Friday 3 February 2012

Berlari Mesra bersama-sama :D

Assalamualaikum :))

Muehehehe. Penatnya Ya Allah tidak terkata dengan mulutku ini. hoho. Dengan segala kudrat yang ada, saya cuba juga menggagahkan diri untuk membuat entry pasal hari sukan kat IPG saya ni. huk3. Niat asal memang la nak tido, bilamana rumetku Si Bbey dah lena diulik mimpi  di atas katil empuk lagi menarik perhatian. Heee ;D 

Tak mau tak mau tak mau, saya mau juga update blog saya ni, sebelum mata nak terlelap. Nt lari idea x tau mau cakap apa lagi. hek3. Baiklah, sebenarnyaa, IPG Kampus Pendidikan Teknik pada hari ini telah membuat satu program yang memang mencabar keupayaan fizikal saya mahupun mental, iaitu Program Larian Mesra pada tahun 2012. Penat seriusly lah penat, siapa kata x penat kan. 8km kot. Hahaha :) Jenuh la haaiii nak menghabiskan semua tu. huhu.

Bertempat di Tasik Permaisuri Kuala Lumpur, seawal 6.45 pagi kami mula bergerak ke Tasik demi meneruskan misi untuk berlari pada hari ini -.- Kemudiannya, senamrobik dari batch 5 PISMP yang memang best and enjoy, even ada lah juga masalah2 teknikal macam PS System x berapa nak berkesan hari ini, tapi diorang still dapat cover dan menangani dengan baik. Good Job kakak-kakak dan abang-abang senior sekalian. ^^

Oklah, maka dengan itu, seterusnya acara larian pun dimulakan. Saya tidak ketinggalan untuk cuba mendapat pungutan mata yang terbaik untuk rumah Merah *Temenggung* hik3. Mula-mula, saya bersama dengan Aina Gahamat rakan saya untuk berlari bersama-sama sehingga ke garisan penamat. Tetapi belum apa-apa kami dah terpisah. hehe. Walau macam mana pun, kami tetap buat dengan sepenuh hati untuk berlari. cehh3, godik ni semangat je lebih. hehh

Lari punya lari, perghh, akhirnya bila rasa dah nak sampai ke garisan penamat, Ya Allah saya dah dengan bernafas pun guna mulut dah, hongeh, mongah semua ada. Akhirnyaa, Alhamdulillah, saya berjaya mendapat 2 mata berharga dengan ranking 23 secara keseluruhan bagi kategori Junior Perempuan. Mula macam x percaya, tetapi betul lah tu sebab ranking di ambil sehingga nombor ke-30. hohoho. Dengan badanku yang memang sekarang makin mengembang, dapat jua aku mencapainyaa. Walau x se gah orang yang dapat ranking 10 ke atas, namun saya tetap bersyukur dan gembira yang teramat. Saya tahu kemampuan saya, saya x lari laju seperti mereka, tetapi, disebabkan saya memang berusaha dengan sebaik boleh masa lari tadi, saya dapat juga berada dalam kalangan ranking 30. 

Satu pencapaian yang sangat saya hargai. Dan rasanya akan dapat medal kot nanti. heeee. Can't wait. Jarang betul saya dapat medal untuk acara-acara sukan seperti ini. Sebenarnya tadi, hanya diumumkan ranking 10 ke atas, tetapi ranking 11 - 30 akan diberi medal nanti. Wallahualam. Saya pun xtau, sebab dengar annoucement ja tadi. hik3. Tapi still sekarang x dapat lagi lah medal *kalau ada laa ! huk3* -.- ^Mengharap ! Arghhhh^

Ahh, sudah lah Intan, asyik membebel sahaja dari tadi, macam la ada orang yang baca tu. haha. Oklah, macam biasa, layanlah gambar-gambar sepanjang program berlansung ! Tapi start ambil gambar waktu dah habis larian semua. Dan seperti biasa, model2 bergambar dipenuhi dengan warga kelas saya sahaja. Maaflah yaa >.< Itupun budak perempuan ja. hahahahahhahaha



 Yaaa, complete lapan orang ! hek3 







Hahhh, dah kata dah. Muka-muka kitorang ja. Hahahaha. Kalau malas tengok, x yah tengok lah ! :P Ni sambungan bergambar. Tengoklah rakan-rakanku ini, yang amat saya sayangi :')


Madam Lim pun tumpang sekali ! hik3 ^^




Al maklumlah penat sudah kan. Ya Allah,walau bagaimana pun, ia benar-benar memberikan kenangan manis kepada kami semua ! <3


 Untuk Cik Ijat saya >.< : Apa yang awak perasan tentang nombor saya ni ?! hek3

 Acil berbaju biru ! hee

 Cik Wawa ! Haii Cik Wawa ~! hee 
*Cik Wawa ikut saya balik rumah waktu SBE nt. ngeh3*

 Rumetku wahai Bbey Tiqah, tengah blurr ka mau makan yang mana satu dulu ?! hek3 :P

 Ini budak dua orang ni macam belangkas sudah nampak ni. Susah dipisahkan. ekekeke


 Yaa, Rumah Merah. Semangat yaa ><


 
Upacara pun berakhir dengan keadaan cuaca yang panas terik ! hoho. Secara kesuluruhannya~ Jeng3 ! hehe

Tempat Pertama : Rumah Syahbandar (Hijau)
Tempat Kedua : Rumah Temenggung (Merah)
Tempat Ketiga : Rumah Laksamana (Biru)
Tempat Keempat : Rumah Bendahara (Kuning)

Xpa, kalah yang pertama bukan kalah untuk berikutnyaa. Masih ada peluang lagi yaa sebab hutang Kejohanan Olahraga Tahunan masih belum bermula. hehe. Pada bulan 3 nanti. So, try your best lah ok. Siapa-siapa yang atlet tu, jangan lah malu nak tunjukkan keupayaan korang. Kasi semangat sikit laa. hehe

P/S : Saya teringat dekat kawan saya Nur Faizzah binti Baharin bila sentuh bab larian merentas desa ni. hee. Rindu kat kau weyy. Kecil bukan sekadar kecil, hebat betul berlari bila dah long distance ni. hehe. 

Baiklah, hehe. sebanarnyaa, mood dalam kegembiraan dan ketidaksabaran sebenarnya. Hahaha. Esok sebenarnya ada Family Day LEADS yakni budak batch saya waktu di STJ dulu, di Pantai Puteri, Melaka. Sangat2 tidak bersabar untuk pergi ke sana dan berjumpa dengan rakan-rakan saya yang dah lama sangat x jumpa. hehehe :') Nak nangis rasa dapat jumpa korang nt >.< hek3. And of course, Cik Ijat saya pun ada ! <3 Hik3. Mengada ! haha

K lah, sampai di sini sahaja. Thanx pada yang sudi membaca. haha. Assalamualaikum ! :)


4 comments:

  1. INtan...
    mana gambar bdak lelaki...
    ompuan je nie...
    ;)

    bryan

    ReplyDelete
  2. xdak la bryan. huk3. saya x jumpa kamu semua. kami budak perempuan berkumpul, jadi trus tangkap gambar. hehe. lain kali jangan jauh2 dari kami ok >.<

    ReplyDelete
  3. yaaa saya prasan no itu haha susun2 dpt 4604. tahniah top 30! sy bgge dgn kamu cik Intan :)

    ReplyDelete
  4. hehehehe. makaseh cik Ijat ! dan jawapan awak tepat sekali ! yaaa, tahniah ! hahaha <3 :)

    ReplyDelete