitalah juara~ Gagah dan bersedia~ Mengibar bendera~ lalalalala~


     Ambooii engkau Intan, seronoknyaaa~. Haishh, mestilah seronok. MALAYSIA menang beb. hahahaha. xkesah lahh. Lastly, I <3 MALAYSIA for ever~! Majulah bola sepak Malaysia. Auummmm~! Aummm3!

No comments:

Post a Comment