Saturday, 21 January 2012

Setelah Sebulan Setengah Tidak Bersua :')

Assalamualaikum ! :D :D :D :D :D

Amboiii~ hepinya awak ni Intan. hehe. Mestilah happy, hari ni kan, hari ni kan, amm amm saya dapat jumpa dengan pangeran jantung hati pisang saya~ Cik Ijat <3 ! Dah dekat sebulan setengah kami x jumpa, Ijat dulu sibuk dengan exam, and NOW~ Ijat dah freedom dah dari exam ! *Wink3* Dia dah pulang ke rumah tercinta, saya pun apalagi, ekekekeke :P

" Juuuuuuum~ keluar dating ! heeee :) "

Kami hari ni menjelajah Times Square dengan Low Yat je. hee. Bestnyaaa alahai bila dah dapat jumpa awak, dapat tengok awak sihat ja tubuh badan, ceria, seronok betul ! hehe. Mula-mula, terus pegi tengok wayang pergi carik cerita apa yang menarik, ammm, akhirnyaa~ cerita Bujang Terlajak yang jadi tontonan. 

Hmmm, jadiklah, dari lansung x da cerita nak ditengok. Kalau tengok cerita yang ada, banyak cerita China jaa. Al maklumlah x lama lagi kan (err, lusa la kan. hehe. Hari Isnin dan Selasa) Tahun Baru Cina, hehe. So, ada la selai cerita melayu ni haa. Layan jelah kan. Alaaa, yang 3 orang pelwak negara kita berlakon tu, Nabil, Johan dan Saiful Apek. Best jugak laa. Ok Ok ja. Ada lagi cerita lain yang lagi lawak pernah tengok, so x teruja sangat lah. hehe


Nih tiket wayang dia. Seat memang yang terbaik lah. The center of the cinema kami dapat. Setiap penjuru wayang tu, kami lah yang centernyaa. hehe.*Orang pertama beli tiket wayang untuk cerita ni memang la. hoho*


Lepas dah beli tiket, lama lagi kan, nak tunggu start, jadik kami pun nak pergi makan lah. Cik Ijat saya nak pi mamam KFC. Saya menurut perintah sahaja mencari lot kedai KFC tersebut. Ekeke :) Makan-makan dengan kenyang dan suka hati. Borak2 dengan Cik Ijat, RINDUUUUU~ lama x jumpa dah ! hehe

 Ijat ambil Rice Plate, saya ambil Toasted Pocketful. Theheee :D
Ok, sebenarnya, dah nak habis makan, baru teringat nak ambil gambar. haha

 Cik Ijat bawak laptop baru dia sekali :') Terharuu~ Buat susah2 je. ekeke :P
Intan suka laptop Ijat. Warna dia cantik, keyboard memang superb !
Nt add Intan dalam Skype jangan lupa yaa. Boleh kita berskyping-skyping ! hehe

 Makan Ijat, makan banyak-banyak biar gemok sikit ! Thehehe :D

 Ilusi semata-mata, jari itu berada berjauhan dari pipi saya >.<

Sompek yo laie tu haaaa :D

Maka kami pun menuju ke Panggung Wayang untuk meneruskan lagi agenda pada hari ini. ekeke. Dah x beli pop corn dah. Kenyang dah mamam KFC, nak beli pop corn apa nya lagi kan. Hoho.


........haha........hihi...........huhu..........hehe............hoho........... 
(Gelak tawa di dalam panggung wayang !)


Setelah usai melihat cerita tersebut, maka terlihat pada jam tangan di tangan, waktu menunjukkan pada pukul 2.00 petang. Kami bercadang untuk pergi solat di Low Yat sahaja, memandangkan tempat solatnya lagi dekat dan selesa. Kat Times Square, tu diaa~ tinggi memuncak surau dia. Jenuh nak pi aiihhh. 

Habis solat, Cik Ijat ada nak cari gadget2 laptop dia. hehe. Menemani lah saya untuk beliau berjalan-jalan di Tingkat 2 Plaza Low Yat mencari barang keperluan beliau. Setiap saat bersama awak saya berasa sangat bahagia dan saya gembira dapat jalan-jalan dengan awak ! heee :D

Kami pulang semula ke Times Square untuk mencari sesuatu yang saya tiba-tiba mengidam untuk menikmatinyaa. Ahhh, seperti mengandung terasa diriku. Ada juga rakan-rakan saya termasuk Cik Ijat sendiri pernah menceritakan kesedapan dan kesegaran Cool Blog (Ala-ala Ice-blended) dan saya begitu ingin untuk merasainyaa~! heeee. Cik Ijat x leh bantah, kena ikut ja, jadi kami pergilah membeli Cool Blog yang lazat, sejuk dan manis, waaaah, *cair di mulut* !

 Alahaaai, ni satu lagi yang buat saya cair ni, Lesung Pipit awak tu ! Eeeee, Comel ! haha

 Menikmati kesedapan ia dan amat menyelerakan  Nyam3 ! Lain kali boleh beli lagi. hehe

Pinjam tangan sat, hehe. Kami beli perisa Kiwi dan Vanilla. Perghhh. Bersusu, berlemak !
Satu cawan : RM2.50 (tanpa topping. hehe)

Kami terus berjalan-jalan mencari seluar jeans hitam yang ingin saya beli, tapi x jumpa yang terbaik. Ada ja pun, tapi mahal sangat ! Sob3 ! :'( Tunggulah duit dah banyak nanti. huk3. Sedihnyaa~! huu

Dan apabila kaki semakin lenguh dek penatnya berjalan, kami mengambil keputusan untuk merehatkan diri di Mc Donald. Tanpa berfikir panjang, terus ja saya membeli bungkusan makanan untuk saya dan Roomate Bbey Tiqah supaya kami dapat makan pada malam ini. Ya, kafe confirm x buka. Kalau x keluar jawabnya Maggi lah di asrama itu. -.-

Spicy Chicken Mc Deluxe n BigMac satuuu mamak~!
Kenyang la saya dengan roomate ni jangan lah risau. haha

Lepas tu, macam dan nak masuk Asar, solat lah kami di TS tu. Nak x nak, kenalah jinjing semua naik ke tingkat 7 tu =.=' Pelik aku dia buat surau nun atas sana. Tapi x kesahlah, bukankah setiap langkah ke surau/masjid itu dikira pahala, InsyaAllah :') 

Lepas tu, kami pun macam nak balik dah laa. Alaaa, part ni yang aku paling sedih sekali. Macam x sanggup ja nak berpisah. x puas rasa nak jumpa Ijat. Sob3 :'( Nak x nak kena jugak kan. huhuhu.

Tengah tunggu LRT. Uyaaai, gemoknya pipi aku ! Waduuuuh 

Tapi yang paling buat saya senyum ja sampai sekarang, Jeng3~! hek3. Terima kasih Ijat ! Intan suka sangat lukisan Ijat lukis tu. Cantik sangat ! Untungnya saya dapat awak yang pandai melukis ni. hik3. Ijat bagi saya gambar ni waktu kami lepak2 dekat McD bersama2 dengan buku TITAS (Saya belajar TITAS tahun ni, Ijat dah lepas dah semester lepas. hoho). Kemudiannya juga, saya memberi buku nota yang saya pernah hasilkan sendiri satu ketika dahulu waktu saya bercuti di rumah. Kami saling menukar hadiah. hek3


Alkisahnyaaaa~
Cik Intan yang mengada-ngada meminta kepada Cik Ijat untuk melukis gambar dia bersama dengan Cik Ijat sendiri pada saat mereka berdua sedang bermain layang-layang. Hik3. Dasar mengada-ngada punya Cik Intan ! :P Cik Ijat telah mengorbankan tidur malamnya bagi menyiapkan lukisan tersebut pada malam sebelum keluar bersama. Kasihan kepada Cik Ijat kerana Cik Intan telahpun menyusahkan dia untuk membuat lukisan tersebut. Cik Intan kelihatannya seperti ingin meminta maaf kepada Cik Ijat dan dia sangat3 menghargai pemberian lukisan tersebut dan sangat3 menyukainyaa <3 :') Cik Intan sangat3 terharuuu~! huk3

Penerangan gambar :
Kelihatan Cik Ijat sedang berlari mengejar Cik Intan yang gembira bermain dengan layang-layang itu. Cik Ijat nampak gusar dengan kelihatan titisan peluh di muka nya dan kerut dahinya. Apakah maksud semua ini Cik Ijat?! Saya begitu curious untuk mengetahuinyaa. hehe. Tulisan khat di bahagian atas tengah itu mempunyai maksud yang tersendiri. Siapa yang pandai membacanya, boleh lah agak. Ada mesej ringkas di situ. hik3. Gambar layang-layang dan pokok di belakang itu pun berbentuk LOVE ! Alahaai awak ni, sweeeet sangat ! saya suka sangat ! hek3

Hari yang cukup menggembirakan. Pabila saat saya berjumpa dengan Ijat merupakan saat-saat manis saya dan saya sangat bahagia pabila di samping awak ! Terima kasih untuk segalanyaa, untuk tiket wayang, tiket LRT dan lain2. ekeke. I wil always <3 u 4 ever and ever ! Promise :') !

Assalamualaikum semua ! Ijat, Selamat malam awak! Penat dah kan hari ni. hehe.

P/S : Hope sangat dapat join Family Day LEADS supaya saya dapat jumpa awak lagi ! hee :D Papai~

4 comments: