Tuesday 10 January 2012

Trip To Auditorium Angkasapuri RTM :O

Assalamualaikum ! Uwaaaaaa~


Menjerit sepuas hati dulu. Hohoho. Haishh3 Intan, apa la awak ni. Lapuk dah tajuk entry ni baru nak buat laporan ke?! huk3. Maafkan saya yaa~ lambat sangat saya postkan tentang program yang saya dan satu batch pergi ni sewaktu minggu orientasi kemasukan degree minggu lepas -.- (Ok, minggu lepas ok. baru nak post sekarang. duuush3 ! *Penat xda masa - alasan :P*)

Pada hari Khamis bertarikh 05 Januari 2012 pada sebelah malamnyaa. hehe. Kami satu batch 'diarahkan' *kena paksa ke ni?! heee* untuk pergi ke Auditorium Angkasapuri RTM yang bertempat di Petaling Jaya (dekat jugak dengan Asasi UIAM dulu - rinduu sana !) untuk menjadi sebahagian daripada penonton bagi rancangan bual bicara 'BICARA RAKYAT' live malam tu jugak pada pukul 9 malam di TV 1. hehe (Konon macam masuk TV je. haha)


 Dalam bas masih bersuka ria happy3~! hee :)

 Alolooo~ hehe Semangat kan. Macam tu la. kikiki

 Sampai2 ja, nampak masjid warna gold memang sangat cantik. Subhanallah~ indah ciptaanMu !

 Sampai ja dah nak dekat Maghrib dah. Ambil gambar kenangan di hadapan masjid yang cantik ! :D

 Ada roket lalu pulak kat langit tu. Sukaaaa~ heee

 Kitorang sampai awal sikit daripada orang2 dalam masjid. kikiki

 Masuk ja Auditorium tu, jadi excited gila nampak main stage kat bawah tu.

Kitorang duduk dekat bahagian kerusi bertingkat2 tu ja. Tengok dari atas. hehe

 Junior pon follow and Farah Musa kat hujung tu. Hehe :)

 Uwaaah~ hantu kat belakang tu. Ekeke


Lepas dah duduk2 kat kerusi tu. Kami awal2 lagi dah perasan yang Debra, Macyl dan Julie rupanya ada kat main stage kat bawah tu. Perghh diroang ni, masuk tv kot nanti. haha. Untunglah sampai awal dapat duduk kat situ. Ngeee :P

Lepast tu, saya saja2 ja la nak telefon Debra nak cakap sikit. Mengajuk la konon sebab dapat masuk tv nanti. haha. Bila dah call, Debra pun angkat.

Intan : Ambooooi~! Pandai eh duduk kat bawah. hehehe
Debra : Uyy Bongek, kau mau ka tukar tempat dengan si Macyl ni? Dia ndak mau duduk kat bawah ni.
Intan : Ya ka?! Boleh ka?! *Konon tanya entah kenapa aku pun excited kalau dapat duduk bawah haha*
Debra : Ya laa. Sini la Bongek. Ganti tempat Macyl ni. Kau turun laa.
Intan : Ohhh, Bhaa ya lah.

Talian telefon mati. Dan saya bergerak turun ke bawah dengan buat muka x malu. Memang x malu. Kuang3 ! Macyl pon naik atas ganti tempat saya :) Mengada-ngada kan. hoho

 Debra duduk di sebelah saya :D

 Bukti dapat duduk bawah ! haha. Duduk sebelah Julie jugak.

 Pandangan dari bawah ke atas. Cuak jugak rasa. Mana tau pengacara tu tanya soalan ka. haha


Bermula dari pukul 9 sehingga 10 malam, berlansunglah siaran lansung. Macam2 jugak kerenah dan perkara yang perlu dilakukan bila live di tv ni. Masa sangat penting dan mesti on time. Teruja jugak la tengok keadaan macam tu kan. Bukan selalu dapat tengok. Hahaha

Sebenarnya topik malam tu nak berbicara tentang perhunbungan antara Malaysia dan Indonesia sejak dari dulu hingga sekarang. Macam yang kita tau, segelintir rakyat di Indonesia menuduh Malaysia mengambil lagu Indonesia dan dijadikan sebagai lagu kebangsaan kita iaitu Lagu Negaraku. Saya dari dulu lagi memang mendidih sikit bila sentuh tentang Indonesia ni. Geraaaam rasa ! Masa Sukan Sea Games dulu tengok macam mana rakyat Indonesia memperlekehkan Lagu Negaraku dan melaungkan Malaysia Malingsial yang mana maling itu bermaksud pencuri kalau x silap. Bnyak lagi yang mereka lakukan.

Kalau nak sentuh bab lawan Bola Sepak lagi la x boleh blah. Saya malas nak cerita panjang korang rata2 mesti tau kan apa yang terjadi. Frust saya tengok. Alhamdulillah la Malaysia menang ! Hoho. 

Panel jemputan dia terdiri daripada 3 orang panel yang mana 2 daripadanya dibawa khas dari Indonesia dan seorang adalah Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad dari Malasyia sendiri. Yang 2 orang Indonesia tu juga merupakan wartawan terkenal terkemuka di Indonesia. Nama siapa entah dah x kenal. hehe. Mereka banyak membicarakan tentang Transformasi Media dalam kedua-dua buah negara. 

Saya sebenarnya  x berapa nak faham la apa yang mereka bincangkan. haha. Buat2 faham jelah duduk bawah tu. Angguk2 kepala sikit2. Ekekeke.

 Selesai sudah siaran lansung. Ambillah gambar :) Hee


 Mana boleh lepaskan peluang nak bergambar kan. Bukan senang dapat join benda2 macam ni. haha

 Band Kugiran di sana. Saya suka bila pak cik ni main seksofon ni. Sedaaap sangat bunyinyaa. Terkesima tengok cara dia main :D

 Pentas untuk pengacara dan panel2.

 Masa last persembahan kan, tiba2 ada kejutan N. D. Lala datang dan mendendangkan 2 buah lagu. Dan kami sempat ambil gambar dengan dia ! Weeee~!

Dapat gambar mahal ni. Wahaha. Dengan pengacara pada malam tu, Syed Munawwar. X kenal pun dia pada mulanya, ni baru dah kenal. Elok je sama ketinggian semuanya. Wakakaka


Maka dengan itu, tamatlah malam kami di sana. Kami pulang dengan hati gembira. Heee :) Pengalaman yang manis buat diri saya di awal permulaan kemasukan Degree. hee

Oklah, Assalamualaikum semua ! :D

2 comments: