Tuesday 21 February 2012

Aturan Kerjaku ^^ (Semoga Berjaya !)

Assalamualaikum pembaca2 blog saya ini ^^ huk3


Aihh, kenapalah dengan awak ni Cik Intan. Dah macam apa dah ni haa, pemalas nyaa ya amat, ditambah dengan  kemengada-ngadaan tidak mahu membuat segala kerja-kerja engkau yang tertunggak ni wahai Intan Syafinaz Othman ! Huhhhh. Rasa macam nak lempang-lempang diri sendiri ni, punya lah membazir masa ja sejak 2 hari ni x nak buat kerja. Mentang-mentang baru balik BIG Ahad hari tu, habis tu Isnin dengan Selasa ni kau nak relax-relax lah wahai Cik Intan?!

Padan muka kena marah ! Kenapalah begini wahai Intan. Janganlah macam tu. Kau dah lupa ka dengan semangat kau yang menggunung tinggi waktu kau baru Degree hampir 2 bulan yang lalu ?! Ni baru 2 bulan semua benda dah lupa, x ingat dunia, sibuk dengan kesenangan. Ishhhh3. Macam mana kau nak berjaya ni Intan. 

Hmmmm, ni satu lagi. Dah tahu awak tu x buat-buat kerja dah 2 hari ni, kenapanya pulak ada masa nak tulis blog ni?! Sama ja membazir masa. Haisshhhhh. Ni nak habaq mai nih. Entry saya kali ni 3 in 1. Ececececee. Sebenarnyakan, tau x apa penyebabnya saya jadi x tentu hala x tau nak buat kerja? Padahal banyak sangat3 Ya Allah kerja assignments dan macam-macam lagi yang kau kena buat wahai Intan. Reason dia satu ja, 

KAU TAK TAHU MANA NAK START DULU SEBAB DAH TERLALU BANYAK, JADI KAU BIAR JA KAN MASA BERLALU SEBAB KAU FIKIR LAMBAT LAGI NAK HANTAR !

Haaaaa, ni makan diaaa ! Padan muka. Aku terbayang siapa2 jela yang toucher aku macam ni. Dok tengking2 aku macam ni. HAHA. Nasib ni marah untuk diri sendiri. ngeh3

Ohh, sebelum tu. Apa yang 3 in 1 tu kan. hehehe. 

Yang pertama, dapat menambah koleksi entry blog aku ^^
Yang kedua, Bila aku dah list down kan apa kerja yang aku kena buat, so tersusun la sikit carta aliran kehidupanku. ececeeee :D
Yang ketiga adalah, apa eh. uii, lupa pulak. Kejap nt pikir balik. hoho 

********************* (Loading) **********************

Hahhh, ingat dah. Yang ketiga adalah, dapat melepaskan GERAAAAM kepada diriku yang pemalas ini. huk3

Baiklah, tanpa membuang masa, izinkan saya menyenaraikan kesemua tugasan2 saya untuk semester 1PISMP tahun ini :) *Menanah tengok kemain banyak lagi sob3 :'(*


  1. BINA INSAN GURU (BIG)
    • Buat port folio - refleksi
    • Ambil gambar dari yang berkenaan
    • Beli fail putih
    • Tarikh hantar : 27 Februari 2012 (Isnin)

  2. ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY (ELP)
    • Cari artikel berkenaan dengan Matematik untuk Kerja Kursus
    • Power point/handouts/hard copy tentang artikel
    • Buat mind map untuk artikel
    • Buat 'Expository Essay'
    • Tarikh hantar : 30 Mac 2012 (Jumaat)
    • Tugasan ISL - Minggu 7 dan Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 7 dan Minggu 8
    • Salin nota balik cantik-cantik

  3. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (PKK)
    • Tutorial - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tugasan ISL - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Dari awal tajuk hingga sekarang !
    • Cari maklumat tentang tajuk 'Personaliti' bagi persediaan SBE
    • Tarikh hantar : 06 April 2012 (Jumaat)

  4. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (FPK)
    • Tutorial - Minggu 8
    • Tugasan ISL - Minggu 2, Minggu 3, Minggu 5, Minggu 6, Minggu 7 & Minggu 8
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6, Minggu 7, Minggu 8
    • Power points bagi Tutorial - Minggu 13 & Minggu 18
    • Power points bagi Hasil Pembelajaran - Minggu 15

  5. PENGURUSAN KOKURIKULUM
    • Buat laporan bagi aktiviti sukan yang ingin dijalankan (Kerja Kursus)
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : 01 April 2012 (Ahad)

  6. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
    • Buat nota-nota / peta minda bagi tajuk-tajuk pembelajaran
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8

  7. MENGENAL NOMBOR
    • Cari artikel berkenaan dengan Inovasi Matematik
    • Lukis peta konsep tentang artikel yang diperoleh
    • Merekacipta INOVASI P&P konsep nombor
    • Power point tentang kajian dan aktiviti yang dibuat
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : 30 Mac 2012 (Jumaat)

  8. KURIKULUM PENDIDIKAN MAEMATIK
    • Cari maklumat Tokoh-Tokoh Sejarawan Matematik Dunia
    • Hasilkan buku skrap untuk tokoh-tokoh tersebut
    • Tugasan masa SBE nanti - Tolong tengok balik kertas soalan
    • Refleksi dalam kelas - Minggu 6 --> Minggu 8
    • Tarikh hantar : Lepas SBE

  9. SCHOOL BASED EXPERIENCE (SBE)
    • Tarikh SBE : 05 Mac 2012 --> 09 Mac 2012
    • Tempat SBE : SK Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
    • Subjek yang berkenaan : 
      • Kurikulum Pendidikan Matematik
      • Mengenal Nombor
      • Perkembangan Kanak-kanak
    • Buat persediaan awal yang rapi dan tersusun apa yang patut

  10. HAL-HAL LAIN
    • Email Power Point pada ahli kelas
    • Lipat baju engkau yang macam gunung tu -.-
    • Stop facebooking please Intan ! I beg you ! huk3
    • Bangun awal pagi-pagi (Boleh belajar2 kalau nak !)

Hahhhh, kan dah cakap. Bila dah listkan tu, baru la nak terbeliak mata ni haaaa, kemain banyak ehh. Aduuh aduuhhh aduuuuuuuh, pengsan3 ! Uwaaaaa~! Kuat semangat Intan oiii ! huk3.

Ya Allah, Kau berikanlah hambaMu ini ketabahan dan kekuatan untuk mengharungi segala rintangan, dugaan dan cabaran yang melanda Ya Allah. Semoga aku dapat melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang aku perlu lakukan dan dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan kelak. Disamping dapat menjadi hambaMu yang beriman ! Amin3 Ya Rabbal Alamin :')

Baiklaah, entry lain kali akan diupdate akan perkembangan kerja2 ku ini. huk3. Semangat Intan. Haiiit3 ~! <3 Oh, kejap nak tunjukkan sesuatu, HIHI

Motif ? : Ni permandangan waktu kami berBIG di Pulau Pangkor waktu matahari nak terbenam. SubhanAllah, indah ciptaanMu :')

Baiklah, Assalamualaikum kawan-kawan :) Doa-doakanlah saya berjaya untuk melaksanakan kesemua tugasan yang ada tu. huhu. Doakan yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan saya yang lain ^^ Papai :)


2 comments:

  1. uuuih banyak nye! nak xnak kne buat cpat2, bangon bangon bangooon! hait3! sy pn tgh buat keje, jum!

    ReplyDelete
  2. Hmmm, tau pun Ijat. Banyak betul kerja Intan kan. huk3. xpelaa, janji Ijat sentiasa bagi semangat kat Intan yaa >.< Jum kita belajar sama2 :) Hait3~! Love you~ <3

    ReplyDelete