Wednesday 16 May 2012

2 Down 2 Come ! Phewwww

Assalamualaikum wahai umat manusia sekaliaaaaan ~! :)






Alhamdulillah. Alhamdulillah Ya Allah. pagi tadi selesai lagi satu paper iaitu Perkembangan Kanak-Kanak and hari isnin hari tu baru ja exam Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Ya Allah tahu azab penat dia macam mana. penaat sangat tahu. huhu. walau bagaimana pun, saya masih mengharapkan yang terbaik. dapat buat yang terbaik. sentiasa mendapat yang terbaik. amiiin 40x ! exam kali ni rasa lain sikit. tak tahu laa. lain rasa dia. mungkin kali ni exam memang dah 2 jam 30 minit panjang sikit bila nak compare dengan masa pra dulu, semua exam 1 jam suku je kan. huhu. *alaa Intan, dulu SPM macam tu jugak apa yang lainnya. huu*


macam ni aku rasa. aku betul-betul nak buat yang terbaik untuk exam kali ni. yelah. ingat lagi x semangat aku yang berkobar-kobar masa mula-mula masuk degree hari tu? aku memang betul-betul nak dapatkan DEKAN. dan aku berusaha ke arah itu sebenarnya. bila tngok wishlist aku yang kat side bar ni pun, salah satu nya nak dapatkan Dean List. sungguh. tapi. tapi. huhu. aku sebenarnya memang semangat dari awal. tapi tengok lah bila dah start datang kerja melambak-lambak x putus2. sampai aku rasa down pulak nak jadi cikgu ni kan. banyak sangat kerja. tapi still aku bersyukur, aku tau kehidupan budak U pun sibok jugak. tengok Ijat punya life x macam life pun. kesiaaan sangat tengok. huuu







apa aku merepek ni. hmm, pasal dean list tadi tu kan. aku nak capai. tapi usaha di tengah-tengah perjalanan first degree tu, x nampak pun. sehingga la bila nak exam ni, baru rasa nak insaf sikit. kikiki. jadi, aku betul-betul ada la sikit usaha nak kasi belajar punya telus dan mulus untuk berjaya. salah satunyaa. jeng jeng. senang sahaja. sebab kalau nak ikut pengaruh utama dia, facebook la kan. apa lagi. dia ikut la ada orang boleh kawal ada orang (macam aku) macam harem sikit nak control. so, langkahnya. apa deactive? tak tak. hehe. mana ada. korang boleh lagi cari aku kat facebook tu tapiiiiiii...............


aku minta tolong Ijat tolong tukarkan pasword facebook aku dan sampai sekarang aku masih x boleh buka pun. kikiki. da janji da, nanti dah habis exam nanti baru boleh buka balik. sebab tu ada juga yang perasan aku x active facebook pun lately. jadi ni lah jadahnyaa. sungguh aku tengah busy study 2 minggu ni. tapi busy busy kau Intan mampu pulak update blog yaa. hikhikhik. macam ni. tadi pagi aku baru lepas habis paper kedua. next paper isnin minggu depan n aku nak rehat satu petang ni nanti malam ni baru aku study balik. okey ? hehe. *den nak rehat yo haa. kui3*


kenapa aku nak dean list sangat-sangat ni ? padahal aku tahu benda tu susah nak dapat. tapi boleh je kalau kita betul-betul berusaha nak dapat kan. hmmm. baru-baru ni kakak aku konvo di UTM Skudai. aku pergi weyy. dan pemergian aku itu telahpun membuatkan aku x masuk kelas selama 4 hari. gila kau 4 hari macam-macam aku boleh belajar waktu tu kau tahu. huhu. dari isnin sampai khamis aku x masuk kelas n waktu tu sebenarnya study week. so aku assume study week SEPATUTNYAAAA tiada sebarang kelas sebab student boleh belajar di bilik sendiri-sendiri n kalau nak balik rumah pun boleh.



 Diawal pagi lagi. adik aku xdak. Nurul Syuhada. Sian diaa. huk3


Lepas ni aku n mama masuk dewan.




tapi tapi tapiii, yang dasyatnya lecturer kelas aku ni sayang sangat la hai dengan kami sikit free kredit jam pun dia tak nak kasi. huahhh. nasib badan la kan. tapi aku jeles juga la dengan kawan2 sebab diorang masuk kelas n study beberapa topik untuk exam baru-baru ni. tapi aku? non hadoo masuk kelas. soalan-soalan yang lecturer pointkan untuk keluar exam ni pun aku x ambil berat. huhu. tapi stilll. aku dah buat yang terbaik untuk dua paper ni. sungguh itu yang termampu aku lakukan. dan jikalau aku x dapat keputusan yang baik pun, aku redha jugak sebab memang itu je yang aku mampu. tapi op kosh la aku mahukan yang terbaik kan. harap harap lah. Amin 40x.


exam kali ni bukan aku anggap main-main. untuk dapat dean list *ok kembali pada tajuk utama* bukan mudah sebab memang kena maintain 3.8 ke atas. maintain dari sem 1 ni, sampailaaaa sem 8 nanti. ok sambung balik kenapa aku nak sangat dapat dean list ni. hihi. macam ni, graduan-graduan lepasan IPG aku setakat ni, tiada siapa yang mampu mencapai dean list masa konvokesyen dekat PICC Putrajaya tiap tahun. Serius, dah 2 batch dah yang dikeluarkan, tiada siapa pun yang dapat lagi. misal kata sekarang aku dah sem 5 n baru aku nak menyesal memang xda jadah pun la kan. jadi disebabkan aku baru sem 1 la, aku teringin sangat nak dapat.


hmmm, berbalik kepada konvo akak aku baru-baru ni, aku dengan mama ada di dalam dewan tu n first time kami dapat rasa begitu since abang aku bukan graduan U pun kan. keluar-keluar SPM huhahuha kejap matrik minta keluar terus tup tup training pilot. sooo, kami x pernah lagi la rasa yang macam ni punya kan. aku serius excited la sampai aku rasa aku pulak yang teringin nak naik pentas tu ambil scroll and pakai jubah and mortar board yang nampak ala-ala genius sikit bila pakai tu. kih3. dan aku perasan, betapa sedikitnya orang-orang yang dapat dean list waktu tu especially bagi yang engineering. yelah memang engineering susah dan aku salute gila laa, dengan ada sorang je abang tu dapat dean list untuk kejuruteraan mekanikal. entah. aku xtau apa perasaan aku waktu tu. kalau lah itu aku, n mama papa aku ada di bawah sedang lihat anak dia  ambil scroll and dapat dekan lagi. hmmm. rasa nak nangis je bila fikir. kalau lah kan. hmmm




 dalam dewan. first time. bestnyaaa


 abang aku. cik dirver. n semua dia sponsor sepanjang 2 hari ke Johor. kikiki
arigataoo gozaimasu :) Lepas ni bawak lah adik2 mu yang comel ini pergi berjalan2 lagi yaa ><


 malam tu dekat hotel. ok. ok. ok. x tahu nak cakap apa. rasa best sangat waktu tu. kikiki


dalam buku ni ada senarai nama graduan-graduan.
harapan aku, nama aku, dalam senarai dean list :') InsyaAllah


gitulah semangat yang datang dua tiga hari before aku nak exam baru-baru ni. n aku harap, semangat itu datang membara. terus mara menyala. menerangi malam aku untuk terus berjaya. menyinari kehidupan ibunda ayahanda tercinta. ceeeh3. kikiki. so next mision aku, jeng jeng jeng. teruskan usaha untuk dua paper yang terakhir~


14.5.12   8.30 - 11.00 am   Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
16.5.12   8.30 - 11.00 am   Perkembangan Kanak-Kanak
21.5.12   2.30 - 5.00 pm     Mengenal Nombor
23.5.12   2.30 - 5.00 pm     Kurikulum Pendidikan Matematik



 satu bungaa + teddy bear kak ngah dapat, abang aku bagi :)


 ok. bertambah dah bilangan bouquet kawan-kawan dia pulak bagi. *jeles2*


 aku dan kakak. ada yang kata muka sama. 
hmm. aku terima. kami adik beradik. apa ada hal kan.
dan aku nampak aku tinggi sikit. kikiki 
(sama2 pakai kasut flat waktu tu)
dan kawan aku cakap aku lagi gemuk dari kakak aku. *hahh yang ni aku x boleh terimaa arghh =.=''*


 ok. bertambah-tambah lagi bunga dia kawan2 dia bagi. uwaaaa T____T 
Jelesnyaa. aku pun mau jugaaa. kikiki


satu keluarga yang dapat pergi. sedih adik aku x ikut.
nak SPM tahun ni.
x leh ponteng sesuka hati.
dah la duduk asrama. huu


akhir sekali, aku dah memang x sabar sangat nak balik rumah. nak tatap wajah mama papa aku yang aku sayang <3 hee. ohh, kakak aku yang baru graduate tu. Alhamdulillah la sangat2. mencurah-curah rezeki dia lepas dah konvo ni. hari tu jadi cikgu tuisyen kejap ajar add math n fizik. hari isnin hari tu baru je dia interview dengan syarikat TMnet tu. now, dia dah dapat kerja kat Bangsar, dekat Menara TM tu. katanya tempat dia kerja tu kat floor 51. gilaaa. haha. jadi executive customer service. kikiki. Alhamdulillah. boleh belanja aku lain kali. haha. k. Assalamualaikum semuaa :)






mama papa, Intan will makes you proud one day. InsyaAllah :') Love both of u <3


4 comments: