Thursday, 23 February 2012

Arghhh Frust lah !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

   Hahhhh kan, panjang salam saya kali ini. Heee. Kenapa dengan kau ni Intan. Tengok tajuk pun boleh tau laa, kecewa sangat rasa dengan diri sendiri ni.

   Hmmmm, tadi kan, waktu kelas Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, pensyarah ada lah bertanyakan dari seorang ke seorang satu soalan cepu emas ni. Serius, memang memerlukan pendalaman akal yang panjang dan berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang kita sedia ada untuk membicarakannya.



Sebagai bakal pendidik satu hari nanti, InsyaAllah, tentu sekali semua subjek kami kebanyakkannya berkaitan dengan ilmu tentang pendidik. Bagaimana untuk mendidik murid-murid pada satu hari nanti. Jadi pensyarah bertanya,

"Kalau kamu semua diberi peluang untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti, apakah yang ada inginkan dalam sistem pendidikan di negara kita nanti?"

Hahh kan, dah kata awak ni adalah bakal pendidik satu hari nanti, apa pandangan awak wahai Cik Intan?

   Giliran saya jauh lagi sebenarnya. Sebab giliran untuk menjawab dimulakan dengan barisan belakang, barisan budak lelaki (Biasalah budak lelaki duduk belakang kan ^^). Satu persatu memberikan jawapan dengan baik. Perghhh, kagum juga saya dengan kawan-kawan lelaki saya, pandai dalam berhujah dan matang dalam pemikiran. Apa yang mereka katakan tu, memang betul dan logik jika difikirkan dengan akal fikiran. 

   Kawan-kawan saya sejak dua menjak dah masuk degree ni kan, rasa macam semua dah jadi makin matang. Berfikir sebelum bercakap dan penuh ilmu di dada untuk dikongsi bersama. Sungguh saya cemburu akan kelebihan mereka yang seperti ini. Saya akui, saya boleh bercakap di hadapan orang ramai, tetapi masih lagi gemuruh, namun ilmu saya masih tidak cukup. Seperti banyak benda baru yang saya peroleh sejak saya mempelajari subjek-subjek di alam Degree ni.

   Hmmm, berbalik kepada soalan yang diutarakan, jenuh juga lah saya memikirkan apa yang ingin diperkatakan. Hati berdetap, rasa takut menyelubungi diri. Entah mengapa rasa begitu. Apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran aku tadi? Aku takut untuk meluahkan perasaan dan pandangan aku dalam hal ini kerana khuatir ianya akan salah di mata semua orang. Entah. Aku bingung.

   Masa semakin suntuk, tapi giliranku masih belum tiba. Biasalah ahli kelas saya yang lain, semua petah berbicara. Apabila dah diberikan peluang untuk bercakap, pastinya semua tidak akan melepaskan peluang untuk bercakap dengan sebaik boleh. Tuup tuup tuup, sungguh masa semakin mencumburui kami semua. Pelajar perempuan belum ada lagi yang bangun untuk menyuarakan suara mereka. 

   Akhirnya, pensyarah memutuskan untuk merelakan diri sahaja bagi sesiapa yang ingin menyuarakan pendapat di saat-sata akhir pembelajaran. Yahhh Intan, inilah peluang engkau Intan, angkatlah tangan Intan ! Intan, Angkat tangan ! Datang suara-suara dari dalam hatiku ini. Tapi sayang seribu kali sayang, Intan yang PENAKUT tidak berani untuk mengangkat tangan apatah lagi menyuarakan pendapatnya. Intan yang BACUL tidak mahu untuk membina keyakinan diri untuk bercakap di dalam kelas. Walhal, hal inilah sebenarnya yang paling penting untuk menjadi seorang guru kelak iaitu berkomunikasi dengan baik di hadapan semua orang.



   Sayang Intan, sayang sangat ! Kau lepaskan peluang begitu sahaja. Bukannya kau xda idea ingin berkata apa. Banyak idea yang keluar. Banyak rasional akan pemilihan isi-isi percakapan kau. Tapi, hmmmmmmmmmmmmmmmmm~ aku KECEWA dengan diri sendiri. 



   Maka berakhirlah kelas. Sunyi hatiku apabila memikirkan tentang perkara itu semula. Kenapa  Intan? Kenapa? Kau nak jadi cikgu kan satu hari nanti? Nak kan? Tapi kenapa begitu jadinya. Tidakkah engkau mahu menjadi guru yang serba boleh? Guru yang boleh membimbing anak bangsa dengan baik? Guru yang sentiasa maju kehadapan dan sentiasa mengorak langkah bagi anak-anak murid kau? Aku KECEWA sekali lagi.

Ok, ini melampau, tidak lah sampai begitu :3

   Ini pendapat yang aku ingin utarakan sebentar tadi. Biarlah. Biarlah walaupun aku tidak berkata di kelas tadi, namun aku masih ada usaha untuk memberikan gambaran pada pembaca-pembaca sekalian tentang apa yang aku rasa. Mana tahu, mereka sebenarnya membaca penulisan ku ini, dengan secara tidak lansung, dapat jua aku memberikan sedikit pandangan tentang soalan tadi kepada kamu semua :')

   Yang pertama, jika aku dipilih untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang, apa yang aku ingin lakukan dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk menyeimbangkan dari aspek kurikulum dan juga kokurikulum. Seperti yang kita selalu lihat pada masa kini, mentaliti ibu bapa sekarang hanya menumpukan akademik anak-anak berbanding dengan kokurikulum. Merka hanya tahu, anak-anak perlu mendapat keputusan yang cemerlang di dalam setiap peperiksaan terutamanya di dalam peperiksaan2 yang besar seperti UPSR, PMR dan juga SPM. Walhal kokurikulum atau melakukan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah juga amat penting untuk tumbesaran kehidupan murid-murid.

   Yang kedua, saya menginginkan pembelajaran dan pengajaran yang didapati di sekolah dapat dijadikan sebagai pembelajaran dan pengajaran sepanjang hayat. Apa yang diperoleh di sekolah, bukan semata-mata untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan semata-mata, tetapi untuk kegunaan dan pengetahuan di masa akan datang. Jangan di sekolah belajar agama Islam, memakai tudung apabila di kawasan sekolah, tetapi apabila keluar dari kawasan sekolah, tudung entah ke mana, perangai entah ke mana. Walhal kita tahu bahawa menutup aurat itu adalah WAJIB dan kita pelajarinya sewaktu berada di sekolah. Kenapa ianya boleh terjadi? Kerana yang mereka belajar hanyalah di situ sahaja, tidak masuk dalam sanubari mereka. Tidak mereka terapkan dalam kehidupan seharian mereka.

   Yang terakhir, memperkembangkan potensi individu itu sendiri. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai guru, sesuai dengan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang salah satunya menginginkan  guru-guru untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri setiap murid. Apabila kita sudah mengesan akan potensi atau bakat yang ada dalam diri murid itu sendiri, sebagai guru, bawalah mereka pergi lebih jauh. Capahkan lagi bakat yang mereka ada. Pastikan mereka sentiasa meneruskan apa yang mereka milki sehingga ke dewasa. Mana kita tahu kan, mereka-mereka inilah yang sebenarnya akan mengubah nasib Malaysia ke arah yang lebih baik suatu hari nanti. Menjadi pemimpin satu hari nanti. InsyaAllah.

   Alhamdulillah, lega hati apabila apa yang tidak diutarakan, dapat diungkapkan semula di sini. Bila dah menaip, banyak pula yang ingin aku katakan, tetapi di kelas tadi. Huhhhh. Jangan harap kau akan begini. Masih terketar-ketar dalam percakapan. Aku sedari kelemahan aku yang yang satu ini. Mohon Allah kuatkan semangat untuk aku terus berusaha dan dapat jadi hamba Mu yang beriman. InsyaAllah :')


P/S : Pada tarikh 27 Februari 2012 nanti, akan saya update semula tentang perkembangan kerja saya yang telah saya senaraikan. Kita tengok, sejauh mana yang telah engkau berjaya laksanakan kesemua tugasan2 itu wahai Intan ! hee

Terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca. Assalamualaikum semua !

*Saya harap saya tidak akan menjadi PENAKUT, BACUL dan seangkatan dengannya*

I want to be the best teacher ever :')
Pray for me and my friends <3



2 comments:

  1. hahaha frust nape nye intan ni, byk lg pluang 4 taun degree ni nak pot pet dpan kelas. sabo yep, haihhh haha

    ReplyDelete
  2. heee. entahlah Ijat. rasa rugi sangat x cakap depan kelas. Intan hanya nak berlatih menjadi seorang guru je satu hari nanti. xpe2, Intan ok je kat sini. Thanx BTW Ijat for da support :)

    ReplyDelete